Dalam keadaan ekonomi negara rakyat yang genting, semua orang sentiasa risau apa akan jadi hari² seterusnya. PKP demi PKP dah tak mampu sekat bilangan orang yang dijangkiti.
Kalau pun bilangan kes menurun, ia hanya sedikit dan sementara. Sebab govement tak tegas dalam usaha untuk banteras covid. Sekatan yang sepatutnya lebih ketat untuk PKP 3.0 semakin longgar. Hari ni je, boleh tengok berapa bilangan kedai yang tutup berbanding dengan yang buka.
Now, hanya mampu berharap pada pemberian vaksin je lah untuk kurangkan kadar jangkitan. Tapi proses pemberian vaksin ni jelas terlalu lambat. Kalau lah goverment bagi peluang klinik dan hospital swasta untuk beli dan provide vaksin ni kan boleh jadi lebih cepat dan lebih ramai yang dapat vaksin. Golongan pertengahan confirm laju pegi ambil vaksin dan even tak kisah kalau kena membayar dengan harga yang lebih tinggi (demi nyawa sendiri dan orang tersayang kan). Goverment pula boleh focus pada golongan yang kurang berkemampuan. Tapi tu lah.. goverment nak conquer semua. Tak nak ditolong.
Setakat semalam, 4.3% penduduk Malaysia fully vaccinated. Indon pun dah 4.3% juga tapi yang dapat 1st dose vaksin di Indon dah hampir sama dengan jumpah penduduk seluruh Malaysia. Hebat kan Indon. Jangan pandang mereka sebelah mata
Bertabah lah ye. Selagi semua 32 juta ++ rakyat kita tak divaksin, selagi tu lah kena bertahan dalam PKP yang merapik² ni.
Gambar dibawah sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment