Thursday, September 08, 2022

Aleesya tidur di rumah sepupu dia


Aleesya bagi mummy toy ni tadi, nama toy ni "Aleesya" katanya. Bila rindu, mummy peluklah "Aleesya".

Mummy sangat jarang berenggang dengan Aleesya. Kecuali masa mummy pergi keje atau Aleesya ke sekolah. Tidur malam pun Aleesya akan jadi bantal peluk mummy. 

Boleh kira dengan jari berapa kali Aleesya tidur di bilik sendiri. Bukan sebab Aleesya tak berani tidur sendiri, Aleesya lebih dari berani. Yang tak berani, yang cengeng tu mummy. Tak sanggup nak berenggang dengan anak dara nan seorang. 

Malam ni Aleesya nak tidur bermalam di rumah sepupu dia, Adelia. Gembira benar dia bila mummy terpaksa-rela izinkan dia pergi. Bila mummy cakap rindu, dia pujuk mummy, "esok saya balik la mummy". Mummy nak sedih pun tak jadi sebab gelihati dengar slang mat salleh bila dia bercakap dalam bahasa melayu. 

Tahun ni  tahun yang paling banyak Aleesya bertutur dalam bahasa sebab cikgu suruh dia bercakap dalam bahasa melayu di sekolah. Di rumah sahaja dia boleh guna english, katanya. Tapi Daddy memang akan selalu warning mummy dan abang² Aleesya kalau kami bertutur dengan Aleesya guna english. Daddy nak Aleesya petah bercakap melayu.

Haish.

Mummy rindu Aleesya. Rindu abang² dia juga. Tiga² pergi bermalam di rumah sepupu mereka. Mereka cakap nak tidur sana dua malam. Ada yang mummy ikut sama bertandang dirumah orang ni karang.

Rindu. 

Mummy share gambar Aleesya kat sini. Gambar abang², payah benar nak ambil gambar mereka. Semua lari bila mummy angkat kamera.

Cikgu², terutamanya cikgu english, suka kongsi gambar Aleesya sebab dia sentiasa dapat markah tertinggi dan hadiah dalam kelas.

Aleesya, Aleesya.. panjang entry mummy malam ni. Sungguh mummy rindu awak.



Belajar gosok gigi



Minggu bercerita. Kena pakai baju ikut cerita yang nak dibaca

Masuk kumpulan menyanyi lagu kebangsaan baru² ni.



 

 

1 comment:

muhammad solehuddin said...

nice info!! can't wait to your next post!
visit mine: muhammad solehuddin https://uhamka.ac.id/