Dulu, mummy macam tak suka bila Aleesya tak dapat sekolah sesi pagi macam abang² Aleesya, tapi sekarang mummy rasa macam best pula. Sebab, bila abang² Aleesya pergi sekolah waktu pagi, mummy boleh focus sepenuhnya pada Aleesya. Dan bila Ariff dan Amarr balik sekolah waktu tengahari, mummy boleh spend masa dengan mereka pula lepas hantar Aleesya ke sekolah. Bukan apa, Aleesya ni agak cemburu kalau mummy duk hug dan bermanja dengan abang². Kalau boleh, dia nak mummy focus kat dia sorang ja.
Minggu ni, hampir hari² Aleesya ajak mummy mandi kat swimming pool. Mummy tak gemar mandi kolam ni. Tapi sebab Aleesya ajak, mummy layankan je.
Minggu ni ada banyakkkk sangat xtvt yang mummy buat dengan Aleesya. Mummy nak spend sepenuhnya masa yang ada dengan Aleesya sebelum mummy masuk kerja semula. Kami baking sama², buat kraf sama², jogging sama², belajar sama² dan macam² lah.
Esok kami plan nak buat father's day kad dan cookies untuk daddy ❤️
Oh, nak rekod something. Tadi masa Aleesya balik sekolah, macam biasa lah mummy tanya macam mana hari dia kat sekolah, masa kami dalam kereta. Antara semua jawapan yang Aleesya bagi, ada satu jawapan yang buat mummy rasa special sangat ❤️
Mummy: "Who are the coolest teacher in your class today?"
Aleesya: "You are"
Mummy: "Im not your teacher. What I mean is the teacher in your class"
Aleesya: "You are the best teacher, my home is my class".
Terdiam mummy dengar. Bangga pun ada.
Betul juga cakap Aleesya, rumah adalah kelas yang terbaik untuk anak². Jawapan yang sangat matang untuk kanak² berusia 8 tahun 🥰
Little mermaid sedang beraksi
Baking cupcakes
Suka dia tengok cupcakes naik merekah. Siap rekod video lagi
Tadaaa.. siap plan nak bagi cikgu, nak bagi kawan² etc
Show off throphy yang kami kraf sama² kat rumah untuk kelas seni dia.
Main kat playground lepas hantar abang² pergi sekolah
Gini lah mummy. Makan pun dalam kereta sebab jarak masa satu jam tunggu Ariff dan Amarr balik sekolah selepas hantar Aleesya. Tak sempat tapau. Bawak mangkuk masuk kereta terus.
No comments:
Post a Comment