Hari yang hepi setiap minggu adalah hari Jumaat. Sebab, esoknya weekend 😁😁
Friday, November 24, 2023
Sunday, November 19, 2023
Bucket list
Bucket list:
1. Nak bawa kiddos hike Angsi, Datuk, Bukit Saga, Lolo etc (bukit² rendah)
2. Nak repeat Kinabalu with kiddos
3. Roadtrip to Thai bawa kereta
4. Nak hike Mount Pulag/Mount Apo in Philiphines
5. Nak hike mount Bromo / Semeru in Indonesia
6. Nak gi Turkiye / Bosnia or other Muslim countries
7. Nak gi umrah dengan Mamoru & kiddos.
Tak tahu lah bila boleh habiskan semua list ni sebab budget constrain.. haha. Yelah, baru start keje kan setelah setahun cuti tanpa gaji. Maybe few years baru boleh buat. Tapi takpa, satu hari nanti (maybe few years) insyaAllah complete juga list ni.
Saturday, November 18, 2023
Purple Friday
Hold dear those who have have been there for you since the very beginning, stood by you through thick and thin and who have been unwavering in their support and love for you.
Wednesday, November 15, 2023
Sebulan cuti berlari
Hari ni hari kedua mummy pergi gym kat sebelah ofis. Agak kelam kabut juga lah. Mana nak tukar baju running, warm up, cool down, mandi, pakai baju ofis semula. Mummy just spent masa 20 minit ja untuk setiap sesi larian atas treadmill.
Maybe pasni mummy kena siap² pakai baju untuk berlari dari rumah kut. Tapi tak ke pelik nanti kalau colleagues mummy tengok mummy pakai baju lain waktu pagi pastu tukar baju lain lepas lunch? Or, mummy tukar siap² baju dalam ofis sebelum keluar pergi gym? Hmm.. we'll se next session.
Esok no gym sebab ada sambutan Deepavali kat ofis. Ofis baru ni setiap minggu mesti ada sessi makan besar. Kadang tu sampai dua tiga kali seminggu. Risau mummy tau. Risau banyak makanan bergula dan berminyak. Mummy tak risau makan banyak, cuma kalau makanan sihat, mummy memang tak kisah.
Note: Berat mummy dah turun ke 40kg semula. Punyalah mummy bersusah payah naiikan berat sampai 42kg masa cuti setahun aritu. Now baru masuk keje tak sampai sebulan, menjunam terus berat mummy. Risau kalau cecah 38 or 37kg macam sebelum² ni.. tskk.
Sunday, November 12, 2023
Turning a dream into reality
Dari Ariff usia sekecil 5 atau 6 tahun, dia cuma ada 2 cita² atau impian:
Satu, nak jadi Formula One (F1) driver.
Dua, nak jadi pilot.
Minat Ariff pada dua² bidang ni sangat mendalam. Ariff tahu setiap jenis kereta, enjin, setiap jenis kapal terbang dan sebagainya.
Mami tak pernah komen atau pertikaikan cita² semua anak² mami walau kadang² cita² tu agak complicated untuk direalisasikan. Contoh macam Driver F1 tu lah kan. Sebab mami tahu kos nak join F1 team bukan sedikit. Makan juta² ringgit. Tapi mami tetap iyakan dan support minat anak².
Bila Ariff makin remaja, dia sendiri sedar yang cita² dia sangat mahal. Ariff sampai cakap kat mami dia nak lupakan cita² ni sebab tanak susahkan mami dan daddy. Atau mungkin dia masih tak nampak halatuju macam mana nak kejar cita² ni.
Tapi untuk Pilot, insyaAllah mami boleh usahakan. Dan alhamdullilah, baru² ni mami terjumpa advertisemant di internet tenyang Young Aviator Program. Terus mami ajak daddy dan semua pegi join open day Aviator Academy kat Subang Airport. Banyak sungguh input yang kami dapat sepanjang kat sana yang boleh membantu Ariff untuk capai cita² dia.
Dan insyaAllah, bermula bulan depan, Ariff akan start attend ground class di sini. Ariff akan bermula dengan kelas level 4. Kelas² di sini ada sampai level 9. Setiap level makan masa 3 bulan. Dan selepas level terakhir iaitu level 9 pula, Ariff kena habiskan 50 excercise lagi sebelum dapat sijil nanti. Mami target nak Ariff complete kan semua level ni sebelum usia dia 17 tahun. Sebab tanak ganggu dia dengan aviation class masa nak ambik SPM nanti.
Ariff nampak happy dan teruja sangat. Dia tak sabar nak belajar kat sini. Mami doa semoga dipermudahkan jalan dan urusan Ariff untuk mencapai cita² dia menjadi seorang pilot. Aminn.
Lepas ni, mami nak tengok minat Amarr dan Aleesya pula. Mami dan daddy akan usaha untuk dedahkan Amarr dan Aleesya dengan minat mereka dan support mereka untuk achive apa jua bidang yang mereka minat nanti.
Ariff dalam simulator Airbus. Simulator ni real pilot sendiri guna tau. Banyak lagi simulator pesawat yang lain kat sini yang akan Ariff belajar.
One step forward.
Semoga tercapai cita² Ariff nak jadi Pilot.
Wednesday, November 08, 2023
Gym-goer
Officially signed up for a gym membership nearby the office.
Ofis sini takda gym macam di menara, so register sendiri kat private gym club je lah. Punca sebab setiap kali balik keje, badan penat. Kalau tak penat pun, aku tak sampai hati nak habiskan saki baki masa yang ada untuk berlari. Takut karang bila aku habis lari atas treadmil, kiddos dah mengantuk nak tidur pula.
My gym key.
Gym sini buka 24 hours everyday. Tapi aku mostly akan spend time kat sini during lunch hour je.
So, here goes next mission!
Tuesday, November 07, 2023
Sambutan birthday Aleesya semalam
Sambut kecil- kecilan ja. Adelia & Aidan (Aleesya's favourite cousins) pun join.
Thank you daddy for the preparation, the gift, the cake, the love. The best daddy in the world! Aleesya suka sangat present dia. Mummy promise Aleesya nak buat satu lagi majlis dengan kawan² kelas dia. So 2 kali sambut lah nanti 🥰🥳
Monday, November 06, 2023
Happy birthday yang ke 8 tahun Aleesya
Selamat hari lahir yang ke 8 tahun buat satu²nya anak gadis mummy. Semoga Aleesya membesar jadi anak yang sihat, cergas, bijak, tegas, baik budi bahasa dan berjaya dalam hidup di dunia dan akhirat. Mummy, daddy, along dan angah sayangggggg sangat kat Aleesya.
Happy birthday babygirl!
xoxo
Thursday, November 02, 2023
Genap seminggu bekerja
Genap seminggu bekerja. Masih cuba membiasakan diri. Alhamdullilah, ofismate dan bosses sangat memahami.
Ramai rakan ofis yang kenal aku kat sini (kenal sebab mostly berhubung thru email - nama aku kan unik, so semua kenal). Semua terkejut aku transfer dari Menara ke sini. Biasanya orang berebut² nak transfer masuk ke menara. Tapi aku sebaliknya.
Bila aku tanya, apa yang buat diaorang nak pergi menara, kata mereka, menara best sebab meriah dengan event. Dan of course lah menara ada banyak fasiliti utk staff macam gym, sauna, T-pod (play area macam kat Google company).
Aku senyum je dengar. Bab hepi² je yang diorang dengar. Bab stress yang tak masuk akal diaorang tak tahu 😅
Biarlah. Aku tanak potong impian mereka ke menara. 13 tahun kat menara dah cukup untuk aku. Ada banyak sebab untuk aku pilih kerja jauh dari menara, tapi aku bagi satu je lah - peacefulness. Bila usia makin meningkat, aku pilih untuk tenang² je. Nak balik keje on time, strictly no work after office hour dan weekend yang hanya untuk aku dan family. Itu je.
Back to office
Subscribe to:
Posts (Atom)