Sunday, November 12, 2023

Turning a dream into reality

Dari Ariff usia sekecil 5 atau 6 tahun, dia cuma ada 2 cita² atau impian:
Satu, nak jadi Formula One (F1) driver.
Dua, nak jadi pilot.

Minat Ariff pada dua² bidang ni sangat mendalam. Ariff tahu setiap jenis kereta, enjin, setiap jenis kapal terbang dan sebagainya.

Mami tak pernah komen atau pertikaikan cita² semua anak² mami walau kadang² cita² tu agak complicated untuk direalisasikan. Contoh macam Driver F1 tu lah kan. Sebab mami tahu kos nak join F1 team bukan sedikit. Makan juta² ringgit. Tapi mami tetap iyakan dan support minat anak².

Bila Ariff makin remaja, dia sendiri sedar yang cita² dia sangat mahal. Ariff sampai cakap kat mami dia nak lupakan cita² ni sebab tanak susahkan mami dan daddy. Atau mungkin dia masih tak nampak halatuju macam mana nak kejar cita² ni.

Tapi untuk Pilot, insyaAllah mami boleh usahakan. Dan alhamdullilah, baru² ni mami terjumpa advertisemant di internet tenyang Young Aviator Program. Terus mami ajak daddy dan semua pegi join open day Aviator Academy kat Subang Airport. Banyak sungguh input yang kami dapat sepanjang kat sana yang boleh membantu Ariff untuk capai cita² dia.

Dan insyaAllah, bermula bulan depan, Ariff akan start attend ground class di sini. Ariff akan bermula dengan kelas level 4. Kelas² di sini ada sampai level 9. Setiap level makan masa 3 bulan. Dan selepas level terakhir iaitu level 9 pula, Ariff kena habiskan 50 excercise lagi sebelum dapat sijil nanti. Mami target nak Ariff complete kan semua level ni sebelum usia dia 17 tahun. Sebab tanak ganggu dia dengan aviation class masa nak ambik SPM nanti.

Ariff nampak happy dan teruja sangat. Dia tak sabar nak belajar kat sini. Mami doa semoga dipermudahkan jalan dan urusan Ariff untuk mencapai cita² dia menjadi seorang pilot. Aminn.

Lepas ni, mami nak tengok minat Amarr dan Aleesya pula. Mami dan daddy akan usaha untuk dedahkan Amarr dan Aleesya dengan minat mereka dan support mereka untuk achive apa jua bidang yang mereka minat nanti.

Ariff dalam simulator Airbus. Simulator ni real pilot sendiri guna tau. Banyak lagi simulator pesawat yang lain kat sini yang akan Ariff belajar.




One step forward.
Semoga tercapai cita² Ariff nak jadi Pilot.

 

No comments: