Subuh tadi pukul 4.15am Ariff kejut mommy pastu tanya mommy lapar tak, dia nak buatkan breakfast. Pisat² mommy bangun pandang Ariff sambil angguk kepala.
Sekejap tu Ariff terus pergi dapur.
15 minit lepas tu, nahhhh Ariff hidang sebumbung roti telur dalam pinggan untuk mommy. Dengan tak cuci muka, mommy terus sua roti telur ke dalam mulut.. sedappp.
Terima kasih Ariff. Pasni dah boleh stanby untuk prepare sahur pula hihi.
Terima kasih sayang untuk breakfast pagi ni ❤️
Ariff yang semakin dewasa
Lupa nak jot down, aritu kami pergi beli kasut sekolah Ariff yang ketiga dalam tahun ni. Saiz kaki Ariff dari saiz UK 10 (dewasa) dah naik jadi saiz UK 12. Kaki daddy pun saiz 8 tau. Mommy kalau pakai kasut Ariff dah macam pakai kasut ronald mcdonald 😅
Ariff dan Amarr. Dua² nyawa mommy
2 comments:
Anak bujang dh boleh buat brkfast.. Terbaikkk
Dia tengah rajin nak masak, kita kasi support, lepas ni kena ajar menu lain, hari² makan roti telur sampai jemu 😅
Post a Comment