Wednesday, March 13, 2024

1 Ramadan 2024

Busy mommy cuti 3 hari ni. Busy settlekan benda² yang tak sempat nak dibuat masa mommy keje. 

Busy nak masak dan frozenkan lauk². Sebab bila mommy keje, memang tak ada masa untuk memasak. Sampai rumah maybe dah nak maghrib. Jadi lauk frozen atau lauk beli kat kedai je lah juadah berbuka untuk anak² masa weekdays nanti. Weekend mommy masak lauk fresh ya?

Pastu busy dengan jadual tusyen anak². Aleesya ada tusyen setiap malam Isnin dan Rabu. Ariff dan Amarr pula setiap Selasa dan Khamis. Hari Jumaat ja mommy boleh bertenang. Sabtu pula, Ariff ada kelas aviation. 

Mommy & daddy tak kisah pun terkejar² ke sana-sini untuk anak². Sebab semua ni tak lama. 2 tahun lagi Ariff akan ambil SPM.. followed by Amarr. Lepas masing² sambung belajar ke universiti nanti, insyaAllah, sunyi dah hidup mommy dan daddy. Nanti sure mommy rindu nak terkejar² camni 😊


Anak bulan 1 Ramadhan malam tadi. Subhanallah. Guna kamera hp S23. Hadiah dari Mamoru.

Ni gambar anak bulandari jauh, dari kamera iphone Mamoru

Selamat berbuka



 

No comments: