Busy betul weekend mommy.
Pagi Sabtu masuk ofis kat Bangsar, siapkan keje yang pending sejak hari Jumaat.
Habis keje dalam pukul 4 petang. Terus ajak Daddy dan anak² bersiap balik Kuala Selangor. Family mertua ajak potluck berbuka sama².
Mommy memang tak sempat nak masak. Seharian kat ofis kan, mommy suruh daddy call restoran ikan bakar kat Jeram dan suruh order 2 ekor ikan siakap (masak berlada & masak stim limau), pastu order sotong goreng tepung, sotong cili & sup ayam. Senang. Tak payah serabut nak masak. Kita tapau je.
Kami bertolak dari KL pukul 5 petang. By time kami sampai Jeram, lauk dah siap masak. Ambil, bayar dan terus gerak ke Kuala Selangor.
Lepas habis berbuka, terus balik KL.
Ahad pagi pula, kami bertolak awak pagi ke Melaka.
Mommy baru dapat tahu dari adik no.6 yang kaki Atuk luka kena batu yang terpelanting masa Atuk tengah mesin rumput. Atuk tak pakai satefy boot masa mesin rumput tu.
Dalam luka kaki Atuk. Pula tu, Atuk sanggup bertahan 2 minggu taknak pergi klinik. Sanggup dia duk sorok² dari anak² pasal luka tu. Haish.. atuk.. atuk..
Sampai je rumah Melaka, mommy nampak atuk duduk kat porch. Terus mommy berlutut depan atuk cek luka kat kaki dia. Terkejut mommy, patut ke atuk balut luka dia dengan kapas dan tampai pakai salotep. Nak pengsan mommy tengok.
Mommy pujuk² (dalam tegas) nak bawa Atuk pergi klinik. Dekat sejam pujuk baru Atuk setuju nak gi klinik. Apalagi, laju² Daddy drive bawa Atuk gi Hospital Pantai Ayer Keroh. Atuk mulanya tanak pergi hospital pantai. Atuk suruh pergi klinik je Takut mahal la, itu ini lah. Mommy buat tak dengar je.. hihi ampunnn ayah. Bukan mommy tanak bawa Atuk gi klinik, tapi luka dah teruk dan mommy jenis nak Atuk dapat rawatan cepat dengan pakar.
Kat hospital, alhamdullah, smooth dan laju je proses register dan jumpa doktor. Siap buat xtray dan cuci luka sekali. Doktor cucuk antibiotik dalam luka Atuk, cuci bersih² dan balut dengan kemas.
Kata doktor, luka kaki Atuk ni tak boleh dicuci sendiri kat rumah. Kena cuci kat hospital atau klinik ja.
Lega hati mommy bila Atuk dapat rawatan yang proper. InsyaAllah esok Atuk akan pergi hospital pantai ayer keroh lagi untuk jumpa pakar tulang dan tukar dressing. Esok mommy tak dapat ikut Atuk, tapi adik mommy yang no.7 (uncle UJ) akan teman Atuk ke hospital.
Mommy doa Atuk sentiasa sihat² ja, insyaAllah. Aaminnn.
Gambar kat jeti restoran ikan bakar Jeram petang Sabtu aritu. Tapau lauk untuk berbuka dengan family mertua
Gambar pagi Ahad semalam. Atuk dan nenek kat hospital pantai ayer keroh
Doctor nak tahan Atuk duduk wad. Atuk punyalah taknak 😅
Balik dari hospital, Atuk terus tertidur kat ruang tamu. Sakit sangat katanya. Lepas makan ubat, terus tidur
Lauk berbuka kat Melaka semalam
Sambut birthday Ibu sekali kat Melaka
Ni gambar hari Sabtu kat Kuala Selangor, sambut birthday Uwan
Berkerut² muka Atuk tahan sakit. Saja dia tunjuk kuat sebab tanak kena tahan wad.
No comments:
Post a Comment