Selepas 9 hari akhirnya doktor benarkan balik. Alhamdullilah.
Terima kasih Mamoru yang sentiasa ada bila waktu melawat tiba (kat di HDU ada waktu melawat, cuma kat wad biasa ja diberi kelonggaran nak melawat bila² pun)
Terpaling rindu kat Aleesya sebab berapa hari tak dapat jumpa dia. Kanak² tak boleh masuk HDU.
Doktor bagi cuti sampai hari khamis minggu depan. Badan masih lemah kan. Kena excercise pelan² untuk kuatkan semula badan.
Kronologi Sepsis:
1/5/24
Badan tiba lemah dan tak boleh bangun dari tidur. Setiap kali cuba berdiri, pandangan terus gelap dan jatuh. Sepanjang hari terbaring.
2/5/24
Belakang badan dan dada rasa sangat sakit. Sukar bernafas (bukan asthma). Mamoru paksa pergi klinik (Tanak pergi klinik sebab takut kena tahan wad). Klinik refer ke hospital (as expected). Terus masuk emergency kat PHKL. Cek darah, urin, masuk IV line.
3/5/24
Buat Ultrasound. Doc inform ada bakteria e-coli dalam saluran urine. Dalam darah pun ada kuman. BP start drop dari 110 ke 80. Doc takut aku kena Septic Shock so, cepat² tolak pergi HDU. Doc performed CVL kat leher. Start 4 jenis ubat antibiotik & Norad (untuk naikkan BP). Kat sini ada designated nurse yang akan monitor kau sorang.
Kat sini memang hari² mengucap. Coz, situasi aku sangat kritikal, kata doktor. Kalau aku kena Septic Shock, organ dalam badan akan failure.. dan boleh mati. Sepanjang kat HDU, orang sebelah menyebelah ada beberapa yang meninggal dunia. Sekejap² karang, akan dengar nurse announce "code blue".
Setiap kali waktu makan, aku akan sumbat mana² makanan yang terdaya aku telan sebab nak cepat baik.
7/5/24
First day doktor allowed berdiri tepi katil. Kaki sangat jelly. Tapi pretended kuat. Alhamdullilah BP maintain above 90. Doc bagi tukar ward biasa. Dapat jumpa semua anak² termasuk Aleesya. Tenkiuu Mamoru 🥰
8/5/24
Physio. Belajar excercise breathing, walking, etc
9/5/24
Discharged!
Now focus untuk simple excercise kat rumah. Jalan masih macam nenek bongkok tiga - sangat slow. Breathing pun still tak betul. Still long way to go, tapi insyaAllah, boleh.
Berat badan drop dari 40 sebelum sakit jadi 38kg 😅
CVL line. Nak mauk line kat leher ni bukan sesimple yang kat tangan. Kena bius, pastu insert line dan siap jahit plastik tu kat leher. Ada 3 jahitan kat situ untuk make sure benda tu tak tercabut. Sakit? Gila tak sakit.
Ok thats it. Taip ni pun dah penat.
No comments:
Post a Comment