Sunday, September 01, 2024

Melaka International Marathon 2024

First race in 2024.
Plan nak dapatkan top 10 ja untuk kategori 5km women veteran. Maklumlah  baru start berlari semula. Tapi alhamdullilah, dapat top 3 placing. Terus bertambah² semangat nak teruskan training.. hihi.

Start dari hujung bulan July sampai lah sekarang, hari² aku pergi gym kat ofis. Pukul 7 pagi dah masuk gym. Excercise/run pastu baru pegi mandi dan bersiap naik ke ofis. Lain tau mood masuk ofis lepas excercise kat gym. Sangat refreshing. Rasa macam comes what may, I can handle everything gituh. 😁.

Next month ada KLSCM. 10km race. No expectation for this one. Just nak run happy. Sebab setakat 2 bulan training ni, jarak paling jauh larian aku adalah 9km. Nak kena add long run road training every weekend. Sebab sekarang training mostly atas treadmill 😅

Bila fikirkan semula, tak sangka aku akan berlari semula sebab keje kat tempat baru ni super² busy. Masuk awal, balik lewat. Weekend pun kadang keje. Tapi since kes aku masuk hospital aritu (maybe bcos of overwork), aku start pentingkan kesihatan diri dan minda. Aku suka kerja sini, tapi kadang tu, apa orang kata, "get carried away" dengan kerja. So now, semua kena ada balance dannn yes, Im officially back to the running world!

 




Dengan adik bongsu seibu sebapa. Muka kami sama macam twins. She the younger version of me. Masih single but not available 😁




I got 3rd placing in my category. Suprise!

 

No comments: