Thursday, March 26, 2026

Amarr's surgery @PHKL

Kenangan admitted hospital diusia remaja.

Awal January aritu Amarr sakit perut yang teramat dibahagian pusat. Emergency masuk hospital. Lepas CT scan, doc cakap dia ada absess dalam pusat. So keluarkan nanah dan prosess cuci nanah tu agak menyakitkan lah juga sebab kena cuci nanah setiap hari dengan masukkan ribbon gauze yg panjang dalam pusat dia setiap hari.

9 hari Amarr duduk hospital sebelum doctor benarkan balik dan bagi tarikh untuk operation untuk buang epidermoid cyst dalam pusat dia.

So sempat lah kami bawak Amarr pegi jenjalan kat Tokyo sebelum Amarr serah diri kat hospital.

Dan awal Ramadhan aritu, Amarr undergo operation di PHKL untuk buang cyst. Alhamdullilah, pembedahan selama 3 jam berjalan lancar. Doc terpaksa buang pusat Amarr dan jahit pusat yang baru. Good news, cyst tu tak bahaya - non cancerous. Syukur alhamdullillah

Amarr MC sepanjang puasa. Sebenarnya, hampir 3 bulan (dari awal January sampai March) amarr tak pergi sekolah disebabkan sakit. Now Amarr dah kembali sihat. Dah mampu buat pull up kat macam biasa. Dan sambung angkat dumbell semula. Lepas habis cuti raya ni, dia akan start bersekolah semula, insyaAllah.
















Banyak benda jadi dari petengahan tahun lepas sampai awal tahun ni. Tak sempat nak jot down semuanya.

Bermula dari July 2025, adik no 11 masuk hospital sebab brain aneurysm (now still in recovery)

Bulan Sept 2025, nenek (belah ayah) meninggal dunia 

Bulan Dec 2025, mak lang (adik ayah) meninggal dunia.

Raya tahun ni kesian kat ayah. Dua orang saudara dekat dah tak ada. Adik no 11 pula masih tak sihat. Semoga ayah terus tabah, sihat dan kuat selama-lamanya. Amiinnnn.

 

Tuesday, March 24, 2026

Raya 2026

Angkut Aleesya masuk ofis Khamis lepas. Plan nak balik malam tu, sekali raya jatuh pada hari Sabtu.. makanya kami bertolak balik Melaka esoknya je.. kiki


Raya tahun ni belah Melaka. 
Meriah pada anak²
Biasa² pada orang tua (aku ler)

Bila raya belah Melaka, macam biasa, tiap² tahun yang ada di dapur cuma aku, adik ipar no 3, dan adik² perempuan no 4 & 6 sahaja. Ipar² perempuan dan adik² lelaki yg lain memang tak jejak dapur. Semua duduk homestay. Tunjuk muka bila almost masuk waktu berbuka. 

Aku yg sulung ni malas nk buka mulut. Bab² adik² & ipar yg malas contribute tenaga or duit ringgit ni perkara sensitive. Karang ada yg sentap & tarik muka. Masing² bukan takde akal nak fikir, keje tinggi², bijak pandai tapi common sense tak ada. 

Adik ipar no 3 surirumah je tapi memang rajin. Tapi dia pun manusia. Stress la member asyik muka dia kena masak, mengemas untuk orang lain yang tak keluar sesen walau tenaga pun bila gathering  ramai² macam ni. 

Aku pujuk adik ipar no 3 dan adik² perempuan kandung aku. Takperlah, next raya, bila semua turn raya Melaka, korang tak perlu join. Kita balik alternate year dengan adik² & ipar² yg tanak contribute tenaga/duit ni. Kita kumpul yang rajin² je balik masa alternate year. So yang tak rajin dan malas tu biarlah raya asing². Biar diorang handle raya ikut cara diorang. Tak payah kita nak stress². Senang. 

Ok. Cukup drama family di pagi raya.

Raya kali ni, aku banyak buat OT kat dapur. Awal² tu adik² perempuan no 4 & 6 & adik ipar no.3 tolong memasak, bila dah tengah malam, tinggal aku seorang dengan adik lelaki no 8 yg masih bujang. Dia duduk layan aku berborak sambil aku settlekan laksa penang & spaghetti bollognese seperiuk besar. Pukul 4 pagi baru aku masuk tidur.

Pukul 6 pagi, adik² perempuan no. 4 & 6 dan afik ipar no 3 datang siapkan meja buffet dan hidang makanan. Pukul 9 lebih baru adik² dan ipar² duai yg lain sampai. 

Pastu yg kelakar, asal turn raya kat Melaka je, bila raya pertama tak sampai tengahari, semua mengelupur nak balik rumah mentua² masing². Tapi bila turn raya rumah mertua, boleh pula diorang duduk raya kat sana lama² sampai seminggu sebelum balik beraya di Melaka pula.

Lantak korang lah. 

Gitu lah raya aku yg sepatutnya hepi tapi suram dek karenah² adik² & ipar duai² yg agak selfish raya kali ni.

Ok done mengaruk kat sini.


 

Monday, March 16, 2026

Ayah



Tahun ni ayah 71 tahun
Masih sihat, alhamdullilah.

Sayang ayah.

Dulu ayah sangat garang. Yelah, ayah single dad jaga 10 anak lepas arwah ibu meninggal dunia. Mana nak keje, jaga anak, bagi anak makan. Dapat pulak anak² yg nakal tak reti duduk diam macam aku  ni kan.. mana tak stress orang tua tu.

Kena sebat, lempang, sampai berbirat tengah belakang memang dah lali. Nakal sangat kan. Tanak dengar cakap. Ayah suruh duduk rumah, kau nak jugak merayau pelusuk kampung. Bertandang ke rumah kawan sampai tak ingat petang. Keluar rumah pulak tak tinggal pesan kat adik². Mana tak naik hantu dak ayah tu. Memang mendapat la kau kan. Belang² tengah belakang, lengandan betis. Sampai pecah keluar darah pun ada. Style orang lama bela anak. Nampak kejam tapi cara ni lah yg buat aku berjaya dalam hidup. Tapi malam², bila aku tidur (pura² tidur), ayah akan datang bawa ubat gamat, sapu birat luka² belakang aku sampai nangis tersedu².

Garang² ayah, dia sangat baik sebenarnya. Dia bela kami 10 beradik. Buat macam² kerja kampung. Kadang bila tengah bulan dia meminjam orang sana ni nak lepaskan duit yuran, beli baju sekolah, duit belanja. 

Kadang bila terdesak takda duit, dia gali ubi kayu, rebus dan gaul dengan gula melaka untuk bekal sekolah. 

Kesian ayah, kadang aku tak sampai hati nak susahkan ayah. Sanggup aku balik sekolah jalan kaki sebab tanak meminta duit. Takde lah jauh sekolah tu pun, dalam 5km je. 

Dalam kampung tu. Kami menyewa rumah kecik. Rumah satu bilik. Tak payah bayangkan.. hidup memang serba kurang.

Bila ada duit sikit (tambah duit EPF arawah ibu yang berjumlah tak sampai 7 ribu ringgit), ayah buat rumah kecik 3 bilik. Buat sendiri dengan tulang empat kerat dia. Bila rumah separuh siap, kami pindah masuk. Separuh siap means tak ada tingkap (tutup dengan kanvas), tak ada letrik (guna lilin/lampu karbait/pelita, lantai tanah (alas tikar), bilik air takda bumbung, dapur tak ada (masak dekat luar rumah).

Lama keadaan rumah macam tu. 3 ke 4 tahun jugalah. Tapi ayah baiki sikit demi sikit.

Lepas rumah dah cantik, tanah yang ayah duduk dituntut saudara ayah. Perjanjian beli tanah dulu² banyak yang verbal. Jadi ayah tak boleh nak tuntut. Ayah terpaksa lepaskan tanah kecil dan rumah hasil peluh dan darah ayah dengan hati yg berat. Kebetulan aku baru beli rumah dekat kampung. Aturan Allah swt. Ayah pindah masuk sampai sekarang. 

Sayang ayah

Semoga diberi rezeki masa, harta dan kesihatan yang baik untuk ayah dan untuk aku terus berbakti pada ayah.

 

 

Wednesday, February 18, 2026

Ride to Kuala Selangor

Selepas hampir 4 tahun Mamoru beli motor. Sampai 2 kali lah dia tukar motor, baru semalam aku beranikan diri naik motor dia. Dan semalam juga, first time aku rasmikan couple helmet yang dah bertahun² dia belikan untuk aku.. hihi

Ini bukan kali pertama aku naik motor dengan Mamoru. Sebelum kahwin dulu pernah sekali dua naik motor dengan dia, tapi motor biasa. Bukan motor kuasa besar macam ni. Memang tak terasa bila Mamoru bawa laju guna motor ni. Lagi laju dari kereta. Now I know why la orang bawak motor besar ni suka merempit.

Semalam pergi ride tak pakai protection suit macam orang pakai kat litar lumba. Mamoru tak belikan sebab selama ni memang aku tak tunjuk minat langsung nak naik motor. So semalam memng dis berhati² bawa aku. Jalan lurus je dia bawak laju. Tapi insyaAllah pasni dia belikan. Sebab aku macam dah tersuka pulak jadi minah rempit ni kan.

First ride semalam, Mamoru bawak pegi Kuala Selangor. Makan seafood kat tepi laut. 

Masa atas motor, aku asik tertolak kedepan je sampai seat belakang aku boleh muat sorang lagi duduk. Masa Mamoru bawak laju² dia sempat tarik tangan aku suruh peluk dia kuat².. takut aku terbang agaknya. Tapi memang ya pun. Angin kuat sangat. Aku berlindung belakang Mamoru je. Angin tolak masa berdiri pun aku dah goyang, ini pulak angin atas motor. Berat aku yang 40kg ni tak membantu langsung 😅
 

Muka excited nak pegi ride.

Layan sup isi ketam fresh kat Restoran Jeram, Kuala Selangor




Pasni dah boleh ride ke Siam? InsyaAllah.. hihi

 

Sunday, February 15, 2026

Selamat menyambut Tahun Baru Cina dan Awal Ramadan serentak

 

Persiapan awal Ramadan biasa² je. Takakde rushing² nak stock-up fridge dengan makanan. Kiddos pun tak memilih makan. Jadi apa yang ada, makan je lah untuk berbuka nanti. 

Tapi baju raya dah ready awal² dalam wardrobe. Sorang 3 pasang 😅. Caner tu? Haha. Biasa² la sangat kann.

Tadi mummy & daddy bagi hamper CNY kat Aunty Jiun dan bagi angpau sekali kat anak tunggal dia. Terkejut Aunty Jiun tengok hamper setinggi paras pinggang depan pintu rumah dia. Jiun ni jiran yang baik, selalu bagi kiddos hadiah/angpau.

Ok lah.

Mummy busy hari ni. Sat gi ada cleaner datang buat deep cleaning kat bilik anak² dan dapur. Mummy pilih nak tenang² je duduk rumah sebab kalau mummy yang mengemas bilik diorang karang, mulut mummy pot pet² manjang. Takut kelaut mood semua orang nanti.. hihi.

Ramadan Mubarak buat semua yang singgah baca blog mummy yang dah berusia 21 tahun ni.

❤️

Sunday, January 25, 2026

Japan Trip 2026

Starting January with our family trip to Japan.
Semoga perjalanan kami dipermudahkan, dilindungi-Nya dan selamat pergi dan balik
InsyaAllah.
Aminnn.


Ini gambar budak kecik yang hari² kira kalendar untuk trip ni