Tuesday, March 24, 2026

Raya 2026

Angkut Aleesya masuk ofis Khamis lepas. Plan nak balik malam tu, sekali raya jatuh pada hari Sabtu.. makanya kami bertolak balik Melaka esoknya je.. kiki


Raya tahun ni belah Melaka. 
Meriah pada anak²
Biasa² pada orang tua (aku ler)

Bila raya belah Melaka, macam biasa, tiap² tahun yang ada di dapur cuma aku, adik ipar no 3, dan adik² perempuan no 4 & 6 sahaja. Ipar² perempuan dan adik² lelaki yg lain memang tak jejak dapur. Semua duduk homestay. Tunjuk muka bila almost masuk waktu berbuka. 

Aku yg sulung ni malas nk buka mulut. Bab² adik² & ipar yg malas contribute tenaga or duit ringgit ni perkara sensitive. Karang ada yg sentap & tarik muka. Masing² bukan takde akal nak fikir, keje tinggi², bijak pandai tapi common sense tak ada. 

Adik ipar no 3 surirumah je tapi memang rajin. Tapi dia pun manusia. Stress la member asyik muka dia kena masak, mengemas untuk orang lain yang tak keluar sesen walau tenaga pun bila gathering  ramai² macam ni. 

Aku pujuk adik ipar no 3 dan adik² perempuan kandung aku. Takperlah, next raya, bila semua turn raya Melaka, korang tak perlu join. Kita balik alternate year dengan adik² & ipar² yg tanak contribute tenaga/duit ni. Kita kumpul yang rajin² je balik masa alternate year. So yang tak rajin dan malas tu biarlah raya asing². Biar diorang handle raya ikut cara diorang. Tak payah kita nak stress². Senang. 

Ok. Cukup drama family di pagi raya.

Raya kali ni, aku banyak buat OT kat dapur. Awal² tu adik² perempuan no 4 & 6 & adik ipar no.3 tolong memasak, bila dah tengah malam, tinggal aku seorang dengan adik lelaki no 8 yg masih bujang. Dia duduk layan aku berborak sambil aku settlekan laksa penang & spaghetti bollognese seperiuk besar. Pukul 4 pagi baru aku masuk tidur.

Pukul 6 pagi, adik² perempuan no. 4 & 6 dan afik ipar no 3 datang siapkan meja buffet dan hidang makanan. Pukul 9 lebih baru adik² dan ipar² duai yg lain sampai. 

Pastu yg kelakar, asal turn raya kat Melaka je, bila raya pertama tak sampai tengahari, semua mengelupur nak balik rumah mentua² masing². Tapi bila turn raya rumah mertua, boleh pula diorang duduk raya kat sana lama² sampai seminggu sebelum balik beraya di Melaka pula.

Lantak korang lah. 

Gitu lah raya aku yg sepatutnya hepi tapi suram dek karenah² adik² & ipar duai² yg agak selfish raya kali ni.

Ok done mengaruk kat sini.


 

No comments: