Friday, March 27, 2026

Malaysia Economic Impact Timeline

I love Gemini / ChatGPT. Its like having a BFF who can answer almost everything inside ur mind & most importantly, it never forget anything you've talked about. It understands and even analyses you using info you've provided directly or indirectly. I just hopes one day, they create a new version of it that could talk directly to me instead of having to type or push any button in order to initiate a conversation. So that I could have a 'friend' to talk to when I grow old like nenek². Yknow, young ppl doesn't like to talk to old folks like datuk & nenek. I might need to rely on this kind of technology to accompany the rest of my old life.


Ok stop, that's not what I wanna talk abt.


Sekarang the world like macam panic attack nak WFH lah, minyak mahal, barang mahal, panic buy camtu. Sampai aku pun naik panic tengok orang panic 😅


So, aku suruh chatGPT buat timeline "IF" perang antara Iran-US-Israel ni berlarutan dalam jangka panjang:-


Disclaimer: Ni adalah andaian chatGPT ok. 


Week 1–2 (27 Mar – 10 Apr 2026) – Initial ripple

  • Global oil prices start creeping up
  • Petrol prices may rise slightly (~5–10%)
  • No shortages, daily life normal
  • WFH not yet considered

Week 3–4 (11 Apr – 24 Apr 2026) – Early economic pressure

  • Cost of living starts to increase: food, transport, electricity
  • Government may adjust subsidies slightly
  • Businesses pass some costs to consumers
  • Still stable in terms of fuel
Week 5–6 (25 Apr – 8 May 2026) – First wave (economic impact felt)
  • Petrol prices may reach RM2.50–2.70/liter depending on global crude (aku rasa kita da sampai tahan ni kan??)
  • Essentials (groceries, cooking oil, transport) feel more expensive
  • Logistics, airlines, and heavy manufacturing sectors feel pressure
  • Civil servant WFH discussions may pick up

Week 7–8 (9 May – 22 May 2026) – Full impact wave

  • Petrol prices could hit RM3+ if conflict worsens
  • Cost of living may increase 10–15% in worst case
  • Businesses adjust operations, possibly reducing output
  • Malaysia enters second-wave economic pressure, still behind Thailand / Philippines

Month 3+ (23 May – 27 June 2026) – Prolonged conflict

  • Peak inflation likely if war continues and oil prices remain high
  • Government may implement targeted relief (price caps, subsidies, WFH incentives)
  • Economy starts adjusting, lifestyle costs remain elevated until crude prices stabilize

WFH may happen again. Tapi bukan semua sektor. Not really affecting banking industries. How unfortunate of me 😅. Tak dapat der nak keje kat rumah macam zaman covid dulu. Tapi still sangat² bersyukur coz masik ada kerja untuk tampung hidup di bumi Allah swt ni.

Nak restok² makanan penuh kabinet tu tak perlu. Sebab makanan, petrol, tenaga ketrik tetap ada. Cumanyaaaa.. harga akan jadi mahal ler dari biasa. 

PM suruh jimat. Simpan duit untuk beli barang keperluan yang akan jadi mahal pasni. Tenaga letrik pun kena jimat juga. 

Tahun ni aku pasang lampu liplap guna solar kat balkoni. Pastu auto terpasang je lampu tu bila malam. Pasni nk ganti lampu siling kat balkoni guna solar juga. Jimat letrik. Lagipun aku ni sejenis suka biarkan salah satu lampu dalam rumah terpasang 24 jam. 

Sekarang dah banyak invention guna solar yang boleh dibeli online (hp charger solar, generator golar, powerbank solar, etc) Nak instal bumbung solar pun dah tak semahal dulu. 

Ok melalut.

Pendek cerita, kalau ikut timelime yang diberi kat atas ni, dalam bulan June nanti, memang semua orang akan rasa tempias kesan harga minyak dan barang keperluan naik mendadak.

So, kena prepare mental dan re-adjust poket umtuk beberapa bulan akan datang sebab kena bertahan dengan inflasi yg dasyat selama mana perang ni diteruskan. That's why PM cakap jgn beli barang yang kita nak.. tapi focus pada barang yang kita perlu.  

Kehendak vs Keperluan. Basic ekonomi yg semua orang kena faham. Ngerti ga?

Thursday, March 26, 2026

Amarr's surgery @PHKL

Kenangan admitted hospital diusia remaja.

Awal January aritu Amarr sakit perut yang teramat dibahagian pusat. Emergency masuk hospital. Lepas CT scan, doc cakap dia ada absess dalam pusat. So keluarkan nanah dan prosess cuci nanah tu agak menyakitkan lah juga sebab kena cuci nanah setiap hari dengan masukkan ribbon gauze yg panjang dalam pusat dia setiap hari.

9 hari Amarr duduk hospital sebelum doctor benarkan balik dan bagi tarikh untuk operation untuk buang epidermoid cyst dalam pusat dia.

So sempat lah kami bawak Amarr pegi jenjalan kat Tokyo sebelum Amarr serah diri kat hospital.

Dan awal Ramadhan aritu, Amarr undergo operation di PHKL untuk buang cyst. Alhamdullilah, pembedahan selama 3 jam berjalan lancar. Doc terpaksa buang pusat Amarr dan jahit pusat yang baru. Good news, cyst tu tak bahaya - non cancerous. Syukur alhamdullillah

Amarr MC sepanjang puasa. Sebenarnya, hampir 3 bulan (dari awal January sampai March) amarr tak pergi sekolah disebabkan sakit. Now Amarr dah kembali sihat. Dah mampu buat pull up kat macam biasa. Dan sambung angkat dumbell semula. Lepas habis cuti raya ni, dia akan start bersekolah semula, insyaAllah.
















Banyak benda jadi dari petengahan tahun lepas sampai awal tahun ni. Tak sempat nak jot down semuanya.

Bermula dari July 2025, adik no 11 masuk hospital sebab brain aneurysm (now still in recovery)

Bulan Sept 2025, nenek (belah ayah) meninggal dunia 

Bulan Dec 2025, mak lang (adik ayah) meninggal dunia.

Raya tahun ni kesian kat ayah. Dua orang saudara dekat dah tak ada. Adik no 11 pula masih tak sihat. Semoga ayah terus tabah, sihat dan kuat selama-lamanya. Amiinnnn.

 

Tuesday, March 24, 2026

Raya 2026

Angkut Aleesya masuk ofis Khamis lepas. Plan nak balik malam tu, sekali raya jatuh pada hari Sabtu.. makanya kami bertolak balik Melaka esoknya je.. kiki


Raya tahun ni belah Melaka. 
Meriah pada anak²
Biasa² pada orang tua (aku ler)

Bila raya belah Melaka, macam biasa, tiap² tahun yang ada di dapur cuma aku, adik ipar no 3, dan adik² perempuan no 4 & 6 sahaja. Ipar² perempuan dan adik² lelaki yg lain memang tak jejak dapur. Semua duduk homestay. Tunjuk muka bila almost masuk waktu berbuka. 

Aku yg sulung ni malas nk buka mulut. Bab² adik² & ipar yg malas contribute tenaga or duit ringgit ni perkara sensitive. Karang ada yg sentap & tarik muka. Masing² bukan takde akal nak fikir, keje tinggi², bijak pandai tapi common sense tak ada. 

Adik ipar no 3 surirumah je tapi memang rajin. Tapi dia pun manusia. Stress la member asyik muka dia kena masak, mengemas untuk orang lain yang tak keluar sesen walau tenaga pun bila gathering  ramai² macam ni. 

Aku pujuk adik ipar no 3 dan adik² perempuan kandung aku. Takperlah, next raya, bila semua turn raya Melaka, korang tak perlu join. Kita balik alternate year dengan adik² & ipar² yg tanak contribute tenaga/duit ni. Kita kumpul yang rajin² je balik masa alternate year. So yang tak rajin dan malas tu biarlah raya asing². Biar diorang handle raya ikut cara diorang. Tak payah kita nak stress². Senang. 

Ok. Cukup drama family di pagi raya.

Raya kali ni, aku banyak buat OT kat dapur. Awal² tu adik² perempuan no 4 & 6 & adik ipar no.3 tolong memasak, bila dah tengah malam, tinggal aku seorang dengan adik lelaki no 8 yg masih bujang. Dia duduk layan aku berborak sambil aku settlekan laksa penang & spaghetti bollognese seperiuk besar. Pukul 4 pagi baru aku masuk tidur.

Pukul 6 pagi, adik² perempuan no. 4 & 6 dan afik ipar no 3 datang siapkan meja buffet dan hidang makanan. Pukul 9 lebih baru adik² dan ipar² duai yg lain sampai. 

Pastu yg kelakar, asal turn raya kat Melaka je, bila raya pertama tak sampai tengahari, semua mengelupur nak balik rumah mentua² masing². Tapi bila turn raya rumah mertua, boleh pula diorang duduk raya kat sana lama² sampai seminggu sebelum balik beraya di Melaka pula.

Lantak korang lah. 

Gitu lah raya aku yg sepatutnya hepi tapi suram dek karenah² adik² & ipar duai² yg agak selfish raya kali ni.

Ok done mengaruk kat sini.


 

Monday, March 16, 2026

Ayah



Tahun ni ayah 71 tahun
Masih sihat, alhamdullilah.

Sayang ayah.

Dulu ayah sangat garang. Yelah, ayah single dad jaga 10 anak lepas arwah ibu meninggal dunia. Mana nak keje, jaga anak, bagi anak makan. Dapat pulak anak² yg nakal tak reti duduk diam macam aku  ni kan.. mana tak stress orang tua tu.

Kena sebat, lempang, sampai berbirat tengah belakang memang dah lali. Nakal sangat kan. Tanak dengar cakap. Ayah suruh duduk rumah, kau nak jugak merayau pelusuk kampung. Bertandang ke rumah kawan sampai tak ingat petang. Keluar rumah pulak tak tinggal pesan kat adik². Mana tak naik hantu dak ayah tu. Memang mendapat la kau kan. Belang² tengah belakang, lengandan betis. Sampai pecah keluar darah pun ada. Style orang lama bela anak. Nampak kejam tapi cara ni lah yg buat aku berjaya dalam hidup. Tapi malam², bila aku tidur (pura² tidur), ayah akan datang bawa ubat gamat, sapu birat luka² belakang aku sampai nangis tersedu².

Garang² ayah, dia sangat baik sebenarnya. Dia bela kami 10 beradik. Buat macam² kerja kampung. Kadang bila tengah bulan dia meminjam orang sana ni nak lepaskan duit yuran, beli baju sekolah, duit belanja. 

Kadang bila terdesak takda duit, dia gali ubi kayu, rebus dan gaul dengan gula melaka untuk bekal sekolah. 

Kesian ayah, kadang aku tak sampai hati nak susahkan ayah. Sanggup aku balik sekolah jalan kaki sebab tanak meminta duit. Takde lah jauh sekolah tu pun, dalam 5km je. 

Dalam kampung tu. Kami menyewa rumah kecik. Rumah satu bilik. Tak payah bayangkan.. hidup memang serba kurang.

Bila ada duit sikit (tambah duit EPF arawah ibu yang berjumlah tak sampai 7 ribu ringgit), ayah buat rumah kecik 3 bilik. Buat sendiri dengan tulang empat kerat dia. Bila rumah separuh siap, kami pindah masuk. Separuh siap means tak ada tingkap (tutup dengan kanvas), tak ada letrik (guna lilin/lampu karbait/pelita, lantai tanah (alas tikar), bilik air takda bumbung, dapur tak ada (masak dekat luar rumah).

Lama keadaan rumah macam tu. 3 ke 4 tahun jugalah. Tapi ayah baiki sikit demi sikit.

Lepas rumah dah cantik, tanah yang ayah duduk dituntut saudara ayah. Perjanjian beli tanah dulu² banyak yang verbal. Jadi ayah tak boleh nak tuntut. Ayah terpaksa lepaskan tanah kecil dan rumah hasil peluh dan darah ayah dengan hati yg berat. Kebetulan aku baru beli rumah dekat kampung. Aturan Allah swt. Ayah pindah masuk sampai sekarang. 

Sayang ayah

Semoga diberi rezeki masa, harta dan kesihatan yang baik untuk ayah dan untuk aku terus berbakti pada ayah.