Monday, October 13, 2008

Tolong ayah angkat baja

Nih xtvt di hari Sabtu (detail dari pagi sampai petang hehe). Malas nak buat entry asing-asing.. layankan je lah nahh.

Pagi Sabtu, ayah ajak kami pegi umah pakcik Usop Belanda kat Pengkalan Balak - ada kenduri kahwin anak dia. Punya lah awal kami sampai umah pengantin - lauk pun belum siap lagi.. hehe.


Lil Nina yang sangatttttt suka makan telur rebus.



Bergambar dengan nenek Nyachik (nenek sebelah ayah) & nenek Mani (nenek sedara)



Lepas habis makan kat umah pengantin, ayah bawak kami jenguk kawasan ladang jagung baru dia - nenek yg beria nak tengok.. tu yang kami bawakkan.



Bergambar dengan nenek kat pondok yg ayah buat. Comel pondok nih - ada bilir stor, ada bilik tidur (rehat) & ada toilet



Sebelah petang pulak (dalam pukul 1 tengahari), sekali lagi kami pegi ke ladang jagung ayah. Kali nih untuk tolong ayah tabur baja atas batas jagung pula. Nih baja tahi ayam kering tau.. yerr, bau memang tak boleh tahan. Tapi nasib baik lah dah dikeringkan.



Tu diaa.. punya ramai askar-askar kerahan yang aku bawak.. hehe. Saja ajak gegamai datang tolong angkat guni baja. Kesian tengok ayah buat sengsorang. Berat ok baja tuu..



Ayah & adik no 5 sedang memasukkan guni-guni baja dalam kereta sorong.



Ayah in action. Tak dapat aku bayangkan macam mana ayah boleh buat keje camnih hehari. Aku yang baru sehari datang menolong pun rasa nak patah pinggang.



Adik no. 5 & sepupu aku (Asri) tengah tolak troli baja. Berat tau.. kat belakang tu, bakal adik ipar aku dgn SIL Ida tengah angkat seguni baja sesama.



Adik no. dua duk heret baja ke batas jagung..



Dalam syiok angkat guni, hujan turun tiba-tiba.. Ayah panggil semua berteduh kat pondok. Aku dah sedih dah taim nih. Takut tak sempat habiskan tabur baja kat batas jagung. Kalau boleh biarlah semua siap hari nih. Tak sanggup biarkan ayah buat keje sengsorang..



Tapi bagus jugak hujan turun, dapat lah rehat sekejap sambil makan bekal yg kami tapau dari umah. Memasing pun dah penat.



Alhamdullilah, hujan setengah jam je. Pastu dapat sambung angkat baja.. Tapi, aduhaiii.. bertambah berat lak guni baja tu. Maklum, dah basah kena air hujan. Bau pulakkkkk semerbakkkk.. tsskkkk.. demi ayahanda tercinta, aku hangkut jugak guni-guni tu semua. Yang besttttttt nya, kami dapat habiskan 226 guni baja dalam masa 4 jam! Banyakkk ok! Tapi baja-baja tu hanya dapat cover 1/4 daripada ladang jagung ayah. Pasnih kena order baja lagi lah nampaknya. Aku dah pesan dgn ayah suruh inform bila lory baja yg seterusnya sampai - nak balik tolong lagi.



Lepas berpenat-lelah di ladang jagung, kami balik umah - panggang kepah pulak. Sedap makan kepah taim pepenat camnih.. Memasing macam singa lapar je.. berebut-rebut ok.. hehe



Nak lebih seronok lagi.. bila makan dalam family besar cam aku nih



Nih taim dinner.. dah macam kenduri pulak aku rasa..

Ayah - Medical check up

Nih gambar Jumaat lepas. Aku & Mamoru amik cuti semata nak balik Melaka, bawak ayah gi medical check up. Kami bawak ayah gi Hospital Alor Gajah.

Mulanya tu risau jugak. Ayah bukan jenis suka pegi klinik / hospital. Kalau terseliuh ke, demam ke, luka ke.. dia laaaaggiiii rela duduk dendiam kat rumah je - pelik aku tau. Takut sangat kena injet agaknya (aku pun camtu gak - takut jarum.. hehe


Nih masa tengah menunggu. Kami sampai spital awal pagi, menunggu pun tak lama. Mamoru siap belikan sarapan - rasa macam berpiknik je kat spital tu



Ohh.. nih lil Nina amik sendiri - cantik pulak gambarnya (walau pun dia focus bebtul tang idung)



Doktor yg attend ayah. Baik doktor nih. Muda lagi orangnya. Biasa kalau nak buat medical check up kat hospital kerajaan, kena buat appoinment, tunggu gilliran. Tapi, pagi tu aku minta doktor tu buat semua sekali dalam satu hari. Mulanya jururawat kat depan dia tu macam tak bagi - suruh datang lain kali amik darah, tapi lepas aku berkeras suruh buat hari yg sama, doktor tu 'ok' kan je. Bukan senang ok nak bawak ayah ke sini. Kalau boleh tu biarlah semua settle sekali harung je. So, pagi tu, ayah buat pemeriksaan jantung, tekanan darah, amik darah & x-tray sekaligus. Alhamdullilah, semuanya normal.. cuma result darah je kena tunggu dua minggu baru keluar. Harapnya semua normal.



Nih pulak malamnya.. adik no. 2 & SIL Ida beli 150 cucuk satay (tapi panggang sendiri la). Dia tak dapat amik cuti untuk teman ayah pegi hospital dgn kami belah siangnya.. tu yang duk belanja satay tuu.. hehe.



Nenek pun join sekali.. Aku bantai tido masa derang semua bakar satay. Lately nih kan, aku senang sangat tertido. Pantang terduduk atas tilam / kerusi - konpemmmm lena!



Nih jagung yg aku sempat bakar last minit (sebab baru terjaga tido.. hehe)

Thursday, October 09, 2008

Menjawab tag lagi

Nih aku nak menjawab tag dari kak ellyn. Dia suruh jawab sebelum raya (ampun kak, den tak sompekk). Aci boleh je lah nih.. hehehe

Tentang aku

First Name : Adlyana

Nickname
: aD
Birthday : 17 July 1979

Birthplace : Melaka

Time of Birth : Petang kut.. hehehe.. tak sempat nak tanya arwah ibu dulu (surat branak pun mana ntah hilangnya)

Zodiac sign : Cancer




Choices
Flower or Chocolate : Coklat
Pepsi or Coke : Belasah je..
Pop or Rock : Asal sedap didengar & lirik tak mengarut
Relationship or One Night Stand : Hubungan sah sudah semestinya.

School or Work : Ntah.. dedua pun aku tak suka (incik Mamoru, saya jadi suri rumah sepenuh masa boleh?)

Love or Money : Dedua aku nak

Movies or Music : Dedua pun biaso-biaser je pada aku

Country or City : Aku suka duk kampung.. impian aku, nak memiliki sebuah rumah kampung yg lengkap dengan serambi & tangga melaka.. hehee

Sunny days or Rainy days : Cerah la bagus..

Friends or Family : Aku wanita yg pentingkan keluarga.. *huhu wanita ok - tetiba feeling ayu..


Have you ever
Lied :
Kang aku cakap tak penah, nampak bebenor lah pulak bohongnyaa
Smoked : Penah.. err.. penah try arr..

Broke someone’s heart : Penahhhh..

Your heart broken? : Punnn penahh.

Wish you were a prince/princess : Yerr.. tapi up sikit.. aku adalah 'queen' dalam hati Mamoru.. theee

Liked someone who was taken : Penahh lah..

Shaved your head : Tak penah sebab aku rasa, muka aku akan bertambah hodoh kalau gonjeng

Been in love : Sekarang nih pun tengah bercinta jugak lah.. bercinta dgn suami sendiri :)

Used chopsticks : Tak pandai sangatt.. setakat nak pretend cuit-cuit lauk masa formal dinner boleh lah.. heheh

Sang in the mirror to yourself : Selalu sangattt


Favorites


Flower : Asal sedap dipandang

Candy : Suka laa sensangatt

Scent : Yang ada bau bunga / buah.. inviting sungguh!

Color : Semua pun bolehhh.

Musical Instrument : Terompet daun kelapa.. (korang reti buat?)

Movie : Yang ending dia tak menyebabkan aku rasa nak bom je cinema tu..

Actor/Actress : Aku bukan peminat fanatik.. janji cerita yg ko lakon kan tu best, dah cukup.

Junkfood : Jeruk yang dibuat sendiri - bukan yg banyakkk asid macam dijual kat kedai tu

Animal : Takdo.. takdo.. Memula dulu suka kucing, tapi family aku ada asthma.. menatang berbulu not allowed.

Ever cried over someone : Semestinyaa..

Is there anything you wish you could change about yourself : Takmo. Kalau dibagi pilihan pun, aku tetap nak adik-bradik aku.. tetap nak dilahirkan dalam family yg sama

Do you think you’re attractive : Ehhhh of cozzz lah.

If you had to choose a fairytale as your life what would you choose : Takde takde.. ngarut je semua tu

Do you play any sports : Play play takde.. tapi kalau masuk-masuk hutan panjat gunung tu aku sukaa.


List (8) random facts about yourself

Untuk soalan nih, sila refer di
sini

Esok cuti :)

Semalam aku & Mamoru berbuka dgn McD. Ada kelas.. tu yang tak dapat balik memasak kat umah. Berbuka pun lewat. Maklum, kelas break 7.30 mlm. Nak tanak terpaksa lah curi-curi keluar kelas untuk berbuka.

Alhamdullilah, hari nih genap 3 hari aku & Mamoru puasa sunat Syawal (cum puasa ganti taim period aritu). Another 3 more days to go - untuk Mamoru lah, untuk aku ada lagi 4 hari.. huhuu. Ntah sempat ke tak aku puasa direct nih. Rasa macam nak period je nih. Sedih.

Tsskkkk memintak jangannn lah. Aku nak habiskan puasa dgn Mamoru. Tak syiok lah puasa asing-asing nih. Lagi satu, kalau betul bendera merah naik hari nih, bertambah-tambah sedih lah aku.. baru nak berangan 'orang baru' sebab masuk hari nih period aku lewat 6 hari..

Takperlah, kalau ada rezeki kami, adalah.. kalau tak, cuba lagi.. ye tak?

Ohh, aku sangat hepi. Adik-adik aku dah pandai berdikari. Selalu tu derang duk tunggu aku balik keje untuk masak dinner sesama. Kalau aku balik lambat, lambat lah derang makan malam. Tapi lately nih.. adik-adik aku dah pandai masak sendiri (esp adik pompuan no.6). Dah boleh diharap. Adik lelaki no.5 pun pandai jugak - pandai masak sardin (walaupun rasanya tersangattttt lah pedas). Adik lelaki no.7 je yg belum penah memasak lagi (selain megi). Tapi bab-bab mengemas tu, memang boleh diharap lah (kalau disuruh).

Besar harapan aku & Mamoru nak tengok adik-adik semua berjaya dalam hidup. InsyaAllah, kita usaha sama-sama ye sayang :)

Wednesday, October 08, 2008

Ladang jagung baru

Beberapa bulan aritu, kan aku ada cerita pasal ladang jagung yg ayah usahakan dengan partner dia (pakcik Jefri).

Kesian ayah.. kena tipu. Penat dia bertungkus-lumus, berpanas berhujan demi ladang jagung tu.. tapi hasilnya, partner ayah kaut sengsorang. Disebabkan hal nih lah ayah buat projek baru kat tempat lain pulak. Projek kali nih usahasama dgn pejabat pertanian.

Geremm tau aku kat partner ayah tu. Masa balik raya aritu, aku ada terserempak dengan dia kat traffic light. Aku buat tak reti je. Malas nak tengok muka orang camtu. Kata ayah, biarlah dia buat bisnes tak jujur camtu. Satu hari nanti ada balasannya juga.

Bercakap pasal ayah, hari raya ketiga aritu dia ada mengadu susah nak bernafas. Sampai kelam kabut ibu dgn adik-adik aku bila ayah minta dihantar ke hospital. Pelik ok. Selalu tu, ayah nih jenis payahhhhhh sangat nak jumpa doktor. Jangankan spital, klinik pun 'bercintaa' dia nak pegi. Sanggup tuu tahan sakit demam kat rumah. Tapi bila ayah sendiri minta dibawa ke hospital petang raya tu.. aku dapat agak, confirm sakit ayah agak teruk. Tapi alhamdulillah, lepas dapat ubat dari doktor, lega sikit sakit dada ayah.

Cuma yang aku geramm tu, sampai hati ayah tak inform aku pasal nih. Sedih ok. Taim jadi tu aku kat Kuala Selangor.. aku dapat tau pun masa raya ke 6.. marah lah aku. Siap call ayah marah-marah sayang kat dia. Mender penting camnih aku kena tau!

InsyaAllah, kalau takde aral, Jumaat nih aku amik cuti - balik Melaka. Nak membawak ayah pegi medical check-up. Itu pun ntah ayah nak ke tak.. Kata ayah, dia dah sihattt, tak payah buat check-up ke haper. Adusss.. geram sungguh. Patut lah aku tak suka makan ubat. Tersangkut 'gene' ayah dalam kromosom aku nih rupanya..

Tengok lah Jumaat nih. Aku perlukan lagi beberapa orang adik-adik aku turut sama dalam urusan pujuk-memujuk ayah gi check-up.. Adik no. 2, Adik no. 3, Adik no. 5, 6, 7 & 8.. moh balik kampung malam khamis nih. Kita ikat ayah bawak gi spital.. huhuhuhu

View ladang jagung baru ayah kat kampung Ayer Limau



Pondok kecik yg ayah buat dgn tangan dia sendiri (ayah aku pandaiii buat rumah tau - even rumah kai sekarang pun hasil tangan dia sendiri)

Ops.. dah pukul 6.00 ptg. Aku sedang bersiaran dari UM city campus. Ok lah.. nak gerak masuk kelas dulu.

Di keheningan pagi Syawal ke 8

aaaaaaAAAAAHHHHHHHHhhhhhh !!!!!!

rasa legaaaaaa sangatttttt... gumbiraaa sangatttttttt

First assingnment dah siappppppp iiiiyahoooooo


tapi

masih ada dua lagi dalam proses.. tskkk


dan

masih ada dua presentation yang belum dibuat..

uuuuuwaaaaaaaaa!!!

tak suka! tak suka!


p/s: (to my beloved Mamoru) Hepi monthsary yang ke 8.. sayaannnggggg sangatttt. Tenkiu sebab sudi berjaga teman aD buat assingment malam tadi (even dia bebel-bebel sambil teman aku sebab buat assignment lastttt menett.. hehehe)

p/p/s: (to adik ipar aku - Ida) Amacam assigment hang dah siap? Kesian kita kan Ida. Orang hepi beraya, kita terpaksa keluar air mata darah buat assigment.. tssskkk (ohhh, lupa nak inform, SIL Ida pun amik Master gak.. tapi dia amik Master in IT laa)

Monday, October 06, 2008

Gambar 1 Syawal

Lambat upload gambar raya kali nih. Busy ok. Mana nak berjalan raya.. mana nak layan tetamu. Asal bukak laptop, ada je orang bagi salam.. camne tu? Nak updet taim malam, tak larat pulak.

Layan kan je lah gambar raya kat bawah nih. Banyak gambar gegar kali nih. Adik aku yang snap. Nih pun, aku dah tapis-tapis.. yang lain sumer tak jadi. Tak boleh jadi photographer adik aku nih.. harap gambau je banyakk.. yang 'menjadi' boleh dikira dgn jari je.. huhuhu.


Nih taim pagi raya. Ayah & Ibu dah siap stanby duduk tunggu anak-anak datang salam. Taun nih, Mamoru lead salam ayah. Selalu tu aku. Nak salam kena ikut turutan ok. Yang besar kena salam dulu.. pastu baru yang kekecik mengikut.



Turn aku lak. Hepi sangat tengok ayah & Ibu pakai baju yg aku belikan.. Oh, baju aku tu dibeli lasttt menet tau. Lagi sehari nak raya baru terhegeh-hegeh mencari. Aku punya baju ekceli kaler pink (beli kat butik Batik Terengganu kat KL - tapi tak sempat tempah tskkkk - harap kain je mahal gila). Baju lain yang aku beli, kaler purple (sedondon ngan Mamoru). Memandangkan kebanyakan family aku berbaju hijau pagi raya tu.. aku pun gedik la nak baju hijau jugak.. Nasib baik dapat yg saiz dgn badan.. murah lak tu - RM 73 inggit je.. hehe



Tataw naper Ibu pakai tudung hitam.. dia takde tudung hijau kut. Aku pun satu.. lupa nak beli tudung untuk ibu sekali..



Lepas sesi bermaaf-maafan, kami pergi ziarah kubur arwah Ibu. Walaupun arwah Ibu dah 12 tahun meninggalkan kami adik-beradik, perasaan sedih & sayu tu tetap ada.. buktinya, memasing semua duk sroottt srettt (tahan sedih) - berair je mata (Selamat Hari Raya, Ibu.. al-fatihah)



Tak semua adik-adik aku pegi kubur serentak. Dari kiri, adik no. 3, adik no. 8, aku, adik no. 9, adik no. 6 & adik no. 7.. yang lelain ada kat umah nenek.



Turn kami pulak bersalaman & bagi duit raya kat adik-adik.. huiii seronok tau jadi anak sulung nih



Taim nih agak kelakar.. ntah camner, dalam sibuk nak beraya aku boleh lupa nak salam mintak ampun dgn Mamoru! Seriyes terlupa ok! Maybe sebab first time raya sesama kut.. huhuhu. Padahal, dari awal puasa lagi aku tunggu saat nih tau.. tskkkk.. ampun b..



Bergambar gegamai dgn nenek sebelah ayah & sedara-mara pulak..



Baju kami tak sama.. huaaaa.. gara-gara baju tak siap bertempah la nih.. Takpe lah kan b? Next year boleh lagi.. kan?



Dari kiri, adik no. 3, aku, Mamoru, adik no. 2, SIL Ida, adik no. 7. Duduk pulak, adik no. 8 & adik no.5



Bergambar dgn adik-adik & sebahagian dari sepupu sepapat kat depan rumah sebelum gerak jalan raya sesama.



Tu dia.. berderet-deret adik-beradik aku



Dengan nenek Inang



Dengan nenek Temah pulak..



Lepas satu-satu umah yang kami terjah



Ikutkan, satu kampung nih semuanya berkeluarga.. tapi takde lah aku melawat semuanya sekaligus.. boleh pengsan ok. Yang mana dekat je lah.. rumah yang belah-belah hilir sana, aku tak pegi.. tak larat.



Mana tak laratnya.. korang tengok lah bebudak kecik nih.. huiii penat nak menjaganya!



Nih pula, nenek Besah (mak tiri arwah ibu)



Dengan nenek Pia pulak.. hehehe.. yerr.. aku 'kaya' dengan nenek. Datuk sorang pun takde. Hampir semua datuk-datuk aku meninggal dunia sebelum aku dilahirkan (atau masa aku kekecik lagi)

Wednesday, October 01, 2008

Panggang kambing

Wahh.. dengar tak takbir raya berkumandang sejak maghrib tadi? Syahdunyaaa... tsskkk.. tsskkk

Tak banyak xtvt yag kami buat memalam raya nih. Lemang petang tadi lagi dah masak. Langsir awal-awal dah siap (maklum, adik badik aku kan gamai - senang keje).

Pak Ngah ajak berkumpul gegamai kat umah nenek. Dia nak sembelih kambing yang dia bawak dari Terengganu aritu. Buat BBQ!

Aku suka pasang pelita seminggu sebelum raya. Wajib ok. Rasa tak raya kalau takde pelita nih

Aku tengah main bunga api.. hehehe.. saja mengimbau kenangan zaman tok kadok dulu

Adik no. 7 melayan kekanak ribena main bunga api


Nih laa rupanya kambing yang dah disembelih dan dipotong 4 bahagian..

Aktiviti wajib malam raya.. bbq!! Tetiap tahun musti ada. Selalu tu panggang ikan, ayam atau daging.. tapi kali nih.. ada kambing special punyaaa


Tu diaa.. barisan chef-chef yang tak kenal erti penat.. memasing semangattt nak raya



Selain kambing yg sungguh sedapppp itu, kami jugak ada panggang kepah.. fuhhhh layannnn!!