Wednesday, October 08, 2008

Ladang jagung baru

Beberapa bulan aritu, kan aku ada cerita pasal ladang jagung yg ayah usahakan dengan partner dia (pakcik Jefri).

Kesian ayah.. kena tipu. Penat dia bertungkus-lumus, berpanas berhujan demi ladang jagung tu.. tapi hasilnya, partner ayah kaut sengsorang. Disebabkan hal nih lah ayah buat projek baru kat tempat lain pulak. Projek kali nih usahasama dgn pejabat pertanian.

Geremm tau aku kat partner ayah tu. Masa balik raya aritu, aku ada terserempak dengan dia kat traffic light. Aku buat tak reti je. Malas nak tengok muka orang camtu. Kata ayah, biarlah dia buat bisnes tak jujur camtu. Satu hari nanti ada balasannya juga.

Bercakap pasal ayah, hari raya ketiga aritu dia ada mengadu susah nak bernafas. Sampai kelam kabut ibu dgn adik-adik aku bila ayah minta dihantar ke hospital. Pelik ok. Selalu tu, ayah nih jenis payahhhhhh sangat nak jumpa doktor. Jangankan spital, klinik pun 'bercintaa' dia nak pegi. Sanggup tuu tahan sakit demam kat rumah. Tapi bila ayah sendiri minta dibawa ke hospital petang raya tu.. aku dapat agak, confirm sakit ayah agak teruk. Tapi alhamdulillah, lepas dapat ubat dari doktor, lega sikit sakit dada ayah.

Cuma yang aku geramm tu, sampai hati ayah tak inform aku pasal nih. Sedih ok. Taim jadi tu aku kat Kuala Selangor.. aku dapat tau pun masa raya ke 6.. marah lah aku. Siap call ayah marah-marah sayang kat dia. Mender penting camnih aku kena tau!

InsyaAllah, kalau takde aral, Jumaat nih aku amik cuti - balik Melaka. Nak membawak ayah pegi medical check-up. Itu pun ntah ayah nak ke tak.. Kata ayah, dia dah sihattt, tak payah buat check-up ke haper. Adusss.. geram sungguh. Patut lah aku tak suka makan ubat. Tersangkut 'gene' ayah dalam kromosom aku nih rupanya..

Tengok lah Jumaat nih. Aku perlukan lagi beberapa orang adik-adik aku turut sama dalam urusan pujuk-memujuk ayah gi check-up.. Adik no. 2, Adik no. 3, Adik no. 5, 6, 7 & 8.. moh balik kampung malam khamis nih. Kita ikat ayah bawak gi spital.. huhuhuhu

View ladang jagung baru ayah kat kampung Ayer Limau



Pondok kecik yg ayah buat dgn tangan dia sendiri (ayah aku pandaiii buat rumah tau - even rumah kai sekarang pun hasil tangan dia sendiri)

Ops.. dah pukul 6.00 ptg. Aku sedang bersiaran dari UM city campus. Ok lah.. nak gerak masuk kelas dulu.

1 comment:

rebung emas said...

bro jagung2 yg reject jual mcm mana? sy di paya lebar.