Sunday, August 10, 2014
NM Galaxy 3rd Series 18km
Energizer 15km
Mencari jalan yg benar.. ke open hse member wahaha
Collec race kit untuk Guoco & Mizuno run. Pastu gi open house kat Greenwood sampai sesat barat.
![]() |
| With kiddos otw fetch Arina |
![]() |
| Makin susah nak bergambar dengam depa ni. |
![]() |
| Layan selfie dalam jem yang hazabbbb |
![]() |
| Sedar diri. Dah kena lari under kategori woman veteran daa... Tapi kenapa eh kategori lelaki ada Junior & Senior Veteran. Tapi untuk perempuan straight pegi Veteran.. Bias ok.. hahaha. |
![]() |
| Collect last minute bib yang member nak letgo untuk NM Galaxy s |
![]() |
| Race kit Guoco & Mizuno. I loveeee Guoco tee. Lady's cutting! Perfect! Tak payah nak alter bagai! |
Saturday, August 09, 2014
Longchan
Orang Melaka ja kenal air minuman ni. Ada yang panggil air legend.. haha.
Air Longchan ni dah wujud dari zaman tok nenek aku. Tak pasti pulak tahun kewujudan dia.
Dari dulu sampai sekarang, asal raya je mesti nenek aku beli air ni. Sampai dua box kayu. Setiap satu box ada dalam 56 botol kot. Lupa nak kira. Ada macam2 perisa, Sarsi, Oren, Ais Krim Soda, Anggur, Buah-Buahan. My fav is Sarsi! Seddappp gila.
Harga satu box kayu RM56. Tapi, next purchase, kalau korang return semula semua botol kaca dalam box tu, dan beli satu box lain, harga dapat murah lagi la. Kalau tak silap RM42 camtu kot.
Dulu harga sebotol Longchan murah beb.. doposen ke limaposen ja. Sekarang dah seringgit sebotol kat kampung aku.
Packaging pun diaorang dah start guna botol plastik 1.5liter. Aku kureng sikit botol plastik ni. Tak nolstalgia la beb. Ramai orang Melaka suka beli Longchan dalam botol kaca. Walaupun nampak macam tak praktikal, berat nak mamps satu box tu, tapi we still love the old ways.. haha.. setuju kan orang Melaka?
Botol kaca, box kayu. Sangat environmental friendly. Harap company Longchan ni still kekalkan penggunaan botol kaca sampai bila2.
Aku bukan penggemar soft drinks. Jarang la nak tengok aku minum coke, pepsi, mirinda, etc. Maybe sebab kandungan gas dia banyak sangat. Dah macam apa je bila buka tin coke tu siap berasap2 berbuih2 bila nak minum.. hahaha.
Tapi Longchan aku boleh terima. Rasa dia just nice. Tak tau la nak describe macam mana. Sesuai la dengan tekak aku.
Dulu aku ingat semua air dalam botol kaca sama ja rasa dia. Tapi sebenarnya tak. Aku penah minum air botol camni kat tempat lain. Tapi dari manufacturer lain lah. Rasa memang kelaut kedarat keparat semuanya. Sejak tu, hanya Longchan dihatiku.. cewah.
Stok Longchan kat rumah aku. Need to restock immediately. Raya belum habis lagi! Kena balik Melaka beli. Emergency!
Friday, August 08, 2014
Sabar tu subur
Hari ni adalah hari yang terpanjang aku rasa.
Macam2 jadi hari ni. Sad thing mostly.
Yep, trust tu penting. Wish I can turn back time. And make her see that she and her other half are both equally important to me.
Maybe I take things for granted.
And yep, once u screwed, people's going to think u're gonna screw forever.
Lesson learned.
*****************
Ok . Cerita lain.
Already start my training this week. Tapi kena ubah jadual sikit. Kena lari taim awal subuh coz taim malam tak ada orang nak babysit kiddos.
So kena bangun seawal pukul 4 pagi untuk lari. Which is good. Fresh. Pegi keje pun rasa best.
Thanks to Arina sebab sanggup tukar jadual training dia dan follow jadual aku untuk lari taim awal subuh. Serious rasa terharu beb. I really need a support like this to keep me running. Thanks so much girl. Appreciate this.
Malam esok dah start race untuk Energizer 15km kat Dataran Merdeka. Aku tak plan buat PB. Baru start kan. Just enjoy the run je lah.
Next week pulak plan nak pegi Lata Medang dengan the girls. Layan tiruk. The girls nampak excited. Aku lagi la sexcited. Dapat masuk hutan kann.. Bersatu dengan alam.. kekdahnya.
More exciting things coming my way! InsyaAllah :)
Thursday, August 07, 2014
Conversation with kiddos
When your 5 years old son start to complain:
Ariff : I'm really hungry. I want something to eat.
Me : Ok, mommy cook nasik for u ya
Ariff : But that will take ages to do!
Me : What?!
Ariff : Yes, mommy will take all day to cook.
Me : Then I'll make u pancakes je lah.. *sentap*
Ariff : Ok lah. Hurry, I'm hungry.
Me : *sentap lagi*
Omaigad. Since when dia pandai komplen??
*********************
When your 4 years old son request bukan2 sebelum tidur:
Amarr : Mommy, I want some lemonade.
Me : ??????
Selalu minta susu ja.. *Stress mak kau nakk. Mana nak cari lemon tetengah malam buta ni*
*********************
Kiddos, bila aku rasa geram sangat sampai nak marah, dia orang akan buat tak tau. Pastu buat mimik muka atau movement yang akan buat aku nak tergelak dalam marah.. I call it gelak-yang-tak-lepas-nak-menjerit-dan-nangis-dalam-masa-yang-sama.
Stress in blessed. Got it? Tak? Lantak.
Terpaksa katup bibir dengan kuat untuk elak dari senyum atau gelak. Its not an easy thing to do.
Layan gambar kiddos kat bawah ni. Taken right before they went to sleep just now.
Tuesday, August 05, 2014
Kiddos field trip
Last year they organized something like this to Kid Zania.
Tapi aku tak bagi kiddos pergi. Worried. Takut macam2.. haha.
Yep, aku memang paranoid sikit. Esp bila nak let go kiddos camtu ja tanpa aku ikut sekali.
This time.. Haih.
Patut ke tak aku lepaskan the kids with their teacher pegi field trip ni. Aku nak kiddos enjoy and have fun tapi.. uwaa.
Tell me I'm normal. I'm not the only parents yang paranoid terlebih camnih.
Tsk.
Monday, August 04, 2014
Building walls
Wish blog ni ada feature yang boleh block certain readers tak kira dari mana dia online.. haha.
Malam tadi untuk kali pertama sejak aku create acct fb, aku remove (banyak juga lah) senarai kawan yang aku tak kenal langsung. Kes main approved ja.. haha. Aku jarang nak add friend. Tapi kalau aku add tu means aku memang appreciate the friendship.
Remove/block friends tak bermaksud pula bermusuh ya. Just tanak get in touch or get to know anything or any update lagi ja.
Reminder untuk diri sendiri, lepas ni berhati2 pilih kawan. Be it online or real life.
To whom it may concern, tak perlu nak singgah sini :) 0-0. Just be happy.
Friday, August 01, 2014
Saturday, July 26, 2014
Last day kat KL
Masih dalam mood demam ni. Sakit tekak, kepala, selsema bagai.
Semalam berbuka kat Secret Recipe. Tak teringin pun cuma teruja sebab restoran ni baru buka kat depan rumah.. haha. Seems like semua restoran favourite dah ada kat sini. Walking distance only!
Definitely kena beli rumah area sini asap.
Wednesday, July 23, 2014
Gambar raya
25 Ramadhan
Terlupa pula BBIM start cuti Jumaat ni. So, kena apply AL untuk Jumaat nampaknya.
Forced Mamoru ambil cuti sekali. He's a bit reluctant coz company dia bagi cuti seminggu kot. But I'm more powerful than his boss.. wakakaka. So all of us will be on leave on Friday!
Ok, its not like that.. haha.
Tapi apa pun its a good timing for final shopping kan. Boleh balik Melaka lebih awal. Pandai tak ahkak?
xo
Tuesday, July 22, 2014
BBIM Photo session
Agak kelam kabut pagi ni nak siapkan baju double A. Nak stanby baju taekwando lagi, baju basahan untuk pakai petang. Part paling mencabar bila nak pakaikan sampin. Kena pandai guna psikologi. Kalau tak dengan aku meraung sekali.
Double A ada photo session pagi ni. Dari last week lagi Teacher dah whatapps suruh pakai baju raya. That's why nak kena bersampin bagai.
Sempat snap gambar ni ja. Susah betoi depa ni nak bergambaq sekarang. Dulu masa kekecik senang ja. Haih.
Monday, July 21, 2014
Thanks adik2 semua!
Adik no.6 dengan excited inform tentang furniture hunting untuk ayah kat Melaka. Cerita tentang macam mana diaorang konvoi beramai2 dan tentang decision yang kejap2 berubah untuk pilih barang. Sure sangat fun. And I missed that. Huwaa.
Beruntung ayah ada anak dan menantu yang sangat pemurah dan tak berkira dalam hal family sendiri atau family mertua.
Aku pun beruntung juga sebab dapat adik2 ipar yang sangat memahami dan rapat macam adik sendiri.
Too bad arwah ibu tak sempat rasa semua ni. Apa pun sure arwah hepi kalau dia dapat tahu 10 anak2 dia semua menjadi.
Saturday, July 19, 2014
Friday, July 18, 2014
Gunung Tahan via Merapoh: Day 3 (Finale)
Day 3
7.15 am Descending
7.50 am Bonsai
9.19 am Kem Belumut
9.53 am Kem Kubang
11.05 am Permatang - Tunggu last men
1.55 pm Descend
2.20 pm Kem Kor
3.30 pm Lata Luis - Tunggu last men
4.55 pm Continue hiking
5.30 pm Kuala Luis
6.30 pm Kuala Juram - End of expedition.





