Thursday, February 08, 2024

Happy 16th Anniversary to us

Happy 16th wedding anniversary to us. Many more to comes 🥰

Thank you for the love, care, support and being present every single day in my life & kiddos. 

Selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke 16 tahun. 

8/2/2008 - 8/2/2024

Thank you for the huge annv gift - Massage chair! Dah tetua camni memang sangat membantu massage chair ni.



 

Thursday, February 01, 2024

Highlight


Aleesya: Mommy, do you know why we use this highlighter pen?

Me: To highlight something important

Aleesya: Yes, thats why I'm highlighting you. Because you are important to me  
(sambil conteng tangan mommy dengan highlighter pen)

Dilema mommy nak marah ke nak suka bila dia "highlight" tangan mommy ni 😅




 

Monday, January 29, 2024

Bawa Aleesya pergi ofis

Aleesya nak sangat tengok ofis mommy. So mommy bawak dia masa weekend/public hodiday. Kebetulan mommy ada keje yang nak disiapkan. 

Sebelum bawa dia mommy prepare segala macam makanan untuk dia. Nak elakkan dia lapar atau boring. So far alhamdullilah, Aleesya tak bersungut pun walau kadang tu hampir sekerat hari kami kat ofis  

Keje Aleesya kat ofis mommy adalah, makan, record video tik tok dia dan video call dengan kawan² dia.


Mommy siap bawa blanket untuk dia baring dan tidur

Duduk atas meja. Mommy ada satu gambar abang Amarr duduk atas meja ofis mommy dulu. Nanti mommy cari 🥰




Tenkiuu Cantik, teman mommy kat ofis.


 

Wednesday, January 10, 2024

Minggu final exam


Minggu ni Ariff, Amarr & Aleesya ada final exam sebelum start cuti penggal terakhir sesi persekolahan. 

Ariff & Amarr busy dengan study group & tuition. Aleesya pula relax² macam biasa.. hihi. 

Semalam cikgu share gambar ni dalam whatapps group. Aleesya dan sorang lagi kawan dia dapat markah tertinggi Bahasa Inggeris ❤️.

Subjek² lain belum dapat markah lagi.

Petang semalam, mommy sampai je rumah, tak sempat letak beg keje lagi, Aleesya dah tunjuk paper BI kat mommy. Dia cakap, "sorry mommy, I made one silly mistake and didnt get 100%".

Alolololo.. comeinya Aleesya ni. Mommy ok je lah. Markah tu just bonus, yang penting Aleesya faham setiap subjek yang cikgu ajar 😊

Congrats Aleesya 🥰




 

Tuesday, January 09, 2024

Pergi keje

Ada 2 laluan yang aku guna untuk pergi keje.
1. Star 》 Putra
2. Komuter 》 Putra

Buat masa ni, aku tak fix guna laluan yang mana. Kadang guna no. 1. Kadang pula no. 2. Ikut mood.

Laluan no.1 sangat chaotic. Sebab tren Putra kena interchange kat stesyen Hang Tuah. Memang kena berlari, berkejar, berlaga bahu dengan penumpang lain. Setiap tren macam sardin. Penuh dengan orang yang rushing nak pergi keje. Laluan ni ambil masa 45 minit untuk sampai ke tempat keje. Tren pula sentiasa ada selang 5 atau 7 minit. 

Laluan no.2 sangat aman dan tenang. Tak ramai penumpang. Setiap kali naik komuter, mesti ada tempat duduk kosong. Kalau guna laluan ni, aku akan ada banyak masa untuk rehatkan badan & minda sambil tunggu komuter dan karang blog macam sekarang ni 😅. Laluan yang ni pula ambil masa 30 minit untuk sampai ofis. Cuma tren hanya ada selang 30 minit (peak hour) atau selang satu jam 😅😅.

Bila bangun tidur, hari² kena decide;
  •  Nak ikut laluan tenang atau laluan chaos? 
  • Nak tunggu lama di stesyen atau nak naik tren cepat?
  •  Nak berasak atau nak tempat duduk?

Sama macam hidup juga. Ada banyak pilihan. Tak semua yang sukar tu susah. Dah tak semua yang mudah tu senang. Semua ada pros dan cons. Yang penting apa pun pilihan yang dibuat, haruslah memberi hasil yang kita nak. Gituu.

*********

Setakat ni, aku tak pernah lambat ke ofis. Malah sentiasa sampai awal setengah jam atau kadang, awal satu jam di ofis. Bergantung pada laluan yang dipilih. 


Hepi working.

 

Saturday, January 06, 2024

1sy day physio

Boleh tahan juga sesi physio hari ni. Sampai jelly kaki buat strenght training tadi. Habis je session, kaki macam mesin jahit lama.. menggigil 😅😅😅😅

Kalau selalu buat strenght training camni, aku risau perasaan nak berlari secara competitive semula tu timbul pula nanti. Haish. Maklum lah, bila kaki dan lutut dah kuat, mula lah nak test power berlari kan kan kan..

Haish. Ko jangan macam² aD.


Start sesi ni dengan shockwave theraphy plus hot pad. Trainer kat sini kata, sebelum buat xtvt kena letak hot pad kat kaki.. lepas habis excercise baru letak cool pad.

Ada banyak fizikal excercise buat kat sini tadi: leg lift with weight kat ankle. Pastu buat squat, calf excercise, cycling, etc. 

Penat tapi best sangat. Tazabar nak pergi next physio. 

Hari² training kaki camni, memang ada juga aku ter-register race 10km nanti..  Gian nak berlari.. Tskk. 


 

Tuesday, January 02, 2024

Adly

Share gambar masjid kubah biru gelap ni. 
Share sebab nama kita sama hihi.

Kata ayah mommy (atuk awak semua), Adly maksudnya "adil'.. jadi makna nama mommy apa?



 

Monday, January 01, 2024

New Year 2024


Tahun ni,

Ariff 15 yo
Amarr 14 yo
Aleesya 9 yo

Oh wow, anak² makin membesar, mommy dah terasa semakin tua. Dah 45 😅. 45 tu tua or muda? Hahah.. 

Dan blog ni dah berusia 19 tahun 😊. Hampir 2 dekad mommy jot down semua suka duka hidup dekat sini. Mommy menulis dari zaman mommy bujang sampai lah anak² semua dah sebesar ni. Cara penulisan mommy pun dah banyak berubah, maklum lah, dah mak² kan.

Tahun ni, mommy dan daddy nak focus kat awak bertiga. Pejam celik, lagi 2 tahun ja Ariff nak ambil SPM. Tak lama ja lagi anak² akan keluar dari sarang, berterbangan di bumi Allah ni untuk mencari ilmu, rezeki, dan kehidupan sendiri. Mommy dan daddy nak buat yang terbaik sebelum awak semua melangkah keluar dari rumah untuk melanjutkan pelajaran di menara gading nanti, insyaAllah.

Mommy dan daddy sentiasa ada di sini untuk assist awak semua, insyaAllah.

Gambar semalam di Teluk Intan. Daytrip dari KL ke Lumut untuk naikkan milleage kereta baru.. hihi. Macam best pula buat daytrip macam ni kan, daddy? Kena repeat daytrip ke tempat lain pula pasni.


Aleesya sampai tertidur kepenatan.


















 

Saturday, December 30, 2023

Myvi

 

Alhamdullilah.

Welcome to the family, si maroon conel.

Ariff & Amarr tanya, boleh ke diorang drive. Daddy cakap boleh, tunggu lagi 4 tahun (ambil lesen umur kena min 18 tahun) 😁

Now mommy pening nak parking mana. Kat dalam kawasan rumah dedua parking dan penuh. Parking kat luar kena saman nanti.. 😅. Sekarang JPJ, polis dgn DBKL ligat pusing area rumah saman kereta park tepi jalan. Tskk.

Daddy settlekan documents dengan Perodua.

Thursday, December 28, 2023

Ariff buat breakfast untuk mommy

Subuh tadi pukul 4.15am Ariff kejut mommy pastu tanya mommy lapar tak, dia nak buatkan breakfast. Pisat² mommy bangun pandang Ariff sambil angguk kepala. 

Sekejap tu Ariff terus pergi dapur.

15 minit lepas tu, nahhhh Ariff hidang sebumbung roti telur dalam pinggan untuk mommy. Dengan tak cuci muka, mommy terus sua roti telur ke dalam mulut.. sedappp.

Terima kasih Ariff. Pasni dah boleh stanby untuk prepare sahur pula hihi.

Terima kasih sayang untuk breakfast pagi ni ❤️

Ariff yang semakin dewasa

Lupa nak jot down, aritu kami pergi beli kasut sekolah Ariff yang ketiga dalam tahun ni. Saiz kaki Ariff dari saiz  UK 10 (dewasa) dah naik jadi saiz UK 12. Kaki daddy pun saiz 8 tau. Mommy kalau pakai kasut Ariff dah macam pakai kasut ronald mcdonald 😅

Ariff dan Amarr. Dua² nyawa mommy

 

Sunday, December 24, 2023

Result MRI lutut

 


Semalam pergi cek result MRI &xtray kat Columbia Asia Hospital.

Doc bagi 2 option:
1. Suntik gel dalam lutut
2. Phisioterapi

Aku ada baca runner yang ambil injection hyaluronic acid untuk mudahkan diorang training 42km. Malah ada runner yang come back stronger dalam berlari dan dapat achive PB lepas amik injection tu

Cuma kat sini, concern aku bukanlah nak berlari competitive macam dulu. Aku just nak berjalan dan solat dengan selesa sampai aku tua kerepot nanti. Yang ni, alhamdulillah sangat, masih dipinjamkan nikmat untuk berjalan.

Doktor cakap no issue kalau aku nak berlari long distance or even train for 42km. Cuma aku tak aim untuk semua tu buat masa ni. Takda apa yang nak dikejarkan or nak dibuktikan dalam dunia larian marathon ni. Lagipun, aku dah merasa jadi champion full marathon 42km tahun 2017 dulu kan. So, tutup buku marathon. Kalau lari short distance, maybe. insyaAllah 

Doktor sebenarnya pelik lutut aku tak sakit even aku ada OA. Sama macam doktor kat Pantai KL dulu, dia pun pelik kenapa lutut aku tak sakit. Punya lah dia bengkok² tekan kepala lutut ni sambil tanya ada rasa sakit atau tak? Doktor pun tak bekalkan aku dengan apa² ubat atau suplemen. Injection hyaluronic acid pun dia just cakap, kalau in future aku nak ambik, baru dia suruh contact dia semula. Dan no further appointment dengan doktor dah lepas ni. Unless aku nak ambil second opinion  (which I think I will, coz nak check tentang cyst formation yang MRI detect dalam lutut - which doktor sini cakap its too small and not dangerous). But, better safe than sorry kan.

Buat masa ni treatment yang akan ongoing untuk sebulan akan datang di hospital ni adalah phisio - strenght training for both knee. 





Tuesday, December 19, 2023

Knee osteoarthritis

Dah sebulan stop lari sebab lutut kanan  start berbunyi macam keropok kena crush setiap kali nak bend. Mula² nak buat further check kat hospital pantai, tapi kat pantai kl tak jumpa pula doctor pakar orthopaedic yang specialist utk sports injury. So, aku refer ke kospital columbia asia.

Semalam 1st appointment kat columbia asia. Doctor suruh buat MRI dan xtray dulu. Tak ada apa yang doktor boleh comment or prescribe sebab lutut aku tak sakit pun. Just bunyi tu yang buat aku cuak. Bunyi tu kuat juga lah sampai kalau orang solat sebelah aku sure boleh dengar setiap kali aku bend untuk sujud. 

Aku tau bunyi ni mmg bersangkut paut dengan penyakit orthoarthritis yang ada kat lutut ni. Aku punya concen sekarang, just nak make sure aku masih boleh berjalan dan solat macam orang normal yang lain. Bab tak boleh berlari tu tqk penting sangat. Banyak lagi excercise yang boleh dibuat untuk sihat selain berlari kan. 

Pengalaman masuk dalam gelung MRI semalam adalah kali kedua bagi aku. First masa 2012. Kali ni masuk separuh badan ja untuk cek lutut. Ambil masa 20 minit juga untuk MRI. Bising bunyi mesin tu. Bingit telinga. Nasib baik nurse bagi aku headphone untuk dengat lagu.Tapi tenggelam timbul bunyi lagu drngan bunyi mesin MRI. Bingit.

Sabtu ni follow up result MRI kat hospital. Hopefulltly nothing serious, insyaAllah.

Peneman sepanjang hidup ❤️

Antara sebab aku tak ralat kalau tak dapat berlari semula. Sebab Tuhan dah bagi aku banyak nikmat lebih dari yang aku minta dari mula² aku start berlari. Aku pernah jadi champion untuk full marathon 42km, pernah berlari 100km, 50km, trail, road, berpuluh² gunung yang pernah aku daki. So, nikmat yang mana aku nak dustakan. If its time to let go all this thing, aku okay. 

Cuma tu lah, aku just harap masih diberikan rezeki untuk berjalan dan solat macam orang lain yang normal. Aaminnn.



 

Monday, December 18, 2023

Event company daddy

Throwback sports day company daddy.  
Daddy angkut kami semua join sekali. Best sangat. Mommy rasa company daddy ni lagi happening dari tempat keje mommy tau. Patutlah masa daddy dapat offer keje kat company mommy, daddy boleh tolak offer tu. Sebab company daddy lagi best!

Lagi satu, yang best masa event ni, sementara staf² company daddy busy dengan acara sukan, kami familykepada staff juga disediakan bermacam² entertainment dan games. Semua percuma termasuk makanan. Kami main semua games kat sini dan dapat macam² hadiah. Penuh beg kami dengan hadiah masa nak balik tu.. we had so much fun!

Aleesya main frisbee

Tangkap itik

Main bola sepak

Our teenage boys

Ada banyak booth lukis tangan, muka ni.. suka la Aleesya. Habis muka dengan tangan kena conteng



Ni masa nak balik

Ariff naik lembu 😁😁😅😅