KENGKAWAN

Thursday, February 22, 2007

bukan rezeki

tensi..

sedih tahap dewata raya bila terlepas flight ke Manila pagi 17 Feb rituh. dengan Fazi tersilap hantar aku ke KLIA (sebab aku tertido taim tu) padahal flight aku kat LCCT. by time aku sampai LCCT, gate dah closed. try called Somphob (Sc), tp hp dia off. aku still tak putus asa. try book tiket lain, tapi akak kaunter ckp, tu je la satu-satunya flight ke Manila utk hari tu. try gak book tiket utk esoknya, tapiiii fully book la pulak. yang ada juz flight utk hari Isnin. nak book pun terpaksa pikir pat lima kali sebab masa hari Isnin tu nnt, team yg ada kat Manila akan bertolak naik local flight ke utara Luzon.. *sighs*

...sayu je hati nih tgk flight kami berlepas pagi tu.

aku rasa Sc still marahkan aku. dari malam seblm kami bertolak lagi dia dah ingatkan suruh sampai awal kat airport. hm, nk buat mcm mana.. aku dah try sehabis boleh utk sampai awal. bukan aku tanak ikut dia gi berkampung kat airport mlm tu. aku ada tanggungjawab kat sini. dgn keje.. adik-adik aku lagi.. byk hati yg nk dijaga. lagipun, haper ingat aku sesaja membazir duit beli return tiket flight semata-mata sengaja tanak naik??

...kalau dia rasa mender nih boleh effect relation aku dgn dia, biarlah.. sukatilah! I didnt do this on purpose. I really want to go there with him.. *sigh*

ikutkan, hari nih aku still bercuti. tapi semlm, ada group PTD yg tengah treneng kat INTAN request nak buat trip naik Gunung Ulu Semangkuk dgn air terjun Sg Chiling. trip yg derang nak organize nih katanya sebagai salah satu modul ntahapekebende (tak ingat laa) dalam latihan PTD derang. ada 60 peserta yg kompem join (30 lelaki + 30 pompuan).. ramai gilerr. masakkkk aku nak handle gegamai camnih.

sebenarnya, masa derang duk tercari-cari tempat nak buat trip, aku yg cadangkan pegi tempat tu. first, sebab kebanyakkan peserta yg join sumernya beginner. rasanya tader masalah kut kalau bawak derang mendaki gunung camtu. second, lepas pepenat naik gunung, derang buleh layan air terjun yg cuNnnn! based on apa yg kami discuss dgn salah seorg pelatih PTD semlm, sumer mcm ok je. tapi, kalau derang request mender yg lebih mencabar, aku buleh tambah satu port lagi.. layann mendaki Gunung Kutu.. *hehehe*.. (ada berani panjat 2 gunung dlm masa satu hari?)

tarikh program nih dah kompem dari selasa - 27 feb sampai khamis - 1 mac (3 hari 2 malam). disebabkan aku yg pepandai bagi cadangan tempat, maka nama aku masuk dalam senarai yg akan jadi guide. dannnn disebabkan tu jugakkk aku terpaksa amik cuti lagiiii.. dan disebabkan nak maintain tahap ke-profesional-an keje, maka cuti yg aku amik sekarang nih terpaksa dikanselkan dan ditukar pada minggu depan (sesuka hati aku jer kan nak tukar cuti.. cam aku ada syer je dlm opis nih). 4 org guide diperlukan utk trip nih. fuzzy & aku dah kompemkan nama.. tinggal 2 lagi.. hmm, saper lagi memember gunung yg ebelebel minggu depan ek??

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...