semlm, inform DO tentang pertukaran cuti aku. memula, dia cam tader masalah. tapi bila pikir pasal golf tourney hujung minggu depan dgn ads & brochure utk ogos program yg tak siap lagi, terus dia jadi kalut.
kata dia, aku kena pegi Nilai rabu depan. discuss tentang event kat sana. part ni aku tak risau sgt. kak Bunga (staff baru) kan ada. nih la masanya nak train dia. lagipun, bagi aku la, kalau tak pegi Nilai pun takpe. Mender boleh settle thru phone. simple. bila aku dah berdolak dalik pasal Nilai, dia bukak citer pasal advertisement & brochure plak. hm, cam susah jugak aku nak bercuti kali nih..
sudahnya, malam tadi aku terpaksa bersengkang mata siapkan draft brochure & advertisement utk paper The Star & NST. gedebak gedebuk sumer.. dekat kul 4.00 pagi baru siap. mata dah pedih tahap dewata bersepuluh. layan tido sekejap. kul 6.00 pagi bangun, mandi bersiap bagai.. gerak gi opis.
sempoi giler dressing aku pagi nih. juz pakai tank top, sweater & seluar besar lusuh. rambut main ikat ponytail je. simple tapi aku suker. ada org cakap aku nampak cam budak skolah pakai acamtu. sesekali feel muder belia remaja (prasannyaaaa).. *hiks*
ops, back to de stori.. hm, still takde keputusan yg muktamad tentang cuti aku utk minggu depan nih. hish, apa lagi laa yg dia riso kan. draft brochure & ads dah siap.. tinggal nak tunggu approval dari TS je.. tulunglaaa.. tulunglaaa lepaskan aku masuk hutannnn.
risau aku nih. dah laaa aku sorang je yg tau trek ke gunung tu. kalau aku tader, acamner??? saper yg boleh diharap jadi guide bawak bebudak PTD tu nanti?? hallaaa.. peningnyaa..
No comments:
Post a Comment