jumaat malam rituh. kunun-kunun nak tido kat puncak gunung Nuang. janji ngan Syam & d'gang nak jumpa kat pejabat renjer kul 9.00 mlm. sekali terlambat la pulakkk. kul 11 lebih baru sampai Pangsun. kelam kabut pikul beg. tak bawak haper pun sebenarnya. rations pun juz snek jer. ground, fly, stove sumer tarakk. assumed Syam bawak memender tu.
sampai pejabat renjer, almost tengah malam. juz aku berdua je dgn Fazi. kami trekking laju giler masa kat jalan balak. serrraamm gak. dah lama tak naik Nuang tetengah malam buta camtuh. ikutkan, sejam je dah sampai kem Lolo. tapi byk sungguh halangannya.. dgn bunyik minatang aper ntah yg buat kami terkejut beruk sampai terpaksa benti agak lama kat tepi trek balak tu. pastu bila sampai kat pondok first, aku buleh lupa trek plak. berpusing-pusing la jugak mencari kesan trek dalam gelap gulita hutan rimba..
sampai kem Lolo dah dekat kul 2.00 pagi. lepak depan khemah team bebudak UPSI. kesian Ijan & kekawan dia yg terbangun disebabkan suara aku yg bising ngalahkan mak nenek nih. tanya Ijan, kut-kut dia ada perasan team yg shoot ke puncak. bila Ijan cakap tader, aku start was-was nak naik ke puncak. yelahhh, naik kang, kena trekking dalam 4 jam (kalau siang 2 jam dah oke). buatnya group Syam tader kat puncak??? tak ke beku aku kat atas gunung tuh.
last-last, pinjam ground Ijan, tido je kat kem Lolo. sempat gak la melayan bebudak tu tangkap ikan kat tepi sungai sampai kul 3.00 pagi.. gilerr ngantukkk. janji ngan Ijan nak naik puncak sesama ngan team dia kul 5.00 pagi tu. skali tido punyer tido, kul 7.00 pagi baru terjaga.. astaga.. team Ijan (10 pompuan & 6 lelaki) dah lama naik ke puncak. taim tu mula laaaa rasa malas je naik teruskan pendakian. for sure team UPSI dah sampai puncak. malasnya laaa nak trekking secara sunyi sepi nih. kalau gegamai meriah sikit.
penat aku bagi motibasi kat diri sendiri.. apa barang panjat gunung tak sampai puncak kan? dalam malas-malas tu aku kemas gak sleeping bag. kemas apa pe patut. gosok gigi pastu sarapan ala kadar, kul 9.00 baru start trekking. huhuhu.. dah sianggg.
trek kat Nuang dah lain macam jadinya. dah besar luas. mcm trek balak plak. tahap kebersihan.. hmm.. camtuh gak. sampah still berlonggok. bukan reti pikul bwk turun derang nih.
sejam trekking, kami sampai kat kem Pacat. tak rehat langsung.. terus shoot ke puncak pengasih. heran gak aku tgk trek yg tadinya kering tetiba jadi lembab & lecak kat area puncak pengasih sampai laa ke puncak Nuang. kabus tebal.. ingatkan hujan..
lagi 20 minit nak sampai puncak, terserempak dgn team UPSI. ada sorang awek injured. syian dia.. syian lagi tgk Ijan yg hampir mental jadi sweeper. 6 jam derang trekking tak sampai puncak! aku bagi awek tu air ribena ngan ubat. sempat gak laa saiko dia. sikit lagi nk sampai puncak.. rugi la kalau tanak teruskan. sib baik awek tu sanggup naik pelan-pelan.. semangat tu pentinggg.
dua jam 20 minit aku sampai puncak Nuang. tak leh pecah rekod lama.. tapi lambat pun sebab tolong awek tadi. kira ok la kan. masa kat puncak, aku perati gak, kut-kut Syam ada pasang fly kat atas tu. ampehhh. tadok pong. sib baik aku tak naik puncak mlm tadi. kalau tak mau bekuuuuu.
lepas lepakking & borakking, kami gerak turun. kat kem Pacat, terserempak dgn Syam & d'geng.. derang sampai lewat rupanya. tak lama kami borak. taim tu dah pukul 3.00 petang kut. rushing nak balik umah. malam sabtu tu plak ada Konsert Rentaq Serantau. lagi skali aku mengkelam-kabutkan diri turun gunung - balik umah - mandi - gerak gi Stadium Melawati Shah Alam.
hm.. tataw nak habaq camner. ada satu sebab je yg buat aku nak sangat pegi konsert nih - Search! kalau tak, toksah harap.. and special thanks buat Fazi coz sanggup bawak aku ke sini!
part yg spoil, silap beli tiket! ingatkan beli tiket mahal dapat tempat duduk.. rupanya tiket mahal utk berdiri depan pentas.. dah la kaki lenguh baru turun gunung.. hazabbbb!!!.. aku cukup tak gemor terkinja-kinja / berasak-asak acamtuh. dah laa ramai mat-mat hindon kat situ.. plak tu memasing rambut cam hantu.. panjang mengerbang sini sana.. lemasss.. rimasss.. eiyyyyyy nak pingsan!
masa Inul perform atas stage, aku layan tido sekejap. tersengguk-sengguk kepala nih. tak paham aku lagu yg dia nyanyi. yang aku tau, gelek dia mmg power. pastu turn Ella.. dia nih mmg versatile. aku sukerr. tader la over cam Inul. lemah lembut gituh. gedik dia pun gedik kiuttt. kendian. masa Search perform, pehh.. aku sukerr gilerr. suara Amy maintain power. cuma yg tak best tuh, choices of lagu dia.. byk lagu baru yg aku tak penah dengar. so tak dapat nak layan skali. part yg tak best bila sekumpulan mat-mat hindon depan stage duk pulaukan Search. memasing pepakat duduk gegamai. giler arr derang nih. cuba la korang bayangkan crowd depan stage yg sepatutnya berdiri tetiba duduk beramai-ramai. kalau aku jadi Search, mmg terhina rasanyaaa. rasa nak je aku sepuk kepala mat-mat hindon nih. tapi nk wat camner kan. aku pun hampir ngantuk dengar lagu favaurite band aku nih.
lasssssttttt, kumpulan Radja lak perform. mmg full of energy. suka aku tgk vokalis dia terlompat-lompat atas stage. giler bersemangat dia nih. tapi taim tu, mat-mat and minah-minah hindon dah teruja cam org gila. sampai aku & few others penonton depan stage terpaksa melarikan diri jauh dari stage. yang heran tu, bebudak metal / gothic pun layan lagu jiwang Radja nih.. teringat scene filem Rock.. cam hampehh. tak lama aku kat situ. bila tgk keadaan semakin tak terkawal, kami terus keluar dari situ. malas nak tunggu sampai abis konsert. kang tak pepasal jer. takut woo tgk org kat depan stage tu mcm hilang akal je kaedahnya. fanatikk sungguh!
Yap's Bachelor Party
almost kul doblas sampai rumah. packing barang sikit, pastu terus cabut pi Teluk Kemang. by dat time, aku dah mengantuk tahap dewata raya. kesian Fazi kena drive sengsorang. gerak kul 1.00 pagi. tak tahan nyer pasal, berenti R&R Seremban, pulun tido jap.. kul 5.00 pagi baru sampai Teluk Kemang.
kat sana, jumpa Adhazira, Fizi, Sha, Yap & Cik Khalil.. derang dah siapkan BBQ utk kitaorg. terharunyaaa... sempat gak belikan sarapan utk derang.
xtvt pepagi Ahad tu, lepakking kat ruang tamu guesthouse sambil tgk slide show gambar trip Trans Bintang. pastu, turun laut gegamai.. naik banana boat. tiga kali mender alah tu diterbalikkan.. means 3 kali gak kami sumer jatuh dlm air.. best!! pastu main kayak plak... sempat pusing pulau kecik kat Teluk Kemang tu.. pehh. kalau dah outdoor people tu, mmg tak buleh dipisahkan ngan xtvt lasak nih. keseluruhan trip mmg best.. esp, part main polo air kat swimming pool ptg tu. sakit perut tahan gelak.
lewat petang baru balik KL. sampai umah dalam kul 6.30 ptg. tu pun tak leh nak rehat. ada wedding nak kena attend. bla.. bla.. bla.. tengah malam gak baru sampai umah.. ngantuk tahap gaban bersepuluh daa. bateri flat abes.. zZzzz
No comments:
Post a Comment