KENGKAWAN

Monday, February 12, 2007

Luna

*Luna*

jumpa dia kat tingkat bawah umah. semlm masa turun tangga, aku ternampak kucing nih kat tepi tembok. tak bergerak. try panggil.. tader respon. lama gak aku peratikan dia. pastu pelahan-lahan dia jatuh terjelepuk. berlari-larian aku gi dapatkan dia.

mengucap aku dibuatnya. leher kucing tu dijerut dengan tali tangsi (tali yg orang guna utk kail ikan tu). tali tu plak bersambung dengan joran. astaga. nih musti keje bebudak nakal (or bodoh). kucing dengan ikan pun tak reti nak beza! nasib baik derang tak cucuk ngan mata kail. kalau tak sure innallilah... syian kucing tu, sampai terkencing-kencing dikerjakan. cecepat aku tanggalkan tali tangsi. bawak kucing naik atas umah. bersihkan pastu balut ngan towel.

panik aku sekejap. nak buat apa ek? aku bukan terer bab nak jaga kucing nih. nak bagi susu, err.. umah aku tader susu. friskies? dia boleh ke makan sumer tu? umur dia rasanya sebulan kut (or kurang). sure menyusu lagi. bihtu, camner nak bagi makan ek? gigi dia dah kuat ke nak mengunyah makanan? apa aku nak buat nih??.. *pening*..

aku keluar gi kedai. beli susu ngan friekies. main sebattt je beli. sampai umah, kucing tu refused minum or makan. adeihh.. lagi aku peninggg.

lasttttt, aku give up. tunggu gak kekalau ada tuan punyer kucing tampal advertisement pasal kucing dia. kalau ada, aku dgn gumbiraa nak pulangkan. kalau tader, aku cadang nak bagi pada sesiapa yg suka kucing.

malam, adik-adik aku balik umah. sumer terkejut tgk kucing tu. Syuk eksaited terlebih. duk pujuk-pujuk aku suh bela. on the spot dia bagi nama kucing tu Luna.. *iskk*.. Ain, Yanie & As pun pepakat nak bela dia (sudahhhh). memasing sibuk nak pegang-pegang Luna. aku larang arr. yelah, dia still trauma lagi dgn kejadian siang tadi. lagipun, dia belum makan. kang takut dia pingsan (err.. kucing boleh pingsan ke?)

aku bagi syarat.. kalau tader org claim Luna tu milik dia baru la Syuk boleh bela kucing tu. dan kalau bebtul nak jaga Luna, memasing kena ada sense of responsibility. kena tau apa nak buat. kena bagi sepenuh kasih sayang chenta sumer. dan yg pentingggg, kebersihan kena jaga. laju je derang angguk kepala.

hm, hari nih kalau Luna still refused makan, kena bwk gi klinik nampaknya..

4 comments:

bg said...

cutenya :-D

bg said...

jaga bebaik tau... seminggu ilang mesti rindu kat luna nnti

:-D

Wecko said...

Cute nyer. Ehhh ada mknan kucing yg x keras tau. Dia dlm tin. So i think yg tu boleh kot bg.

aD said...

bg, d cutest kucen ever!

wan, tu la.. mknan utk baby kitten.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...