KENGKAWAN

Thursday, June 21, 2007

rindu outdoor

mlm tadi senyum je aku tgk adik pompuan aku yg no. 6. hepi sangat dia bila aku setuju nak support dia sambung belajar. siap lompat-lompat lagi. comei je. dia dapat tawaran Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat kat salah satu universti dalam negeri Selangor nih. tarikh pendaftaran 26 Julai depan.

tentang adik no. 8 pulak, belum decide apa-apa lagi. nak kena balik kampung & bincang sesama. tadi called dia. explain tentang pros & cons kalau dia sambung Diploma atau proceed dgn STPM. tengok lah nanti apa keputusan dia.

tak sangka ey, cepat sangat masa berlalu. dah besar dah semua adik-adik aku nih. rasanya mcm sekejap je. masa arwah ibu tinggalkan kami 11 tahun dulu, adik aku yg no. 8 nih baru 6 tahun. yg no. 10 plak baru je lahir. memasing kecik je taim tu. sampai kenkadang aku still terbawa-bawa sikap overprotective. aku lupa yg derang sumer dah besar.. ahh rindunya masa-masa lalu.. tapi heck NO. aku tak sanggup kembali kat masa-masa dulu. suffer sangat.

sekarang just tinggal adik lelaki no. 9 & adik pompuan no. 10 (bongsu). memasing baru darjah 5 & 6 =)

ada satu mender yg meronta-ronta dlm hati nih.. aku nak panjat gunung. dah lebih 3 bulan aku tak join memana xpdc. since everything (family matters esp) under control, aku nak sambung balik xtvt gunung nih. tapi tak lah sekerap dulu. kalau dapat sebulan sekali masuk hutan pun dah kira ok sangat. bawah nih list gunung yg aku nak sangat pegi:

  1. Gunung Benum - antara trek hardcore jugak lah (gunung ke-10 tertinggi kat semenanjung Me'sia)
  2. Gunung Chamah & Gunung Ulu sepat - naik dua gunung sekaligus (ke-5 & ke-7 tertinggi di semenanjung)
  3. Gunung Korbu & Gunung Gayung - naik dedua sekaligus (ke-2 & ke-4 tertinggi)
  4. Gunung Tahan - cam rugi lak coz nak conquer gunung nih je amik masa minimum 5 hari (tertinggi di semenanjung)
  5. Gunung Batu Putih - kat kuala Woh, Tapah (ke-8 tertinggi)
  6. Lain-lain: Gunung Gerah, Gunung Noring, Gunung Tangga, Gunung Berhid.. dan seterusnya (banyak lah tak terkira)

kalau boleh nak panjat 2 atau 3 gunung lagi sebelum start puasa bulan 9 nih. kut ada org yg organize trip-trip ke gunung yg aku listkan kat atas nih.. please (begging nih - cewahh).. please let me know. i'm dying to join it.

buat masa nih aku ada satu info tentang group yg pegi Gunung Gerah. tarikh dari 30 ogos - 2 sept 2007 - duration: 4 days anjuran Mat Saiko. fees rm 200 (rations + guide + tranport kl-sg siput-4wd). first taimer tak boleh join. interested call 012-3875897. yg nih aku KIV buat sementara. tunggu confirmation dari Mamoru (didnt I tell u guys Mamoru pun kaki outdoor mcm aku?).

o btw, ada satu lagi trip ke Gunung Yong Belar (gunung ke-3 tertinggi). aku dah maleh nak pegi gunung nih sebab last year je dah 3 kali aku jejakkan kaki kat puncak Yong Belar. balik-balik gunung yg sama je. penat arr. bagi sesiapa yg nak pegi, tipun no. nih 019-3107312 - Abg Rashid. tarikh xpdc 30 Jun - 1 July 2007. bayaran tak dinyatakan pulak. call arr kalau tau.

eniwei, start bulan depan, aku akan start bz. dateline utk ogos project semakin dekat. tapi kali nih maybe takde pressure sangat. nasib baik kak Bunga ada utk tolong aku uruskan projek nih. kurang sikit beban. sesambil bekerja, boleh lah curi masa utk outdoor.

weekdays keje.. weekend gunung.. that's more like it!

Gurindam Jiwa

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

2 comments:

Farahz said...

em.. ada trip nak gi Gunung Batu Putih tp Nov lah. pas raya. under br Shah.

aD said...

farah, lama lagi tu.. kalau boleh nov - dec nak gi trans. trip yg makan masa yg 7-8 hari sbb taim tu byk cuti. thanks for the info. tp, bagi lah detail ttg program kat sini. maanlah tau kalau memember lain nk pegi nanti =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...