Wednesday, June 06, 2007

away ke Ganu

bulan nih tahap kesihatan aku memang teruk giler. dah la minggu lepas MC sakit perut sampai 2 hari. minggu nih plak, dah start rasa sakit tekak.. lemah badan, sakit kepala, selsema, etc, etc. abis lahh.

wiken rituh, spent kat Melaka. tader apa yg baru kat kampung. semua cam biasa. cuma Nina je dah ada hobi luar biasa - suka bagi ayam makan. kelakar sgt. mcm tak sesuai je dia dgn minat baru dia tu. dah la ayam tu sama tinggi dgn dia. ganazz lak tu. baru dia nak tabur jagung, dah kena serbu. ayam yg bapak bela banyakkkk.. kesian Nina kena kerumun dek ayam. habis berterabur jagung kat tangan dia. tapi, dia jenis berani. sikit pun tak nangis bila kena patuk dgn ayam. lagi dia suka ada lah.. hai memacam lah. yg tak boleh tahan tu, kekejap kang tarik tangan aku pegi reban belakang umah. suruh aku tangkap ayam-ayam tu untuk dia. kalau aku refused, dia sendiri gi tangkap. ayam kat umah tu sumer jinak. senang la dia tangkap. suka sangat dia peluk-peluk ayam. macam peluk kucing dibuatnya. rimass akak tau!

ahad plak, gi umah org kahwin. ex-classmate masa form 6 dulu kawen. pegi dgn nazry. ekceli aku dapat tau pasal wedding nih pun dari nazry jugak. time kasih bebanyak kat dia sebab tolong aku belikan hadiah utk pengantin. fyi, nazry nih pun classmate aku since form 6 dulu. dia lah member sepergaduhan merangkap sifoo aku taim belajar subjek ekonomi (subjek fav kami). sepergaduhan maksud aku, suka berdebat lah. disebabkan dia lah aku ter-motivated utk study. byk budi dia kat aku. sikit pun dia tak mintak balas. aku anggap dia macam saudara kandung aku sendiri. nazry nih anak tunggal. tinggal dgn mak dia je. since pemily aku gamai giler, secara tak langsung dia pun suka join xtvt yg pemily aku buat. nak merasa hidup beradik-beradik katanya. sampai bapak aku pun iktiraf dia as anak angkat. byk citer disebalik tabir sebenarnya. nanti lah. ada masa panjang nanti, aku bukak citer .. "once upon a time".. nih. hiks.

berbalik pada citer kenduri tadi. aku mmg eksaited sgt nak pegi. maklum lah nak jumpa memember satu skolah yg dah terpisah 10 tahun gitu. lagipun, hari tu birthday Butet (sorang lagi bestfriend aku dari zaman skolah sampailah kat yunibesti). sesubuh gaban aku dah bangun bersiap. pakai baju kurung taw. tapi malangnya.. sesampai je kat sana, tak ramai member yg turn up. yg ada juz pat lima org. even Butet pun tak datang. hm, ntah la.. i juz dont get it why. nak kata bz, rata-rata ex-classmate aku dulu sumernya tinggal dedekat dgn kawasan umah pengantin nih. yang datang petang tu juz Wa'adiah, Rehan, Linda, Norimy & Nazry. tak kisah lah. maybe derang ada reason yg kukuh utk tak datang.

harap, dapat jumpa ramai lagi member lama masa majlis perkahwinan Nazry bulan ogos nanti.

hm, mata aku dah berair nih. No, bukan sebab sedih. selsema nih hah.. makin menjadi-jadi pulak. tadi masa sain MoU dgn staff dari UM, aku syik terbersin je. sampai terpaksa minta excuse dari TS utk keluar dari board room. dah bercawan air teh-O panas aku minum. pun tak ok jugak.. buat aku terkucil je ada lah. kesian badan aku nih hah. dah la kecik, makin kerempeng la nampaknya..

nak balik awal lah. nak rest kat umah. malam nih gerak ke Terengganu dgn adik-adik aku. ntah larat ke tak nih..


No comments: