KENGKAWAN

Wednesday, January 02, 2008

Entry first

Entry first untuk 2008.. bersemangat baru nih!

Plan memancing semlm berjalan lancar. Seronok walaupun sekor ikan pun tak dapat. Ntah berapa kali kami ubah port memancing.. pun tadak rezeki. Memula, pancing kat kawasan penggambaran citer Muhsin, pastu ubah tempat kat kawasan kelapa sawit, tetiba hujan pulak, berdesup kami pegi rumah Kubeng. Pancing kat sungai belakang rumah dia.. tunggu punya tunggu.. takde gak ikannya, ubah lagi tempat kat kawasan tepi sawah pulak.. pun takde. Takpe lah nk buat camner kan. Yang penting masa yg aku spend bersama adik-adik. Bukan selalu kumpul gegamai gini.

Malam tadi sebelum adik lelaki no.2 & adik ipar aku balik Melaka, kami sempat pegi Masjid India. Plan nak cari segulung kain untuk bagi kat kaum keluarga aku. Aritu aku dah beli kain untuk adik-beradik pompuan je. Kononnya mlm tadi nak beli lagi kain yg sama. Nak semua ahli keluarga pakai baju sedondon taim wedding aku nanti.. tapi tak jumpa lak kain & corak yg sama. Frust gak.. tapi takper, kita cari kat tempat lain pulak.

Ada tak aku bagitau nenek suruh beli lagi 100 pcs bunga pahar? Terkejut akak dik nonn.. Ingatkan masa bawak balik bunga pahar yg dah dibeli rituh mencukupi, rupanya disuruh tambah lagi. Maknanya kat sini, akan ada 4 pahar bunga telur kat pelamin nanti. Banyak gak tu. Muat ke pelamin aku? Rumah kampung tu bukannya besar sangat. Bubuh bebanyak tak ke sarat nanti? Hmm.. lantok ler. Koser aku nak pikir. Layan kan je lah permintaan nenek aku nih.

Minngu nih.. ops cakap se-slow.. minggu nih aku pegi mendaki Gunung Kutu kat Kuala Kubu Bharu. Ikutkan, ramai gak kengkawan yg suggest supaya aku drop je trip nih. Memacam lah alasan derang. Takut masa tak cukup nak arrange wedding aku la.. darah manis lah.. Ekceli aku bukanlah degil ketegaq tanak dengar nasihat. Aku tau derang risaukan keselamatan aku & aku hargai nasihat derang. Tapi, nak buat mcm mana.. dah berjanji. Lagipun, aku & Mamoru dah jadi AJK makanan. Awal-awal lagi Chua dab bagi tugas marinate ayam untuk dibuat BBQ masa kat puncak nanti. Haruu nanti kalau aku tarik diri. Doakan je lah keselamatan aku sepanjang xpdc kali nih. Pasnih aku janji, there will be no more trip / xpdc until wedding aku settle, ok?

January nih bulan last untuk aku bekerja. Start 1 February aku akan bercuti.. So, kalau takde apa-apa apdet bulan depan, pepaham je lah, akak bizi nak bersanding dik nonn. Sebenarnya, cuti yg aku amik takde lah lama mana. Cuma kebetulan tarikh tu jatuh pada Chinese New Year.. bila di-combine-kan, merasa lah almost setengah bulan aku bercuti! Tapi not to worry, aku akan try gak spend masa untuk update blog nih bila ada masa. Maklum lah, aku pun tanak lah terlepas jot down peristiwa penting dlm hidup aku nih. Nak buat bahan bacaan di masa tua nanti. Bior lah adik-adik aku ngamuk tak dapat download citer kartun bila aku angkut Maxis wireless & laptop aku nih balik kampung nanti.. hehehe.

Minggu nih nak curi masa pegi jumpa dentist.. nak buat scalling. Penting tu!

3 comments:

lagendaj said...

semt thn baru semoga semua berjalan dgn lancar...

El PringaCaras said...

conociendo y saludando. feliz año 2008. lo espero por mi blog

aD said...

lagendaj, selamat tahun baru untuk awak.. semoga ceria & bahagia selalu :)

el pringacaras, sukatik ko je tulih dlm bahasa ko nih. macam kan aku paham. Apa pun, Happy new year 2008 jugak lah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...