KENGKAWAN

Tuesday, July 15, 2008

Dinner rambutan

Tadi first time aku masuk kelas account (lepas drop subjek BECG). Masuk-masuk je terus ada kuiz.. aduss. Terusss -3 markah aku! Negatif ok.

Tapi aku suka (dapat markah rendah pun suka katanya huhu). Aku suka style belajar camnih. Penuh dgn suprise gitu. Bersemangat sikit nak buat homework!

Untuk semester nih, aku just amik 3 subjek. Dua core subjek & satu elektif. Jadi lah. Kelas pulak, aku pilih Selasa, Rabu & Khamis malam. At least ada masa nak bernapas sikit.

Tadi pegi & balik dari kelas dgn Mamoru. Sanggup dia tunggu aku sampai habis kelas tau. Terharu sangat.. Dia buat aku makin bersemangat nak teruskan study!

Sampai rumah tadi, terusss ber-dinner-kan rambutan. Dah berapa malam duk makan rambutan manjang. Nasib baik tak batuk. Oh, ada petua kalau tanak batuk makan buah rambutan. Syaratnya, jangan makan isi rambutan yg terlekat pada biji rambutan tuu. Makan isi yg putih je lah.

Nih isi rambutan yg aku dah buangkan bijinya. Senang sikit nak makan. Nak lebih sedap, bubuh dalam fridge - kasi sejuk sikit. Layann betul makan camnih tau


Mamoru tengah kupas buah rambutan untuk aku. Biar senang aku nak makan, katanya. Sayang sangat dia kat wife dia nih.. hehehehe. Mamoru tak bagi amik gambar dia taim nih. Sebab dia tak berbaju.



Separuh dari rambutan yg dah dikupas. Cedapppp

2 comments:

is said...

cik ad.

jun kata dia NAKKKKKKKK pergi kalau cik ad ada rancangan nak panjat bukit2 kecik..

ah, apa2 cik ada koling2 tau...

bestnyer........

aD said...

is, molek lah tu. nanti kalau trip tu 'on' aD call ek. tungguuuuu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...