Banyak sungguh keje kat opis sekarang nih. Dah dekat seminggu balik dari xpdc Sarawak pun still tak sempat siapkan log. Adusss..
Nih kalau tak habiskan log dlm minggu nih konpem takde masa lagi nak menghapdet. Minggu depan dah kena daftar diri kat UM - konpem bz dgn minggu orientasi segala bagai.. Pastu dalam masa kurang dari 2 minggu pulak, aku kena outstation.. mananya nak cari masa :(
Sementara aku pening-pening dgn keje + belajar nih, kita sambung dulu log xpdc Sarawak nih. Aku ringkas kan je lah. Tak dannn nak tulis detail.
Day 4 (24 Jun - Isnin)<P>
Hari nih hari berlambat-lambat. Memasing konpiden & hepi sangat sebab dapat tamatkan pendakian gunung Mulu dalam masa 3 hari 2 malam sahaja. Jimat sehari dari apa yg dicadangkan oleh Mulu HQ Park. Ramai yg terkejut (esp tourist dari oversea yg duk pertikaikan plan kami tu - ada sorang mat salleh nih siap perli kononnya muka team kami akan masuk suratkhabar akibat terkandas kat trek Mulu.. huhuhu zalim) bila kami managed sampai HQ Park ikut jadual kami sendiri.
Menu breakfast untuk pagi tu, roti dgn tuna / planta + cekodok lemak manis instant adabi & air nescafe. Lunch pulak, kuey teow campur sosej tapau sorang satu (by chef Apek - rajin betul mamat nih tolong aku masak - single lagi dia nih tau - keje bagus - tapi taste dia awek muka cam Jepun.. huhuhuhu tak boleh blah).
Masa kami dah sesiap kemas, aku perasan abg Bagley duk menyapu sampah & pungut semua botol / sampah yg ditinggalkan oleh trekkers sebelum kami. Banyak gila ok cooking gas kosong yg dia kumpul untuk dibawak turun - 19 botol (termasuk botol kicap & botol arak). Tu belum campur sampah sarap lagi.. aku tak dapat bayangkan cemana dia pikul beg beberat camtu. Kesian dia.. nak tolong, tak daya.. sekadar bawak turun sampah yg aku bawak naik je lah. Geremm betul lah kat orang-orang yg takder kesedaran sivik nih.
Kami gerak tinggalkan Kem 3 pukul 8.20 pagi. Laju je memasing jalan. Berenti sekejap kat Kem 2 pastu berdesup pegi Kem 1. Fuhh.. semangat nak balikkk.. pukul 3.20 ptg kami dah sampai HQ Park. Sebenarnya kami bajet sampai situ dalam pukul 6.00 ptg. Sangat tak sangka, laju betul kami jalan sampai abg Bagley siap sound suruh jalan se-slow (maklum lah, beg dia berat).
Sampai HQ Park, ada isu pulak masa nak check-in hostel. Ntah camne semua hostel penuh. Geremm je. Dah lah kami penat-penat turun gunung - dgn senang hati reception tu cakap bilik tadok ..huhuhu. Padahal kami dah buat full payment untuk setiap malam yg kami spent kat HQ ok. Dekat nak sejam tunggu baru dapat bilik. Sejuk sikit hati bila dia bagi bilik yg dah di upgraded & lagi lawaaa.. best bestttt
Malam tu ada majlis penutupan xpdc Jelajah Taman Negara anjuran Persatuan Mendaki Sarawak. Tak sempat nak beramah-tamah dgn derang pun.. lepas dinner je aku terus tidur pengsan dalam bilik.
Bersiap turun.. take note, kat gunung nih hehari aku tukar baju trekking.. tak lalu nak pakai baju yg sama.. Heran aku tau, dulu oke je pakai baju sama berhari-hari dalam hutan.. opss!
Kejap je dah sampai Kem 2..
Lunchie kat Kem 1. Kat sini ada sungai. Mamoru & Talha pegi tiruk.. aku tak join - penatt arr
Bili baru yg kami dapat :)
Day 5 (25 Jun - Rabu)
Hari yg agak sengal.. satu badan dah start sakit-sakit. Talha siap konplen jadual kami kat Mulu nih terlalu padat dgn xtvt. Takde cann nak ngelat. Bangun pagi nih, kami dah kena bersiap-siap untuk pegi trekking lagi. Aduss.. aku pun dah tak larat taim nih sebenarnya.. pura-pura tabah jer nih
Plan awal kami untuk hari nih adalah melawat kampung Penan. Tapi tak jadi.. ada kematian pulak kat kampung tu. Kami dinasihatkan oleh abg boat (Richard - yg akhirnya jadi best friend kami kat situ) supaya tak pegi ke kampung Penan taim tu. Yelah, kematian kan satu isu sensitif.. kang kalau degil nak pi jugak, kena sumpit padan muka. Richard siap janji nak bawak kami ke kampung tu masa hari terakhir kami kat Mulu nanti.
Seronok hari nih. Perjalanan ke Kuala Litut dgn boat amik masa sejam (sebab air sungai cetek). Puas gak lah tengok sepanjang sungai kat Sarawak nih. On the way ke Kuala Litut, abg Richard berenti jap kat gua Angin & gua Air Jerneh - melawat gua lagi.. kali nih view dalam gua memang tersangat lah cantik. Semua gua kat sini memang cecantik lah! Gua Air Jerneh yg paling best bagi aku.. ada sejenis tumbuhan yg sama macam daun pisang kat sini. Tapi dia tumbuh sehelai je kat setiap celahan batu - One single plant namanya. Satu-satunya gua dalam dunia nih yg ada tumbuhan jenis camtu. Kagum aku.
Kat sini jugak ada satu kawasan rehat yg cantik sangat. Sampai Talha siap merayu-rayu kat Richard nak mandi kat situ.. hehehe. Bukan Talha je, Mamoru, Zin & Apek pun terjun sama. Aku je yg jadi pemerhati - tukang jaga baju & kamera derang.. huhuhu.
Habis berendam, kami terus naik boat balik - sambung journey ke Kuala Litut. Perjalanan agak mencabar kali nih. Keadaan sungai yg cetek buat boat kami banyak kali tersangkut. Kena tolak gegamai (aku sorang je duduk ala-ala queen kat dalam boat masa orang lain menolak - apa sangat lah kederat aku kann.. hehe). Paling best bila Richard dgn baik hati sanggup berenti kat satu kawasan sungai semata-mata untuk kami bergambar. View kat situ cantik sangat.. terharu aku.
Kami sampai Kuala Litut dalam pukul 1 tengahari. Lepas pekena megi mee kat tepi sungai, kami teruskan trekking ke Kem 5. Untuk sampai ke sana amik masa lebih kurang 2 jam (8.8km). Kami kena ikut trek yg sedia ada (tanpa guide).
Perjalanan yg sepatutnya 2 jam, jadi 2 setengah jam sebab memasing still lembik akibat penangan trek Mulu. Seriyes aku pewai jalan camtu (walaupun trek straight je takde turun-naik bukit). Rasa nak jer aku campak beg aku taim tu.. Mamoru berapa kali cakap nak tolong bawak tapi aku refused.. tanak lah.. dia pun penat jugak. Lagipun beg dia lagi berat dari beg aku.
4.30 ptg, kami sampai Kem 5.. wallaaaa.. terkejut aku. Cantiknyaa.. Kem 5 nih terletak antara gunung Api & gunung Benarat. Sejuk mata memandang.. Tak tunggu lama, aku terus terjun sungai.. geremm nak tiruk dari tadi.
Kem 5 nih adalah kem yg paling lengkap ada kat Mulu Park. Kat sini ada bekalan elektrik (derang pakai solar / generator). Bilik air kat sini fuhhh.. kelas.. macam kat klcc.. hehehehe (serieyes). Dapur dia paling bestttt.. lengkap dgn segala peralatan memasak.. gas pun ader..
Menu kami untuk dinner malam tu: nasi putih, telur masak rendang & sup suhun.
Dalam boat ke Kuala Litut
on the way ke Gua Air Jerneh
Dalam gua Angin
Yahhh.. tolak lagi
Ada dua jambatan gantung untuk ke Kem 5
Ini lah bilik kami.. siap ada sleeping mat tebal 1 inci hehehe
6 comments:
hi, should we exchange link? i suka outdoor xtvt ni, but i dont hv time and friend too. poyo je kan? hv u try scuba diving?
aD,
tadi saye nampak aD kat dpn maybank permaisuri.. :D
phatabulous, exchange link? camne tu? i tak penah try scuba. teringin juga kalauu ada masa nanti. kut-kut kalau u ada masa nanti, feel free to join me masuk hutan.. hehehe
ef, errrr hari ahad ek? aD tengah buat apa ek taim tu? awat laa tak tegur. kalau tak da lepas ngeteh ke mamak kita..
aD dalam kereta.cmne nak tegor.takkan nak ketok cermin kete lak kan?hihihihi...my other half nak call ur husband, tapi mase tu lah, fon number takde pulak.takde rezeki nak ngeteh bersama...hahaha
ef, ye gak ek. kang ada kitaorng ingat pak polisi suh alih keta (kat situ kan parking dabel tripel) / pencegah maksiat ketuk tingkap keta (maklum, kad nikah kami lum beramik lagi kat pejabat agama Melaka) huhuuhuhu
takper, dah dekat nak puasa nih, nanti kita boleh arrange berbuka sesama pulak :)
insyaallah, kalo ade jodoh, leh le buka puase sama2..
Post a Comment