Ahahaha.. punyalah lama nak menghabiskan entry Mulu nih.. iskkk. Layan kan je lah hari-hari terakhir aku kat Sarawak nih.
Day 6 (26 Jun - Khamis)
Taklimat oleh abg Ismail (guide ke Pinnacles). Abg nih sangat strict. Kata dia, kalau kasut tak sesuai / kalau tak bawak bekalan air minum yg cukup (3 liter setiap org), dia tak bagi kita ikut mendaki hokeh. Untuk trip nih kami pegi gegamai dgn group mat/minah saleh. Trek ke sana boleh tahan jugak lah. Mencanak sepanjang masa. Sepanjang jalan penuh dgn batu tajam (kasut getah yg atuk kita kawak gi noreh tu digalakkan pakai.. ekceli, sepanjang trip Mulu nih memang tu ler kasut yg aku pakai).
Nih masa take 5 kat tepi batu berbentuk mahkota. Jarak tempat nih dari Kem 5 = 900 meter.
Menyengattt jugak nak sampai ke puncak anak gunung Api nih. Kat trek berbatu nih, ada 15 tangga besi yg kita kena panjat (tangga macam kat puncak gunung Datuk tuu). Sila bawak sarung tangan kalau nak memanjat. Boleh luka oke kalau terkena batu-batu tajam yg banyakkkk kat sini.
Menyengattt jugak nak sampai ke puncak anak gunung Api nih. Kat trek berbatu nih, ada 15 tangga besi yg kita kena panjat (tangga macam kat puncak gunung Datuk tuu). Sila bawak sarung tangan kalau nak memanjat. Boleh luka oke kalau terkena batu-batu tajam yg banyakkkk kat sini.
Tu diaaaahhh.. Pinnacles yg menjadi sebutan ramai. Oh yerr, kalau korang tataw, gambar batu-batu Pinnacles yg besar nih ada di-printed atas duit seringgit (sila tengok duit korang sekarang). Fuhh.. panjat gunung bagai nak rak semata-mata nak tengok batu ("keje gilerr" bak kata sorang guide keturunan Penan kat situ). Kami posing berlatarbelakangkan Pinnacles & puncak gunung Api yg sebenar. Kami lunch kat puncak nih gegamai. Makan nasi goreng ikan masin (ikan pekasam yg aku bawak dari rumah) yg aku goreng sesubuh tadi.
Balik dari tengok Pinnacles, kami terus mandi-mandian dalam sungai. Pastu prepare makanan untuk celebrate malam kejayaan kami menamatkan xpdc Sarawak. Errrr... dalam gambar nih, Mamoru & Zin dikerah oleh aku untuk memetik cili api kat belakang Kem 5
We've made it!!! Fear is not a factor for us (cewahh macam Fear Factor pulakk kan??). Dinner kami malam tu: nasi putih, nenas masak lemak cili api campur ikan masin & air buah laici (yerrr, jangan tak caya aku yg mengangkut tin buah laici dari KL sampai ke Sarawak!)
Note yg kami tinggalkan dalam buku log kat Kem 5.. syahdu + bungerrrr
Day 7 (27 Jun - Jumaat)
Pagi nih boleh berlengah-lengah sikit. Aku masak nasi goreng cilipadi campur ikan masin dgn cekodok ikan bilis (instant Adabi). Sedap sungguhh..
Bergambar dgn abg Ismail yg turn out to be sangat peramah (ingatkan garang lah sangat hehehe) kat depan Kem 5 sebelum trekking balik ke Kuala Litut. Dua jam je kami amik masa untuk trekking ke situ. Memasing dah 'form' katanya. Maklum lah nakk balikkk. Kat Kuala Litut, boat dah sesiap tunggu kami. Air sungai agak dalam taim nih, so tayah menolak boat cam aritu. Setengah jam je dah sampai HQ Park.
Antara xtvt yg dibuat di hostel HQ Park - Melepak all the time. Dah tataw nak buat apa. Semua tempat kat sini kami dah jelajah :)
Malam, lepas dinner kat HQ Cafe, aku spent masa update log.
Day 8 (28 Jun - Sabtu)
Yessss.. hari last kami kat Sarawak. Sesubuh gaban kami dah bangun. Semua eksaited nak balik. Lepas packing, kami angkut beg bubuh dalam 4WD yg akan bawak kami ke kampung Penan.
Real punya hand made. Nih antara bebarang yg dijual kat kampung Penan. Harga dia? Uishhh.. sangat mahal oke. Tapi kalau korang pandai tawar harga (macam my Mamoru), korang boleh dapat harga yg sangat murah. Personally aku rasa, kalau korang nak beli barang camnih, cari ke kat Pusat Kraftangan Miri. Kat situ jauhhhhhh lebih murah (seriyes)
Main seruling guna hidung.. terer betul nenek nih
Check in beg kat airport Mulu
Breakfast dgn Richard (baju merah). Dia nih lah boat operator yg bawak kami ke Kuala Litut aritu. Richard nih sangat baik hati tau. Dia sanggup bawak kami ke airport & melawat kampung Penan gunan 4WD dia FOC - PERCUMA! Nasihat aku, kalau pi tempat orang camnih, sentiasalah manis muka & rajin sembang - senang dapat kawan!
Babai Mulu.. semoga ketemuk lagi.. tsskkk tsskk
Teka kami jumpa siapa kat Airport Miri??.. group Sham Castello (dulu Godong hehehe) & akak Lily Freelance. Derang tengah tunggu flight ke Mulu. Kan aku ada cerita aritu: team Sham nih pun nak mendaki gunung Mulu. Aku siap pesan suruh baca note yg kami tinggalkan kat puncak gunung tu.. hehehe
Lepas team Sham naik flight, team kami pegi sewa kereta untuk pegi meronda bandar Miri. Oh lupa nak cerita, kami sampai Miri pukul 10.40 pagi. Flight kami untuk ke KL pukul 8.45 malam. Jadi kami ada masa 8 jam untuk shopping habis-habisan kat Miri. Aci redah je taim nih.. Kami dapat sewa kereta Wira RM 80 inggit untuk setengah hari - menarik kan?
Dalam tataw jalan tu, lepas juga kami ke Pusat Kraftangan Miri, Pasar Tamu Muhibbah, Shopping Kompleks (macam ler kat KL tader shopping kompleks jer kan?). Apa pun seronok sangat tau!
Lewat petang pulak, kami melepak kat tepi pantai Luak Esplanade Miri. Lawa jugak port nih. Pantai dia bersih, cantik, luas & rata - boleh buat padang bola kat situ
Malamnya, kami depart ke LCCT.. babai Miri..
Malamnya, kami depart ke LCCT.. babai Miri..
p/s: Fuhhh.. giler lama nak menghabiskan entry nih. Letih aku. Tu je lah yg dapat aku ringkaskan pasal trip kami. Kalau rajin nanti aku upload gambar lain yg menarik sepanjang aku kat sana. Buat masa nih, aku nak kosentret kat minggu "add / drop" dulu. Aku start kelas petang nih.. huhuhu ketaq + eksaited nak masuk kelas pertama!
No comments:
Post a Comment