Arinih mood tak baik sikit.
Ada sorang participant nih - perempuan - melayu (tayah bagi nama lah ek) Adik tiri kepada Menteri Kebudayaan & Pelancongan kita (konpem ramai tataw siapa Menteri Pelancongan kita kan? Takperrr.. bargussss). Dia keje kat IBBM.. senior management level.
Masa awal dia datang sini, tersangat lah over peramah. Nampak baik je. Aku pun berperangsangka baik jugak lah kan.
Sepanjang minggu lepas, tetiap hari kak Bunga mengadu kat aku pasal perangai participant nih. Cerewet sangat katanya. Memula tu aku tak layan sangat keluh-kesah kat Bunga. Ingatkan kak Bunga ngengada & nak ngelat buat keje. Ye lah, participant yg sorang nih tak penah pulak timbulkan masalah kat aku. Lagipun adat lah kalau kita organize event, konpem akan ada sorang / dua participant yg agak fussy.
Tapi lelama, aku sendiri dah nampak sikap 'ke-melampau-an' participant yg sorang nih. Memang annoying betul. Rupanya, bukan aku & kak Bunga je yg tak berkenan dgn dia.. participant yg lain pun (even DOY) naik muak dgn sikap dia.
Paling aku tak berkenan bila dia asyik kacau kak Bunga suruh buat itu-ini. Ok, setakat suruh kak Bunga print-kan document dari komputer / mesin photostat, tak kisah lah kan. Tapi bila taim tengah-tengah malam buta (11 malam!) pun duk call bilik kak Bunga suruh turun ke lobby, pastu suruh bukak kunci ballroom semata-mata nak suruh on-kan komputer untuk print document......... aku rasa, dia memang sangattttttt bermasalah!
Aku dengar dia dah berapa kali hilangkan kad (kunci) untuk acces bilik dia. Orang lain, kalau hilang kunci bilik, terus je pegi check-in kaunter mintak yang baru. Yang dia nih, punya lah nak menunjukkan betapa dia nih 'Maharani', siap call kak Bunga suruh pegi amikkan replacement key untuk dia. Adoiyaii.. menyampahnya. Bab-bab personal or bab seluar dalam nih tak boleh ke handle sendiri?? Event participant yg berjawatan lebih tinggi dari dia pun takde masalah berurusan directly dgn orang kat check in kaunter. Kalau diri tu anak raja lain lah kannn.. nih, gahara pun bukan..
Ok, aku tau dia bayar hampir 23 ribu untuk join program yg kompeni aku anjurkan selama 2 minggu. Tapi dia kena ingat, participant lain pun bayar jumlah yg sama jugak! Dan derang semua takde problem pun dgn cara aku manage program nih (siap bagi compliment lagi). So, apa masalah participant yg sorang nih??
Last week, dia duk borak dgn aku, duk cakap Maid dia kerap pengsan kat rumah. Pastu dia duk risau takde siapa nak tolong jaga & amik anak dia dari sekolah. Simpati lah jugak aku kat dia.
Pastu dua tiga hari kemudian, dia cakap dia dah dapat solution untuk problem Maid dia tu. Dia pi suruh staff dia amik anak dia dari sekolah tetiap hari. Huhuhu.. dalam hati aku, wahh kemain baik lagi staff dia tolong ngamik anak bos.
Petang aku duk puji-puji staf dia tu, dua orang staff dia dari opis KL datang ke 'sini' - Nak dapatkan signature dia untuk few dokumen penting kata staff dia tu. Sempat aku borak dgn staff-staff dia. Baik-baik je orangnya. Senyum je manjang. Tapiiiii, bila dia keluar dewan jumpa staff dia, fuhhhh terus-terus je dia menyinga. Sambil tangan sain dokumen sambil mulut dia membebel maki dua orang staff dia nih. Kasar sungguh bahasa dia. Terkejut aku dengar dia guna bahasa yg sungguh tak melambangkan professionalisme. Sampaikan staff dia yg datang jejauh dgn senyum sopan tadi tunduk je bila jalan depan aku. Of course lah derang malu!
Geleng kepala aku dengan orang macam nih. Ok, aku tau dia boss dalam department dia. Tapi tengok-tengok tempat lah pun kalau nak maki-hamun staff. Kalau dalam opis dia, lantak lah kan nak terpekik-terpekau kuat mana pun. Nih kat tempat orang beb! Public area.. ramai orang. Tak ke menjatuhkan air muka & maruah orang?!! Agak-agak lah sikit.
Lepas adengan yg tak ingin dilihat tu, dia duk suruh staff dia pegi bilik dia. Suruh gosokkan semua baju dia.. Pastu duk bangga-bangga cakap dgn aku betapa dia kalau nak buat apa jerr (be it work / personal), dia boleh simply suruh staff dia buatkan. Dia siap tanya aku lagi kalau aku tak cukup staff, dia nak hantar beberapa orang staff dia tolong buatkan keje untuk aku.. huhhhh apa kes?
Pagi nih tahap kesabaran aku bebetul tercabar dgn sikap perempuan nih. Dats it. Takde maknanya aku nak melayan perangai orang macam nih. Pegi matilah dgn "customer is always right".. Banyak lagi participant yg aku nak entertain kat sini. Aku dah hilang respect dgn orang macam dia!
No comments:
Post a Comment