KENGKAWAN

Monday, March 16, 2009

Belajar buat kek Indulgence

Nih antara keje berfaedah yang aku buat masa wiken aritu - belajar cara-cara membuat kek Indulgence dari SIL Juli (kakak sulung Mamoru)! Seronok ok!! Senang je nak membuatnya. Kata SIL Juli, kek Indulgence nih lagi sedap dari kek choc moist. Yep, aku setuju! Memang sedapppppp!!

Note: Maaf ya, sebelum tu nak bagi tau dulu, aku tak dapat nak share resipi kek nih kat sini sebab kek nih kira antara secret resepi kat kedai Makde (maklum, orang berniaga). Tapi kalau korang berminat, try search resepi kat google, insyaAllah ada :)

Ekceli, memang dari bulan lepas lagi aku nak belajar buat kek nih, tapi takde masa. Kebetulan pulak masa aku singgah kedai kek Makde hari Sabtu aritu, SIL Juli tengah buat kek nih.. apa lagik, tanpa membuang masa, terussss belajar kat situ jugak. Yang bestnya, Mamoru pun turut beria belajar sama.. hihihihihi.

Lately aku beria sangat nak belajar buat kek / cupcake / muffin / simple bread tau. Untuk masa depan katakannn.. hihi. Sok, senang la aku nak buat snek ringkas untuk anak aku.. hihihi (tuuu diaaa, bersemangatttt sungguh!)

Ok, layan kan je laa gambar-gambar aku masa belajar buat kek dari SIL Juli kat kedai Makde wiken aritu :)




Yours truly tengah timbang whiping cream. Kata SIL Juli, whipping krim nih kena pilih jenis yang baik supaya kaler dia bebtul putih macam kapas. Ada certain whipping krim kaler dia macam yellowish sikit - jenis camnih buat kek tak berapa cantik.




Macam orang gayat lak aku tunggu mesin tu putar whipping krim.. hahaha




Nih masa cairkan coklat.. banyak gak proses nak membuatnya. Tapi nasib baik semuanya simple dan senang.




SIL Juli tengah gaul whipping cream yang dah kembang dengan coklat cair whilst aku gaul separuh lagi whipping cream dengan coklat putih.




Proses seterusnya, meratakan whipping cream atas lapisan kek. Memula bubuh krim putih, pastu, krim coklat dan last sekali bubuh kaler putih semula dan lapikkan dengan lapisan kek yang terakhir. Kek nih kena bubuh dalam freezer semalaman sebelum di-decorate tau!




Ok, nih la rupa kek yang aku & Mamoru buat! Dah siap decorated oleh SIL Juli keesokkan harinya. SIL Juli siap bagi free kek nih kat kami tau (tenkiu kakak iparku yang tercayang!). Ohh.. dalam gambar nih, aku ada sedikit nervous masa nak praktik buat tulisan atas kek.




Sudahnya, Mamoru sahajor yang menulis atas kek nih. Terer tau hubby aiii nih!! Tulisan dia cantik!! Laju je dia buat (jeles aku).




Tad.. taddaaa... Mamoru tulis "Fuzzy luv luv luv aD".. comei kan? Tiga bentuk love tu katanya melambangkan 'Mamoru, 'aku' dan 'baby dalam perut ni'.. (Nama baby tak decide lagi pasai tu tak dapek nak tulis sama).. hihihi




Nih pulak gambar malam tadi. Masa nak potong kek. Takde special occasion pun sebenarnya. Tak kisah lah, takkan nak tunggu special occasion je baru nak tunjuk kasih sayang kan? Hari-hari biasa pun boleh :)



Mak buyung yang eksaited potong kek.. siap fefeeling birthday sendiri lagi, padahal lambat lagik.. hahaha.




See.. see.. cantik tak kek kami? Sedap sangatttt tau! Ada rasa coklat, coffee.. macam rasa ice-cream pun ada!!
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...