Waahh.. rajin aku online di pagi Sabtu nih. Ekceli saja membuang masa sambil tunggu mesin basuh tu berenti.. hihi.
Nak tau tak, semalam kan, aku ada terfikir satu idea gila! Nak tau apa? Aku tetiba tukar fikiran nak ikut Mamoru gi Sabah bulan depan! Ok.. ok.. aku tahu statement nih akan buat Mamoru risauuuu gilaaaaa (b, sila jangan risau dulu ok, relax, cool, tarik napas dedalam.. hihi) Tapi why not kan? Lagipun tiket flight untuk aku memang dah tersedia ada (dah beli awal-awal sebelum aku dapat tau aku pregnant).
Ok, of couse lah aku takkan ikut Mamoru gi mendaki Kinabalu. Tapi, takde salahnya kan kalau aku duduk kat Resort area KK Town sementara Mamoru dan team dia pegi mendaki?
So, masa balik keje semalam aku try kenen-kenen kat Mamoru:
Aku: Tadi kan, aD terbaca syarat penerbangan untuk perempuan mengandung. B nak tau tak, rupa-rupanya, masa tarikh b pegi Sabah nanti, aD still boleh naik flight tau, provided kena ada surat doktor mengesahkan tahap kesihatan & tempoh minggu kehamilan.
Mamoru: *diam sekejap* Sayang nak ikut sekali?
Aku: *senyum penuh makna* Kalau b izinkan.. (fuhh ayat power)
Dia terdiam lama. (aku tau dia risaukan aku.. tsskkk rasa bersalah pulak timbulkan perkara nih kat dia).
Aku: Tapi aD tak kisah lah.. b jangan risau lah.. aD saja cakap je tadi.
Mamoru: Takpe, nanti kita minta doktor prepare surat untuk sayang naik flight ok.
*omaigod* Mamoru bagi green light! Aku terkesima sekejap. Tetiba aku tak sure dengan keputusan yang aku buat nih. Takut pun ada - takut menyusahkan / merisaukan Mamoru pulak masa kat sana nanti.
Apa-apa pun aku tanak terlebih eksaited. Semuanya terpulang pada nasihat doktor nanti. Kalau dia kata condition aku ok untuk terbang ke Sabah, baru aku pegi. Kalau doktor kata 'tak boleh'.. aku tak akan ralat / sedih hati (seriously).
Ok lah, mesin dah berenti. Nak gi sidai baju jap. Pastu nak ajak Mamoru breakfast kat luar (aku malas nak masak). Tengahari nih nak balik kampung Kuala Selangor - Hepi wiken ppl!
5 comments:
laa kampung kt kola selangor ke?
we went to bandung when i was 28weeks. patu stayed a week & realised that my docter letter already expired. ropenye surat valid for a week aje lebeh kurg gitu la.
my advise, amik surat seminggu before pegi. patu mintak referel letter utk hosp kat sabah (if required). time kt flight relaxs, bwk blanket and if buleh jgn duduk lelama. flight tu abt 2hrs kan.. jln2 la kt cabin tu utk elak cramp.
have fun
satu keputusan yang sukar nih.. kalu xde masalh kesihatan semuanya akn berjalan lancar... yg penting jgn trlalu risau, pikir mcm2 (sbb 1st time pgnant kot)
dulu kawan i mintak surat doc gak...ok...tapi terpulang la pada tahap kesihatan ad kan...
bila gi sabah? i gi 30th apr - 2nd may... :D
oh yea satu lagik.. if jadik pegi.. rajin2 la bgtau baby yg u all akan pg mana.. naik ape sume.. mintak baby relaxs & hepi.. doa sume selamat pegi dan balik.. dulu i ngan papi slalu ckp kt perut.. even masa take off papi yg letak tgn kat perut ckp relaxs.. jgn tkejut.. kite dlm flight.. amazingly sbb mami relaxs baby pon relaxs aje..alhamdulillah :D
elysuhaili: tu lah, aD dah plan nak suruh doktor tu letak tarikh yg ngam-ngam dengan tarikh kami pergi/balik - nasib baik aD gi tak sampai seminggu.. hik
kasussenja: insyaAllah.. doakan aD takde apa-apa complication ek :)
biqque: alaa.. sikit je lagi. aD gi dari 23-28 april :)
elysuhaili: ohhh.. boleh buat gitu? ok ok, nanti aD try tips nih.. setakat nak borak dgn baby, aD ok je hihihihi
Post a Comment