Wednesday, March 11, 2009

Gambar terbaru

Malam tadi gi shopping seluar keje Mamoru. Sekarang kan cam jarang je shopping barang untuk Mamoru - banyak untuk aku dgn baby je :)

So, malam tadi gi Mid Valley. Nasib baik Jusco punya sales still ada lagi. Dapat lah beli beberapa helai. Dan nasib baik senang je jumpa seluar yang Mamoru berkenan. Selalu tu macam susah je dia nak buat pilihan (lelaki pun cerewet jugak bab fesyen nih ek? Aku baru tau maa). Lepas bayar kat kaunter, aku suruh staff Jusco tu potong kaki seluar tu sesiap. Senang sikit keje aku, tayah sesusah nak menjahit kat rumah.

Aku kalau boleh, sebelum aku bersalin, aku nak suruh Mamoru beli seluar & baju kemeja untuk stok sebulan. Senang aku iron semuanya sekaligus. Jadi taim aku berpantang 44 hari nanti, takde lah dia terkial-kial nak gosok sendiri. Betul tak? Tengok lah nanti, aku beli seluar / baju dia sesenyap. Lagipun bukan aku tataw saiz dia, ye tak?

Malam tadi jugak, Mamoru beli alat untuk snorkeling.. aperntah nama dia.. hihi. Eksaited tau dia nak berenang tengok ikan kat Sabah nunn. Haii.. kejap je kan masa berlalu.. bulan depan dia dah berangkat ke Sabah - xpdc mendaki Kinabalu. Seminggu tau dia kat Sabah nanti. Aku dah takde rasa terkilan ke apa sebab tak dapat pegi. Yang penting pada aku sekarang nih, keselamatan Mamoru (dan team xpdc) sepanjang berada kat Sabah. Aku nak dia selamat pergi dan balik (*aminn). Itu je.

Ok, cerita pasal baby pulak.

Aku ada masalah besar. Sampai sekarang, aku belum ada nama untuk baby kami. Risaunya. Bila suruh Mamoru cari, dia suruh aku pilih sendiri. Bila aku dah pilih, dia tak setuju.. haiii camno? Susah jugak ek nak cari nama untuk baby nih? Ekceli, aku takde lah cari nama yang bombastik / glemer sangat. Asal sedap dipanggil (dan ada makna yang baik) dah kira ok. Tapi tuu laa.. payah betul nak memilih nama yang terbaik nih.

Sekarang nih baby dalam perut semakin aktif (sangatttttt aktif). Tak kira masa si comel nih akan berputar & bergerak sesuka hati dia. Kengkadang tu, taim aku meeting dengan boss pun dia cam melompat-lompat nak join meeting jugak. Sampai aku terpaksa usap-usap perut sabar kan dia. Kang tak pepasal boss aku perasan perut aku bergerak-gerak pulak. Serious ok, sampai tahap nih, memang dah boleh nampak pergerakan baby kat kulit perut. Esp bila dia buat pergerakan slow-motion dari kiri ke kanan. Ngeri jugak masa memula aritu. Tapi sekarang dah biasa. Cuma rasa tegang sikit laa kat perut bila dia buat camtu. Mamoru pun dah nampak.. hihi. Sekarang nih, tetiap malam Mamoru akan letak tapak tangan dia atas perut aku - pujuk baby suruh tidur sebab taim aku nak tido laa baby sibuk ajak bermain.. hihihi. Macam nak suruh kami praktis berjaga bila dia lahir nanti je.. hik hik.

Kat bawah nih gambar masa kami gi taman rama-rama dengan adik no.3 & wife wiken aritu. Saja temankan si kecik Ayuni jenjalan.




Ayuni suka sangatttttt tengok ikan. Kami masuk sini bukan tengok rerama, tapi melayan ikan dengan Ayuni je.




Kecik je taman rerama KL nih. Besar lagi taman rerama Melaka. Tapi best jugak lah - bersih & teratur. Penuh dengan pokok bunga macam kat Cameron pulak. Cuma tu laa.. mahal ler tiket dia. RM 8 inggit untuk dewasa. Kawasan sekangkang kera je




Jalan kejap dah abis tataw nak tengok apa lagi dah kat dalam nih. Tak banyak pun rerama yang ada. Nasib baik dia ada bela mender lain (ikan, katak, kumbang, kala jengking, ulat, serangga segala)




Kat taman rerama nih jugak ada muzium mini. Menarik juga serangga yang dipamerkan kat sini. Banyak yang aku penah jumpa 'live' dalam hutan masa trekking dulu. Ayuni langsung tak takut atau geli bila tengok semua serangga & ulat hidup kat dalam nih tau. Bagussss sangat dia nih.




Gambar nih korang kena tengok bebetul.. Nampak tak perut aku tu? Serious bulattttt kan? Macam bubuh belon besar je kat dalam baju tu.. hihihi. Setakat nih alhamdullilah, dengan perut camnih aku masih boleh berjalan jauh & bergerak sesuka hati lagi.. Cumaaa.. kekejap kang kena lari cari toilet laa.. Bila perut dah besar, rasa nak terkucil pun makin kerap dibuatnya.

10 comments:

Beautiful Disaster said...

kan? kekdg rase cm die jatuh kt dlm perut. pastu rse nk tkencing xhengat2. hehehe. tp da nmpk da perut ad. same cm ryn. size cmtu jer lbh kurang. cume ryn lg berat dr ad. hahaa. im 61.4 kg bebeh!

Dee said...

ni kalo perut bulat..org tua2 kata pompuan..nti bila nk daftar..nak xnak kena gak boh namakan? masa tu baru bubuh..kalo nk pilih pun..letak 2 je options..nti pilihlah salah satu..xyah pening2..

Elyn Sani said...

hihih kalo nk terkucil tu x bole thn kan??? jam2 tu gak nk pi toilet hihih

Deqna said...

dah nampak.. dah nampak... baru nampak perut yg comel tu..

Anonymous said...

harap bro dapat pegi dan balik dengan selamatnya... huhu...

p/s: selalu baca blog nie.. tapi malu2 pasal cam blog khas untk pompuan jer...

Anonymous said...

beautiful disaster: nih kalau jumpa nih boleh main laga perut nih.. hihihi

Dee: tu la, sib baik ada masa lagi nak pilih.. tengah cuba buat listing nama yang sesuai :)

elyn: betulll!!! kalau boleh nak stanby tepi toilet je.. atau tak pun jenjalan kat tempat yg ada banyak public toilet.. hahaha

deqna: nampak je kecik perut nih tapi nak membawa dia fuhhh.. boleh tahan jugak lah beratnya.. hihihi

ahmad sufi: tima kaseh.. ala dik, dah penulisnya pompuan dah tentu lah cerita dlm nih byk kisah pompuan. takkan laaa akak nak cerita pasal bola / enjin keta pulaakk.. agak-agak lah.. heheheheh.

Biqque said...

ha! baru nampak perut u memboyot!

Anonymous said...

biqque: memang dah jelas sesangat nih.. hhihihihi

NorAzrin MohdNawir said...

wah..perut dah besau...
haa...camni la ibu ngandong...
aritu kite ade jodoh jumpe lg kat down town kan?? hehehe....

http://www.rynn2506.com

Anonymous said...

rynn2506: hihihi.. kali ketiga kita jumpa nanti, tidak boleh tidak kena jugak pegi mengeteh sesama.. boleh borak panjang :)