KENGKAWAN

Wednesday, October 21, 2015

Belajar untuk redha

Tahan2 air mata semalam gugur jugak akhirnya.

2 kali.

Sekali dalam ladies kat office sebelum balik keje semalam. Tapi sekejap je lah. Tak sampai 5 minit pun sebab teringatkan nak fetch kiddos kat sekolah. Itupun dah merah2 hidung. Terpaksa tunduk ja jalan ke LRT.

Sekali lagi masa tengah malam tadi. Terjaga tidur nak pergi toilet, tengok Mamoru duduk kat hujung katil. Dia baru balik dari Sabah. Supposed aku fetch dia kat airport tapi aku tak larat.

Mamoru tolong aku bangun. Pimpin aku sampai depan toilet. Tunggu kat depan pintu sampai aku keluar. Pastu pimpin aku lagi sampai ke katil. Aku tak cakap apa2 pun dengan dia. Rasa sebak tiba2. Tapi boleh kontrol lagi.

Bila dah baring, Mamoru tarik aku atas lengan dia. Usap rambut aku. Dia suruh aku sabar. Masa ni aku air mata terus mengalir macam air terjun. Suara ja tak keluar sebab takut kiddos terjaga.

Sepanjang aku nangis, Mamoru berzikir tenangkan aku yang tersedu2 macam budak kecik. Tak ingat berapa lama aku nangis. Terus tertidur. Bangun2 ja dah subuh.

Subuh tadi juga Mamoru balik Melaka semula.

Haih. Sampai bila life nak macam ni, aku pun tak tahu. Moga ada rezeki aku pindah Melaka.

Pagi ni still ada rasa sebak lagi. Asyik nak cembeng ja. Mata pulak mudah ja berair.

Sabar lah aD. Belajar untuk redha.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...