Dah la mood gloomy pagi2 ni. Tak bersemangat.
Makan pun kalau ikut hati, memang tak lalu dan tak nak langsung.
Nasib baik akal masih rasional. Pujuk hati pi makan. Dah dekat nak deliver. Makan kena jaga. Nanti tak cukup energy nak push baby.
Baru nak menghadap makanan, sorang colleague bagi remark yang sangat menyakitkan.
Mata dah start nak berair. Tapi, cuba cover perasaan dengan senyuman. Suap makanan laju2. Cepat la habis nasi ni.
Statement dia tak lah sekejam mana. Cuma, dari minggu lepas lagi dia pertikaikan kenapa aku tak set date untuk delivery. Katanya, masa zaman dia bersalin dulu, dia set date sendiri. Pilih tarikh untuk induce. Jadi tak perlu tertunggu2 bila baby nak lahir.
Aku hormat cara dia. Berani serah diri pergi induce. Tapi tak boleh ke dia hormat pilihan aku untuk deliver secara normal & natural. Biarlah bila pun. Kalau Tuhan cakap hari ni aku bersalin, aku terima ja. Kalau Tuhan cakap bulan depan pun aku tak kisah.
Kata dia, aku bakal menyusahkan orang sekeliling.
Kalau tiba2 aku rasa nak bersalin masa kat ofis, aku akan menyusahkan satu department untuk hantar ke hospital. Katanya, pandai2 lah aku cari jalan nak pergi hospital sendiri. Dia tanak masuk campur sebab dah dua kali dia sound aku suruh pergi induce.
Dan kata dia lagi, aku bakal menyusahkan husband sendiri yang terpaksa drive macam orang gila dari Melaka ke KL. Sampai cakap kalau husband accident atau mati, padan muka aku. Sila salahkan diri sebab tak pandai plan waktu bersalin sendiri.
Bukan itu ja, aku juga akan meyebabkan kiddos tak terurus dan menyusahkan orang yang terpaksa menjaga kiddos disebabkan aku sendiri tak tahu bila aku akan deliver.
Aku tak marah, tak jawab atau balas apa pun statement yang dia bagi. Tak mampu nak bersoal jawab dengan dia. Takut air mata mengalir tiba2.
Akal kata biarlah. Hati dah parah dengan terlalu banyak perkara yang jadi. Setakat ayat2 pedas dia, apalah sangat.
Orang2 macam dia (dan aku juga) perlukan hidayah. Semoga Tuhan ampunkan aku dan dia.
Kadang2 kita terlalu yakin sampai bercakap perkara yang senang pada kita tapi tidak pada orang lain. Hari ni aku maafkan dia. Semoga satu hari nanti, kalau2 aku terlepas kata pada sesiapa, harap sudilah orang itu maafkan aku seperti ni juga.
Tapi, itu lah... dalam cuba nak kuatkan diri, nak redha hati ni menangis juga.
3 comments:
sabar eh dear...manusia ni memang ragam dia macam2...abaikan satu yang buat sedih ok..sbb ade 10 org lagi yg nak u happy + selamat bersama baby..
doa yang baik2 je..insya allah
oh my... ada ye org mcm ni... jgn jawablah sis ape yg die cakap..
I'm your silent reader ni baru first time nak komen sbb I rasa mmg tak patut langsung colleague u tu sound macam tu..perempuan tengah mengandung mmg sensitive so sila jaga hati org boleh x? i salute la u boleh bersabar lagi bila dia cakap mcm tu, kalau i mmg dah kena sembur dia tu..dia tu ca ya nun alif ke? i rasa macam ye je.
its ok to cry. I doakan semuanya dipermudahkan. hugs.
Post a Comment