Tuesday, October 27, 2015

Jurus pekakkan telinga activated

Lunch hari ni duduk makan sorang2 kat workstation. Taknak join all the ladies makan kat pantry ofis. Karang, ada yang bagi remark menyakitkan lagi.

Tak faham aku dengan orang2 sekarang ni. Cakap tanak kalah. Semua benda dia nak expert. Maybe masa dia belajar dulu, dia amik banyak degree kut. Semua dia major. Psychology, Math, Econs, even ada master dalam Future predictation orang punya nasib & takdir. Gitu tahap keteroran orang zaman sekarang kan.

Tu pun ada juga suara2 Ms-I-Have-Pendapat-On-Everything. Kali ni tegur apa yang aku makan pulak. You makan Starbucks ke? Cafein lah. Nanti anak you.. bla bla bla.

Baru hari ni kot aku beli choc cream chip ni sepanjang aku pregnant (okay, ni kali kedua actually). Beli pun sebab teringin nak makan ais blended. Selalu, Mamoru belikan juice blended or Slurpee kat 7E. Tapi dah teringin kan.. Kedai tu je pun yang terdekat. Nak jalan jejauh ke 7E depan puduraya tu memang tak la. Jauh. Tapi ni jawab dalam hati je lah.

Sama macam semalam, aku tak jawab apa pun. Senyum buat bodo ja walau sakit hati.

Kadang2 aku tefikir gak, aku ni oversensitive ke? Asyik nak amik hati ja. Asyik nak cembeng ja.

Mungkin kot. Dah dekat2 nak deliver ni, mood memang ntahapahape. Sure membawak ke masa berpantang nanti. Swing ja.

No wonder la sampai ada perempuan terjun bangunan tinggi2 sebab stress masa berpantang. Gila meroyan kata orang. Siap masuk paper lagik.

Note to Mamoru: Sila kunci grill tingkap apartment umah kita. Kunci pi sorok jauh2 tau.

Haih. I know tak kelakar. Sorry.

1 comment:

abdooss said...

Tak pe,,, kami faham...
kami (pembaca2 blog ni) pun tahu cerita benar pasal perempuan terjun apartment sebab stress tak boleh susu kan baby dia.

satu cara nak release stress ialah tulis blog..
kalau tak caya, cuba tengok blog zouldahan.blogspot.com >> doktor tu asyik cerita pasal atient dia yg menyakitkan hati (tanpa sebut nama) .. supaya tak stress sangat.