Tuesday, October 20, 2015

37 weeks

Balik dari mengaji, ajak kiddos makan kat kedai bawah rumah. Bukan main eksaited lagi depa dua orang ni. Bukan eksaited nak makan. Tapi eksaited nak terjun swimming pool. 

Aku dah tak daya nak halang. Ikut suka depa la. 

Tengah2 mandi dan berlari2, Amarr terjatuh. Tak luka pun. Aku ja terperanjat lebih. Berlari gi dapatkan Amarr. Tak sedar diri ni menunggu hari. Tak sedar kawasan kolam tu licin. Nasib baik tak jatuh sama.. huhu.

Lusa nak travel ke Johor Bahru. Ada urusan keje sikit Plan asal, nak drive sendiri ja. Nak naik flight pun confirm tak lepas. 37 weeks pregnant kan..

Tapi Mamoru tak kasi. Dia takut aku terberanak atas highway.. haha. So, pergi dengan Mamoru lah nanti. 

Boleh jalan2 cari makan. Aku tengok kat fb, kat JB ni ada macam2 kedai makan yang best2. Jom try tengok betul ke idak.

Semoga perjalanan ke JB dipermudahkan. Aminn.

Cik baby dalam perut sila behave okay. Mummy nak jalan jauh ni.


Memasing mandi pakai seluar tidur. Gasak lah.

Jauh beza badan Amarr yang tak memilih makan dengan Ariff yang agak choosy. 

No comments: