KENGKAWAN

Thursday, October 01, 2015

Kejap ja da October

Soalan cepumas: Agak2 baby lahir bulan ni ke? Ngee.. *gigit jari*.. tatotttt nya nak masuk bilik bersalin.

Minggu ni genap 34 minggu pregnancy. Baby sangat aktif especially time pagi, tegahari, petang & malam. Tapi sangat behave dari pukul 10 malam sampai 8 pagi. Hopefully, baby boleh prektikkan rutin tidur malam ni bila lahir nanti ya. Kasi can mummy & daddy tidur lena malam2.. hihihi

Buat masa ni bab tidur memang takda masalah. Best. Lena sungguh. Dan alhamdullilah, aku still boleh tidur free style. Paling tak percaya, boleh tidur terlentang dengan selesanya. Dulu time pregnantkan Ariff & Amarr position tidur terlentang ni sangatttt hazabbb. Tak selesa sungguh.

Tapi tataw la minggu2 seterusnya macam mana. Hopefully maintain camni la eh, baby :)

Mamoru ada mention nak tukar tilam sebab risau aku tak selesa (dulu punya kes preggy aku duk komplen pasal tilam). Tapi kali ni, aku tak rasa apa2 pun. Rasa macam tilam tu paling best sekali.. serius.

*****************

Layan gambar Ariff & Amarr malam semalam. Dinner bertiga kat Q Bistro lepas fetch Ariff balik tuition.

Ariff dah pandai baca sifir. Beria2 dia suruh aku dengar dia baca sifir sebelum makan semalam.
Alhamdullilah. Semoga hati anak2 aku terang dan tenang bila belajar. Though aku tau Ariff tataw apa function belajar menda2 ni semua, one day dia akan faham juga dan tahu kegunaannya.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...