KENGKAWAN

Monday, October 12, 2015

Minggu untuk rest

Going back hometown. Minggu ni minggu cuti. Nak spend masa kat Melaka.

Duduk KL kalau cuti pun confirm tak rehat. Selagi tak deliver, ada je benda yang aku nak buat. Prepare untuk hibernate katanyer.

Shopping dress baby 24 jam
Kemas rumah tak henti2
Masak non-stop sampai Mamoru suruh stop.

Serious okay. Ahad aritu dari celik mata sampai ke malam aku memasak. Buat kuih, buat donut, masak breakfast, lunch.. Itupun bila aku nak start buat onde2 buah melaka dengan kuih agar2 santan gula melaka, Mamoru suruh aku stop. Dia tak larat nak makan katanya.. tsskkkk.

Yelah, bosan kut asyik terbaring ja. Bab2 mengemas Mamoru dah buat. Memasak je lah yang boleh buat aku bergerak.

Eniwei, aku dalam proses menghabiskan annual leave. Malas nak carry forward.

Happy je kiddos bila ajak balik Melaka esok. Siap request nak pegi beach. Layankan aje. Boleh makan nasi goreng kampung tersedappp kat tepi pantai Pengkalan Balak nanti.

Pastu boleh melawat cousin aku yang baru bersalin & tengah berpantang kat rumah nenek. Dia dapat baby girl.

Tahun ni atuk Dollah dapat cucu perempuan je. My step sister pun tengah tunggu hari gak macam aku. Baby girl jugak. My SIL no.3, dijangka deliver bulan December. Pun baby girl. After so many years cucu ayah di-dominate cucu lelaki, now turn gegirls pulak menyerang :)

Will be staying in Melaka till end of this week.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...