KENGKAWAN

Wednesday, October 19, 2016

Mintak nyawaa

UltraMak beraksi arini. Mamoru takda.

Penat huhu. Lari 20km pun tak penat camni.

Balik keje petang tadi terus berkejar ambil Aleesya dari Taska. Pastu fetch Ariff balik sekolah dan fetch Amarr kat Brainy Bunch.

By time sampai rumah, azan dah lama berkumandang. Haish.

Lepas simpan EBM dalam fridge, cecepat potongkan buah epal. Appetiser untuk kiddos sementara tunggu aku siap masak. Aleesya pun suka makan epal. Ekceli, semua jenis buah Aleesya makan. Sampai timun pun dia gigit2 camtu je. Good girl. Tak memilih makanan :)

Gendang gendut tali kecapi. Anak2 kenyang perut, mommy senang hati. Now lets melingkar depan tv. Ariff pun dah siap homework sekolah. Boleh layan tv sebelum masuk tido satgi.

Menu setengah jam: Daging pekasam batang pinang masak sambal & sup tulang rusuk lembu. Kiddos terpaling suka sup aku masak. Tak kira la sup apa pun. 

Ekceli, plan asal nak buat gulai ciliapi daging pekasam. Nak habiskan paste homemade untuk gulai ciliapi yang aku buat last week. Tapi lupa beli kelapa parut. Terus jadi sambal je.. huhu.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...