Tak sabar nak bawak kiddos pergi mendaki gunung lagi. Promised kiddos, next trip would be overnight trip. Kat mana? Tak sure lagi. Ada few choices. Tapi tengah pilih masa yang sesuai. Lately, aku busy dengan marathon training. Haish.
Just nak share tentang hiking shoes kiddos. Hobi outdoor tak perlu belanja mahal2 untuk outdoor gear. Yang penting, kualiti.
Tiga bulan lepas aku pergi Decathlon. Cari hiking shoes untuk kiddos. Semua barang2 kat Decathlon ni high kualiti ok. Cuma Jenama dia tak terkenal dalam Malaysia je. Kalau kat oversea, ramai kot yang pakai.
Ariff & Amarr pakai hiking shoes & hiking pants jenama Qechua.
Harga hiking shoes Ariff RM48 (bertali)
Harga hiking shoes Amarr RM 38 (jenis strap)
Harga hiking pants pula RM86 (sehelai)
Ni Amarr punya kasut. Design cantik.
Untuk saiz Amarr dan saiz yang lebih kecil dari ni, semua jenis strap. Sesuai untuk bebudak umur 4 or 5 tahun yang tak reti ikat tali kasut.. hihi
Tapak pun best.
Dah pernah bawa kiddos hiking guna kasut ni beberapa kali. Dan kiddos tak pernah komplen sakit kaki atau blister. Malah boleh berlari2 atas trail. Means selesa la tu kan. Ni baru boleh kata alah membeli menang memakai :)
Thanks Decathlon, coz making our outdoor hobbies more affordable
:)
No comments:
Post a Comment