Bulan ke dua training.
Bulan ni punya training, lagi teruk dari bulan lepas. Bukan teruk sebab training gegila. Tapi teruk sebab banyak main2 & tak serious.
Reason mengelat training: Takda orang babysit kiddos and baby + keje ofis banyak + balik umah kena masak, kemas bagai + penat + takda helper + yada.. yada..
Ok. Alasan je semua tu. Ekceli, masa tu ada. Masalah yang sebenarnya adalah: Malas! Yerr.. itu lah dia. Sila pangggg diri sendiri.
Runners punya problem, lelebih lagi solo runner macam aku nia. Bila nak start training, malasnyaaaaa laaaaa. Tapi bila dah start lari, payah pulak nak berhenti. Haish. Ngader sungguh.
Mileage training untuk bulan ni (termasuk cultra aritu) just 146 km (tak termasuk cross & core training).
Minggu ni ada Compressport trail run 25km kat Semenyih. Nasib baik aku register 25km. Kalau aku amik 50km masa reg aritu, pengsan nak back to back dengan Putrajaya Night Marathon (PNM). Treneng kelaut pulak tu..
Sesungguhnya, aku tak ready nak buat keje gila macam dulu2. No more back to back long distance marathon macam dulu2. I want quality in my running/race. Not just buta2 je lari. Aku bukannya elite runner.. tapi elite runner-wannabe (ehh nakk jugakk tuu.. haha)
Ada kurang 2 minggu je lagi untuk PNM. InsyaAllah, this will be my first full complete marathon (FM) for this year (after DNF masa Sundown, Singapore masa bulan May aritu)
Ada misi kecik untuk PNM nanti. Misi nak pecahkan rekod PB (personal best) sendiri. Aku punya PB untuk FM, 5 jam 6 minit (dua tahun dulu). Kebetulan timing ni masa aku lari PNM tahun 2014. Now, dapat peluang repeat event yang sama. Hopefully ada improvement :)
May the force (of training) be with me.. haha.
No comments:
Post a Comment