KENGKAWAN

Sunday, November 27, 2016

Azam :)

"Masa" kan, kalau buat macam biasa memang sentiasa tak cukup masa. Tapi bila kau isi dengan macam2 benda, sure akan cukup masa. Malah lebih teratur.

Tahun ni dah sampai ke penghujung. Bulan terakhir 2016.

Tahun ni juga, tahun peralihan bagi aku. Tahun penyesuaian bila dapat baby baru. Maklum, dah biasa dua anak. Bila masuk no.3, banyak benda nak kena sesuaikan.

Now that semua dah under control, its easy peasy. Life back to normal again. Cuma kena lebih gigih lagi bekerja. Anak memang membawa rezeki, tapi kalau nak harap rezeki bergolek tu memang takde lah. Kena usaha juga. Kalau ada pun maybe duit syiling bergolek kat kaki. Duit ribu raban tak boleh bergolek ye.. huhu.

Azam tahun depan, nak jadi mak yang superhebat untuk anak2:

Nak jadi pendengar yang setia
Nak buat lebih banyak xtvt indoor / outdoor sama2
Nak prepare bekal makanan (untuk Ariff & Amarr) hari2
Nak solat sama2 (esp kat umah)
Nak mengaji sama2 (once a month - coz kiddos mengaji kat sekolah. Selalu tu, secara tak formal, aku baca surah2 pendek setiap hari sambil drive kereta dan kiddos voluntarily ikut baca sama2)

Azam2 lain ada juga.. wishlist pun banyak. Yang tu xmo share lah. Kang ada yang kata riak pulak. Cukup la

#fulltimeworkingmom
#fullybreastfeedingmom
#momofthree
#ultramak
#runner
#hiker
#lifebalance

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...