Cepatnya masa berlalu.
Tahun lepas Ariff grad dari BBIM, tahun ni turn Amarr pula. Aw... Besar dah anak2 aku ni.
Bila tengok gambar Amarr dengan jubah konvo ni, teringat pasal result UPSR yang keluar hari ni. Haish. Aku ni memang suka fikir jauh ke depan. Fikir macam mana nanti result Ariff & Amarr eh?
Siapa tak happy kalau anak2 score semua A dalam setiap ujian penting. Tapi dalam dunia sebenar, banyak A tak jamin kita akan dapat kerja yang kita nak.
Aku ada dua orang kawan baik yang memang dean list setiap semester & grad dengan first class degree with honor. Tapi masuk labour market, nak cari kerja, tak laku. End up sekarang, selepas 15 tahun grad, memasing keje dengan gaji minimum. Below 3k.
Ramai lagi sebenarnya yang belajar sampai university, tapi kerja tak seperti yang diharapkan atas paper degree.
Aku pun tak pasti cara yang macam mana untuk jamin masa depan anak2 aku dari segi pembelajaran / bidang pekerjaan / kualiti hidup.
Just imagine, sekarang pun ramai orang tak mampu miliki rumah. Harga rumah sekarang semua dah setengah juta keatas (kat KL). Kalau dua puluh tahun akan datang macam mana? Agak2 mampu ke anak2 nak beli? Harga dah tentu start dari sejuta keatas? Untuk rumah yang berharga sejuta ringgit, monthly payment lebih 5 ribu ringgit sebulan tau.
Apa yang aku boleh buat sekarang, still pentingkan bab pelajaran kat anak2, tapi dalam masa yang sama, aku nak diaorang enjoy life as much as I did now. Adventure, outdoor, etc. Harap healthy lifestyle help building healthy body & brain. Gitu.
Anyway, nak ucap terima kasih yang tak terhingga pada tenaga pengajar di Brainy Bunch Bandar Sri Permaisuri. Selama 4 tahun aku hantar Ariff & Amarr kat situ. Banyak sangat membantu aku & anak2 aku.
Punca aku hantar anak2 kat BBIM 4 tahun dulu sebab aku duduk sorang2 kat KL. Mamoru kat Melaka. Aku memang cari pusat asuhan yang boleh mengajar & provide daycare. Senang sikit keje aku. Pagi hantar ke kelas, petang aku fetch.
Aku punya first choice dulu Genius Aulad. Sempat lah Ariff belajar kat GA 3 bulan sebelum aku transfer kan dia masuk bBIM. Kebetulan BBIM baru start beroperasi. Aku transferkan anak2 bukan sebab GA tak best, tapi sebab GA provide kelas half day je. Susah sikit aku nak lari keluar ofis taim tengahari semata nak fetch anak2.
Dan yep, aku buat keputisan yang terbaik time tu. Tho BBIM ni a bit pricey, but the result yang aku dapat melalui anak2, is priceless.
Ariff sangat excited teman Amarr kat BBIM konvo ni. Maklum lah dah jadi Senior.
Amarr showing off his picture & certificate
Abang Ariff & Aleesya (tidur)
Atas stage
Muka excited masing2
Amarr show off depan microphone
Congratulations Amarr. This is a new beginning of a student life
Tenkiu so much tenaga pengajar di Brainy Bunch Sri Permaisuri for Amarr 4 years journey kat sini.
Group photo
No comments:
Post a Comment