KENGKAWAN

Tuesday, November 22, 2016

Tenkiu cikgu semua!

Borak2 dengan Ariff lepas fetch dia dari sekolah petang semalam:

Ariff: Tahun depan, saya tukar kelas. Saya masuk kelas Dua XXX.
Me: Dua XX?? Alhamdullilah, Congratulations Ariff! Meh sini mommy nak kiss!
Ariff: Saya nak belajar rajin2. Cikgu cakap Darjah 1 senang. Darjah 2 susah sikit.

Wahh belum masuk Darjah 2 lagi dah bersemangat nak study. Bagus Ariff. Mommy bangga. Mommy akan bagi full support!

Sekolah Ariff ada lapan kelas untuk Darjah satu. Masa mula2 masuk dulu student letak ikut pencapaian dalam kelas. If student dapat kedudukan terbaik keseluruhan kelas, cikgu akan tukar masuk ke kelas yang lebih pandai.

Semalam sekolah Ariff ada jamuan kelas. Ariff bawa balik hadiah dari cikgu. Bila aku tanya kenapa dapat hadiah?

Dia cakap cikgu kasi. Tapi sikit je kawan2 yang dapat hadiah, katanya

Aku tengok tulisan kat hadiah tu, laa.. rupanya Ariff jafi wakil kelas untuk Spell It Right Programme. Patut lah bulan lepas dia beriya tanya aku macam mana nak eja few words dalam BI & BM.

Haish. Anak lelaki memang camni eh? Dia bukan kisah nak share mender2 camni.. tskk..

Apa pun, mommy happy sangat!

Amarr pun dapat hadiah dari Aunty Tini. Hadia sempena apa aku pun tak tau. Kena tanya cikgu dia nanti. Dia pun sama, bukan kisah nak share. Bila tanya, cakap cikgu kasi, je.. tsk.

Nak bagi reward lah untuk kiddos for their performance tahun ni. Bawak gi jenjalan tempat diaorang suka. Nak bawak pi mana eh?


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...