Thursday, January 25, 2007

XPDC Bukit Kutu



*credit to Petai for diz photos*

Jumaat, 19 Jan 2007

Hari tu aku terlebih ayu kaedahnya.. berkebaya sakan. almaklum, hari Jumaat. Tapi, dressing je la ayu. Perangai cenggitu gak. Ngalahkan bebudak.

Jumpa Chua, Wan, Zaha & Fuzzy kat Care4 Sri Petaling – shopping rations. Plan nak buat BBQ masa kat puncak nnt.

Note: diz is my second time shopping with guys (which I don’t really enjoy it coz laju giler. Its like we’re competing with other customer and try to be the first group who can fill the cart and get to the finishing line).. terkial-kial aku lari sambil kepit kain. Menci tau.

Malam tu, aku ditugaskan utk marinate ayam. Aku sukerr.


Sabtu, 20 Jan 2007

Hm, kalau tak kelam kabut, mmg tak sah. Aku terlewat bangun. Janji ngan Chua nak jumpa kul 7.00 pagi.. sekali, 7.05 pg, aku baru celik mata.. huhuhu.. haru ~ ya ampun..

Berkumpul kat umah Wecko. Kat sini jumpa Sany, Petai, Zaid & Mat Wei (M.A.L.A.S). Agih rations, pastu gerakkkk.

On the way tu, hujan sekejap-sekejap dilaporkan dibeberapa kawasan yang sewaktu dgn Kuala Kubu Baru. Hai la nasib.. tak sempat nak baik demam aku kali nih.

Kat kawasan dem, jumpa ngan Adlin, Isa, Ada & team KAR (Zin, Talha dgn Adiknya Talha & Olin)

Tak ingat kul brp start trekking. Semua kelam kabut angkut beg dlm hujan..

Starting trek, mmg clear. Layan jalan 4wd utk 20 minit pertama. Kalau tak silap, kena cross 7 sungai / anak sungai. Best gak arr.. port mandi di mana-mana.

Hajat nak jadi orang last dgn Mat Wei & Adlin tak kesampaian. Faktor cuaca, pacat & trek yg licin menyebabkan aku terpaksa membuat pilihan (cewahh ayattt) untuk meninggalkan Mat Wei & Adlin kat belakang dan shoot sengsorang sampai ke kawasan batu besar. Gilerr mental layan bukit nih dalam hujan.

Kat kawasan batu besar, team depan dah start masak air & makan nasik lemak. Pheww.. nasib baik derang tak gerak ke puncak lagi. Kalau tak, nangis akak trekking sengsorang tau.

Trek lepas batu besar nih still pacak lagi.. tapi diselang-selikan dgn trek yg landai (apa punyer ayattt daa).

By time kami sampai puncak Bukit Kutu, hujan turun ngan lebatnya. While memasing sibuk pasang fly, aku pegi mandi air perigi (cum mandi hujan) yg ada kat puncak nih. bila bercakap ttg air perigi, ramai yg tanya; “ada jentik-jentik @ berudu tak kat dalam tu” or “ada sampah tak?”..
For info: Ader 2 buah perigi kat puncak Bukit Kutu. Satu dah terkambus. Perigi-perigi nih digali oleh pihak British masa zaman 1900 dulu utk kegunaan askar yang berkawal kat puncak. Hampir 95% bangunan pentadbiran British kat puncak nih dimusnahkan oleh pihak British sendiri untuk mengelakkan dari dirampas oleh tentera Jepun masa perang dunia dulu. Yang tinggal sekarang juz tapak bangunan yang terbiar & tertutup dgn semak samun (huuu ayatt skema).

Kira haibat jugak lah port nih dedulu ek? Berbalik pada perigi tadi, air perigi nih mmg jernih & boleh diminum. Kebersihan mmg tip top. Coz bahagian dalam perigi nih bersimen. Mekasih pada moyang-moyang kita yg bersusah payah gali perigi nih. Jimat tenaga nak pikul air. View kat puncak plak mmg clear. Kata org, boleh nampak Genting Highlands (tapi taim tu aku tak nmpk la coz kabus manjang)

Satu yang tak best tido kat puncak nih, BANJIR.. jangan ingat taim hujan nih juz Johor je yg di landa banjir. Atas bukit Kutu pun boleh kena oke! Pakai 3 layer ground pun tak lepas. Apalagas, menimba air atas ground laaa.. sumer buat muka pekat. Ada yang sengal tu, sampai main kapal kertas dalam air. Tu dah tensi tahap dewata raya la tuuu.

Plan BBQ tetap berjalan. Even dalam air. Sampai sakit pinggang la chef-chef yg bertugas mlm tu sbb mencangkung dlm air / lecak. Camnerpun alhamdullah.. menjadi jugak BBQ kita ek?

Oh yer, lupa nk habaq. Ada satu lagi team dari KLIA yg tido kat puncak. Derang terselamat dari banjir coz sumer tido ala sojar - guna hammock (huhhh jeleesssss!)


Ahad, 21 Jan 2007
Cuaca cerah ari nih. yer lah, semalam dah kaw-kaw hujan. Lepas snappy & packing barang, aku mat wei & adlin gerak turun lebih awal. Best tau taim nak turun nih. anda dinasihatkan agar membawa papan luncur skali. Boleh main gelongsor.. hari nih jugak, ramai yg mempraktikkan kehandalan "memasing menangkap biawak".. aku dapat "sekor."... *hehe*

Lepas acara tiruk, memasing blah balik umah. Dah abbess…



Note: Ketinggian Bukit Kutu 1035m (layak dipanggil gunung). Masa trekking kepuncak antara 3-4 jam (utk beginner antara 5-6 jam)

No comments: