Wednesday, January 03, 2007

Trans Bintang - full version



Trans Bintang - ekspidisi penamat utk tahun 2006 berjaya dengan cemerlangnya... terima kasih tak terhingga buat Syed aka Labyrinth & Fizi aka Pekatu yg sanggup bagi aD peluang join team korang utk xpdc kali nih.. pada sumer member yg ikut trip nih & pada yg byk bagi semangat.. thanks korang!!.. *big hugs*..


jumaat, 22 Dec 2006

salesman Tearproof : sory arr dik, baru kejap tadi ada customer beli karrimor panther 55+65 tuu.
aku yg kuciwa : aiseyyy, habislahhh.. cuba awak kol outlet lain.. takkan sumer tempat dah abes kut?

lepas tipun sumer 4 outlet Tearproof dlm kl nih, dia pandang aku sambil gegeleng

salesman Tearproof : sory la dik, mmg tader. kalau nak order stok baru pun, tataw bila buleh dapat. lagipun, tu model terbaru.. kompeni juz letak satu beg setiap outlet.
aku yg kuciwa : *iskkkkk*... taper la.. nih nombor saya. kalau model tu ada, inpom la..

sedihh bai.. nak harapkan deuter 40+10 yg aku ada, mmg tak muat laa nak bubuh barang utk trip transpek. aku kan suka bwk bebyk kunang-kunang (dibaca sebagai 'kudap-kudap'). beg aku tu mana muattt.

nmpknya, terpaksa mintak jasa baik chua - pinjam deuter 55+10 dia. hmm, pinjam lagikkk.. taim pegi Trans V2 pun pakai beg dia gak. ekceli ada dua tiga member offer pakai beg derang, tapi ntah naper aku lebih suka pakai beg chua. ada rasa konpiden kat situ. chua bagi syarat kalau nak bawak beg dia.. kena bawak balik buah pala, buah salak dann laksa yg dijual kat tepi sekolah area bukit mertajam kat pulau pinang (huhhh melampauuuu btull permintaan dia nihhh).

tepat kul 10.20 mlm, aku sampai kat platform 19, Puduraya. dari jauh nampak kelibat Syed, kak Yati, Mawi, Adhazira, Fuzzy & cik Leey. bas bertolak kul 10.30 mlm.. and the journey begins..


sabtu, 23 Dec 2006

fuzzy : aD bangun.. dah sampai Kamunting
aku yg mamai : kul baper ek?
fuzzy : 2.30 pagi

awalnya sampai? apa nk buat kat stesen bas sesubuh gaban camnih? lepas kumpulkan beg kat satu tempat, aku polow kak Yati n d`geng lepak kat restoran depan bus-stand. dalam kul 4.00 pagi (kut?), team kedua sampai: fazi, daus, skem & hakim.. pastu, cik pisang plak sampai bawak rations..

sangappp.. bas paling awal ke Selama pukul 6.15 pagi. ada masa lagi beberapa jam. lamanyerrrr nak tunggu..hmm, ikutkan nih kali kedua aku naik bas gi Selama (tapi dulu naik dari Taiping).

6.18 pagi.. ya Allah, kita terlepas bas!!! taper.. taper.. kita tunggu bas seterusnya..

tunggu punyer tunggu punyer tunggu punyer tunggu... astaga.. bas seterusnya dijadualkan pukul 8.15 pagi.. pehh lagi 2 jam??!!!! sadis tul.. perjalanan ke Selama aku rasakan mcm selama-lamanya laahh.

9.15 pagi.. sampai gak kat Selama. still tak berubah pekan kecik nih. jumpa Mail. dia inform tak dapat join sbb ada hal family. pastu jumpa Mali - the legendary guide. nih kali kedua aku jumpa dia. dah ada awek nampakkk.. *hehe*.. sempat gak berkenalan dgn trekkers baru, Gee, Sha, Baby and Abg Lan (sweeper).

dekat kul 11 pagi, sumer dah naik powil (2 powil diguna utk team kami). andddd apalagasss.. yeahhh bebeh, gunung bintangs.. come to mama!

kalau tak silap, lebih 4 jam duduk dlm 4wd. jauh giler starting point nih yer? kalau jalan kaki, mau semputt dibuatnya. tgh syiok layan trek balak, 4wd yg aku naik tu sangkut. tayar terbenam. aiseyymennn.. tolak gegamai pun tak jalan. terpaksa mintak bantuan satu lagi powil - tarikkkkk..

alhamdullilah, lepass! take 5 jap kat tetengah trek. layan nasi lemak daun pisang Selama mariii.. syedapp sey.

perjalanan diteruskan lagik. depan sikit je dah sampai bukit Sempadan. terus pacak kemsait.. sumer mcm tak caya! ekceli, kami sepatutnya kena layan trekking trek balak hari tu. tapi dek kerana 4wd buleh bawak kami terus ke kemsait, maka terselamatlaaa kami dari menanggung azabbb hari pertama.. *syukur*.. (note: waterpoint juz 15 minutes away)

santai wong btul hari nih.. cuaca plak cerah.. mcm mengalu-alukan kedatangan kami. tapiii, cam biasalah. tak buleh nak hepi lelebih. esok, cabaran 4 bintang akan bermula.. *gerun*..

menu dinner, sambal udang + petai yg aku beli kat Selama.. gulai pucuk paku & sayur kangkung goreng.. (mekaceh kak Yati & chef-chef yg lain).. sumer lauk peberet aku.. charer!


ahad, 24 dec 2006

rasa nak je aku buat tabik hormat kat fizi coz pilih tarih yg aku anggap perfect utk trip nih. cuaca sepanjang trip cerah dari pagi bawak ke petang. disebabkan cuaca yg terik, aku berjaya menjimatkan penggunaan baygon. buleh dikatakan kebarangkalian untuk seekor pacat hinggap kat kaki dalam sehari langsung tader. alhamdullilah, halangan pertama dapat diatasi dgn mudah.

10 pagi, lepas siap packing, kami tinggalkan beg kat kemsait dan buat daypack ke gunung bintang pertama - Bintang False. kata fizi (selaku kem komanden), sepanjang trek tader waterpoint. so, pepandailah bawak air minum tuk diri sendiri.

kununnya gunung nih dinamakan false sebab kedudukannya yg tak selari dgn gunung bintang yg lain (kata Mali arr). permulaan trek agak biasa. cuma letih nak mengharung semak, duri, buluh, meniti atas balak, etc. view sepanjang trek mmg menarik. kiri kanan dipenuhi dgn pokok kipas gergasi. mcm dalam pilem jurrasic park pun ader.. dari jauh dah nampak puncak bintang false.. sayupnyerr.

dekat kul 3.00 ptg baru kami sampai puncak. view mmg tader. tapi kepuasan mmg jelas tergambar.. yeargghh one down, another three to go.. oh yer, kat puncak false nih, ada kolam. muat utk sekor gajah berendam. warna air agak kekuningan. tak try lak sama ada buleh minum atau tak. tp, rasanya kalau darurat, buleh lah ditelan..

lama jugak lah kami melepak kat atas tu. syok layan berborak tepi kolam dgn phop, fuzzy, kak Yati, syed & mawi. whilst yg lelain, zZzzz.. syian derang penat.

lewat kul 4 ptg, start gerak turun.. memasing laju & konpiden je. tak sedar dah tersasar jauh dari trek asal. mekaceh kat Mawi dan GPS nya.

dari jauh sayup je dengar bunyi mercun tanda kecemasan dari team depan. kompem derang dah sedar kami tersesat. taim tu mali & yap dah patah balik carik kami. nasib baik jumpa balik trek asal.. yg best tu, memasing tak panik (yelah, abg GPS ader). citer tersesat bertukar jadi bahan tuk gelak tawa.

hari semakin gelap. sampai kemsait dalam kul 8.00 mlm. fizi inform, kami kena teruskan perjalanan ke sg sebonton. maybe sampai sana dekat tengah malam. aku ok je. tapi kena alas perut dulu.

lepas acara membedal 3 buku roti beramai-ramai, kami pikul beg menuju destinasi seterusnya. trek agak santai. jalan menurun bukit. dekat dua jam gak arr layan trek balak nih. almost kul doblas baru kami sampai. kawasan kemsait kat sini tak la luas mana. tapi rata. waterpoint plak, sebelah je.

menu mlm nih, ayam kluk-kluk panggang, ginger bread, krismas present!! huhhhhhh berangan laaaa.. ekceli, kami makan tomyam & daging masak kicap.. berselera sungguh aku makan even waktu tu dah jam dah pukul 2 pagi! mekaseh lagi buat barisan chef-chef terkemuka.


isnin, 25 dec 2006

bangun pagi, tgk stoking.. hmm, tadok apa pong. aper laa santa claus nih.. kedekut btul.

mission kami hari nih utk menakluk 2 puncak bintang sekaligus.. memula puncak South pastu puncak Bintang!! kami dijadualkan bermalam di gunung Bintang. hmm, bunyik mmg cam senang..

11 pagi, lepas sarapan mee goreng yg syedapp.. *yummy*.. kami start trekking ke bintang South. perjalanan dimulakan dgn merentas anak sungai (sebelah kemsait) dan mcm biasalah.. diikuti dgn trek yg semak samun, hutan belukar bagai.

trek kali nih mmg menyengat. kata Mawi, kami byk buang masa ikut jalan zig-zag masa nak cari jalan ke puncak. halangan kali nih mmg macam-macam.. duri, resam, buluh, tebing botak yg curam..

lewat ptg, halangan semakin hebat.. puncak batuuu. view kat sini mmg cuNn.. batu kat puncak nih lebih kurang mcm kat gunung Datuk. mungkin lebih besar lagi kut. gayat gak la bila lalu kat tepi-tepi tebing puncak berbatu nih. kata Mali, last dia guna trek nih masa tahun 1994.. pehh..

cabaran tak habis stakat tu. lepas je puncak batu, kami terpaksa jadi cicakman. memanjat tebing curam 85º - 90º.. dah la curam, tanah peroi, berduri plak tu.. dekat kul 6.00 ptg kami sampai kawasan permatang. almost maghrib kami sampai kat last water point. kat sini, fizi decide kami pikul air dan bermalam di puncak South. harapan nak tido kat puncak Bintang terpaksa lupakan. ingatkan dah sampai permatang, jalan semakin senang.. berangan je laa kauu.. trek ke puncak south lunyai dilanyak gajah.. berselut!!!! pewai dibuatnya.

dekat kul 10 mlm kami sampai puncak South. kata Mali, tak pernah ada org tido kat puncak tu. kira kami antara perintis la nih. kawasan kemsait mmg tak rata. view langsung tader.. kawasan puncak penuh buluh. cuaca kat puncak sejuk yg amat + angin bertiup mcm ribut + hujan renyai sepjg mlm.. *brrrrrr*

mekaseh tak terhingga buat barisan chef.. dlm keadaan cuaca yg sejuk menggila, derang bertungkus lumus siapkan dinner.. menu mlm nih, nasik paprik + ayam + papedum.

mood tak ok mlm nih.. sleeping beg basah. serrrrjurrrkkkkk...!!


selasa, 26 dec 2006

hujan dah benti.. tapi anginnnn still mcm ribut. sib baik nih bukan first taim aku layan hutan kat banjaran bintang nih. kalau tau, mau menangis tak berlagu.

mission hari nih, sambung trekking ke puncak Bintang dan bermalam di puncak North.

10 pagi, gerak turun dari puncak South. trek mmg menyengattt.. dalam cuaca sejuk camtu kena plak layan trek buluh.. azabbbbbb!! lepas 2 jam trekking, jumpa last waterpoint. tak ramai yg turun amik air coz bekalan air semlm still byk lagi. yg turun juz mali, yap & abg lan. heran btul aku tgk yap, org duk beku tahan sejuk, dia boleh memandi sengsorang kat waterpoint tu.. dasarr otaiii. kat area nih ada 2 kawasan waterpoint. tempat yap mandi tu yg first. yang kedua plak, sebelum Kem 2 Pagi (mali punyer kemsait emergency dulu)

trek lepas tu mmg mencungapp.. kekejap kang pacakkkk tak hingat. pastu turun plak.. ada lah dalam 7 puncak tipu yg terpaksa diredah.. pewai lagikkk

dekat kul 3 ptg baru kami sampai puncak gunung Bintang. luas giler kawasan dia. ada beirut, tapi dah penyek dilanyak gajah. view boleh tahan la jugak (kalau tader kabus). taim nih aku lapar giler.. memasing bz masak utk lunch. lepas makan, barulah bertenaga sikit.

perjalanan diteruskan.hujan dah start turun renyai-renyai. azab jugak lah nak menebas dalam keadaan camtu. kesian plak aku tgk mali tak benti-benti menebas cari trek. kekejap kang terpaksa benti cek topo & gps dgn mawi. dalam kul 8.00 mlm, baru jumpa last water point. memasing pikul air utk bermalam kat puncak North.

trek lepas waterpoint mmg hazabbb. kena panjat tebing tinggi. perjalanan plak byk kali tergendala disebabkan orang kat belakang susah nak kesan trek dlm gelap. nasib baik team yg pegi nih tak sampai 20 org. kalau gegamai, sure susah nak manage dlm gelap camtu.

sampai je kat satu kawasan tebing yg agak rata, mali arahkan kami kemsait kat situ. taim tu jam belum pun pukul 9.00 mlm. memasing mcm tercengang.. yelah still awal lagi. tapi camnerpun, mali knows the best. katanya, perjalanan ke North agak bahaya kalau diteruskan taim mlm camtu.

apalagi, sting garden la kita.. jenuhlah duk berhimpit kat kemsait kecik tu. kaki kemana.. kepala kemana..hentammm.. huhuhu, kemsait kali nih bebtul kat kawasan laluan angin.. bekuuuuuuu!!

mlm nih, aku duk tolong Mawi & kak Yati masak (tolong tengok hehehe). hujan renyai lagi mlm nih.. *brrr trrr trrrr*


rabu, 27 dec 2006

packing barang dlm keadaan angin yg menggila.. sejuk tataw nak kata. dalam kul 10.30, kami gerak tinggalkan kemsait.

misi seterusnya, sambung balik pendakian ke puncak North dan teruskan perjalanan ke kawasan kampung di Kupang.

trek menuju ke North mmg giler azabbbbb.. 300 meter layan bamboo trail atas puncak aku rasakan mcm 300 kilometer jauhnya.. trek buluh semata!! jalan atas buluh.. merangkak bawah buluh.. lompat atas buluh.. ntah berapa kali aku tengok org depan jatuh terperosok dalam buluh.. *ngeri*.. camnerpun, nasib baik la memember trekking sumer best-best blaka. memasing pakat menyanyi ntahapehape lagu semata-mata nak ceriakan suasana. tader lah mental layan trek yg nauzubillahh...

kul 2.00 ptg baru kami sampai puncak North.. *takbir*.. akhirnya misi menawan 4 gunung bintang berjaya dgn cemerlangnya.. kat puncak nih tader view yg menarik.. keliling sumer penuh pokok. lepas lelepak skejap, kami gerak turun. serrjurrkk mmg tak buleh blahh.

dalam 2 jam pastu, kami sampai kat waterpoint. lawa giler kawasan nih. air mengalir dari celah-celah batu besar (i do mean 'besar' ok) menuruni tebing-tebing batu mcm air terjun.. lawaaaaa.. kata mali nama kemsait tu Kem Malsin (or was it MASIN? ntah la). kat sini hujan start mencurah.. kata mali lagi, kat area tu byk pacat. tapi, alhamdullilah, maybe bukan musim kut.. susah nk jumpa pacat taim tu.

lewat petang tu kami jumpa gak trek balak lama. dah tak mcm trek balak pun.. rupa hutan dah. hari makin gelap. tapi semangat nak keluar hutan punyer pasal, memasing still bersemangat hayun langkah. almost 13 jam trekking tanpa henti.. sikit lagi nak pecahkan rekod trekking paling lama masa kat V2 rituh.

mlm tu, kami kemsait emergency buat kesekian kalinya.. kesian tengok mali dgn mawi duk lari sini sana cari trek yg hilang. tak per lah.. esok masih ada kan. maceh buat peneroka felda sg kupang yg sanggup buat obertime menebas kemsait.

menu mlm tu cuma, tom yam sayur, papedum (beras dah habis).. memasing makan tanpa byk soal.. tanpa mengungkit.. aku kagum dgn semangat setiakawan dan tolak ansur camnih.

(psssttttt.. wei korang.. hehehehe.. aku jadik bahan pertaruhan mlm tu ek?? saper menang?? kih kih kih.. taper, pjg umur nnt kita jumpa lagik di episod akan datang nahh)


khamis, 28 dec 2006

yeahhh.. bersemangat btul bangun pagi nih. cuaca pagi nih cerah.. terpegun aku skejap tgk sungai sebelah kemsait.. lawaaaa.. (yelah, mlm td tak nmpk - gelap)

pagi nih memasing cam sengaja melewat-lewatkan proses packing barang.. even mali pun duk rilek je. maklumlah, kejap lagi nak keluar hutan.

menu breakfast, bubur cha-cha.. yum yum syedappp (maceh chef)

almost kul 11 pagi baru gerak tinggalkan kemsait. kali nih trek agak santai.. maklum lah, trek balak lama. redup je. menebas pun sesikit je. sepanjang trek ada sungai yg cuNn.. cuma yg tak best, bila kena jalan lebih kurang 12 km (laluan balak lama) utk keluar ke kawasan perkampungan berdekatan. terbakarr rasa tapak kaki nihhh.

kul 6.00 ptg, akhirnya.. tamatlah episod menyondol di trans bintang.. lepak + mandi sebelum naik lori menuju pekan Baling, Kedah.


Barisan Gunung - Gunung Bintang
Gng Bintang False (1529m)
Gng Bintang (1862m)
Gng Bintang South (1560m)
Gng Bintang North (1835m)

Selain barisan gunung Bintang nih, aku dah takluk gunung Ulu Jerneh. Tinggal gunung Inas je Belum

1 comment:

ytakatoo@gmail.com said...

Bila nk open event ke Trans Bintang lagi, ek? Macam besttttttttt jek...!!!!