Friday, May 09, 2008

Nak jadi isteri solehah

Rindu kat Mamoru hari nih. Oh, bukan hari nih je.. ekceli tetiap hari aku rindukan dia. Biarpun dia ada sentiasa ada kat depan mata aku.. hehehe. Biasalah, penangan orang bercinta. Harapnya, perasaan nih kekal sentiasa sampai kami tua nanti.

Aku teringin nak bagi layanan yg sempurna untuk Mamoru. Nak jadi isteri solehah lah maknanya tu. Masa memula kahwin dulu, berkobar-kobar semangat nih. Kengkonon, 1) Nak masak hehari lah, 2) nak kemas rumah cecantik lah, 3) nak tunggu Mamoru balik keje sambil pegang secawan air lah.. pendek kata cemacam lah mender yang bebaik aku nak bagi kat dia.

Tapi...

1) Bila dah kahwin, baru terasa cam susah nak praktik apa yg aku plan tu. Yelah, aku bukanlah suri rumah sepenuh masa. Pepagi bangun pegi keje, petangggg baru balik. Memang 'bercinta' lah kalau nak mengemas atau masak taim-taim penat camtu. Biasanya, aku kemas bilik kami je lah. Kat ruang tamu & dapur memang 'berkuntau' aku nak mengemas. Bukan apa, adik-adik bujang aku ramai. Kang, kemas tak sampai sejam konpem bersepah balik. Tu yang aku lemau tu.

2) Masak pulak, aku admit bukan hehari aku masak untuk Mamoru / adik-adik. Seminggu tu ada lah dua tiga kali. Tu pun depends on stok lauk dalam fridge. Kalau banyakkkk sayur / bahan mentah dalam peti ais tu, maka tetiap hari lah aku masuk dapur. Kalau fridge kosong dan takde siapa nak bawak aku pegi pasar.. maka makan kat kedai lah jawabnya.

3) Pasal nak sambut Mamoru dengan secawan air tu pun satu. Jarang dapat dipraktikkan sebab kebanyakan masa kami keluar keje & balik serentak. Sampai rumah memasing menonong gi fridge tuang air & minum sendiri. Ada takde pun, bila aku cuti je baru dapat sambut Mamoru kat pintu rumah. Tu pun bukan air yg aku bawak, aku pegi lompat-lompat peluk dia sampai nak tertonggeng member tu kat depan rumah. Air? hehehehe.. takde buat pun. Aku baru sedar yang aku ada penyakit 'malas' nak buat air.. muahahaha. Bahaya kan?? Hmm, aku rasa mungkin ini penyebab bapak-bapak kita kat kampung tu suka keluar minum kat kedai. Iskkkk tidakkk.... Aku tanak Mamoru minum kat luar. Baik lah, aku kena ubah tebiat nih. Aku harus lebih rajin buat kan air untuk Mamoru!! Yakin boleh. Chaiyok.

Setakat hari nih, Mamoru tak penah merungut lagi. Aku masih dimanja kan macam bebudak kecik. Tapi aku kena lah sedar-sedar kan diri sendiri. Takkan nak sampai kena tegur, betul tak?

Rupanya memang perlu kesabaran & kerajinan yg maksimum kalau nak jadi isteri solehah nih ek. Tapi takper, aku masih dalam proses nak belajar acamner nak layan suami dgn sebaiknya. Sila beri tunjuk ajar yer akak-akak & kengkawan bloggers sekalian.

Oh, Minggu nih turn balik kampung Kuala Selangor. Plan asal nak gerak KS malam nih, tapi cam banyak pulak mender yang belum disettlekan. Mungkin tengahari esok baru bertolak ke sana.

p/s: Tskkk tskk.. kenapa saya terlalu rindukan Mamoru nih? Cepatlah habis waktu keje, saya tak sabar nak jumpa wajah kesayangan saya.

2 comments:

Angah said...

You go girl... bukan susah nak jadi isteri solehah.. jadila kawan baik husband. Doa selalu2 supaya kita jadi insan yang membahagiakan dia...

mau lebih tips sila la call.. kang si fazi tu nyebuk jek baca tak bessh laaaaa *wink*

Anonymous said...

mekaseh atas tips. angah, buatlah entry tentang tips nih.. kagum tau dgn angah. LDR tapi sangat romentik bila jumpa..

kita nih, adoi.. tak sanggup rasanya nak berjauhan. boleh nangis hehari.