Wednesday, May 14, 2008

Tukar layout gambar

Aku tukar gambar depan layout blog nih.. hehehe. Saje try skill meng-edit guna photoshop. Sempoi je lah hasilnya. Aku bukan reti guna photoshop pong. Baru-baru nak belajar.. huhuhu.

Gambar nih di amik waktu pagi kat puncak Kenderong. Gambar kecik tu pulak masa baru gerak dari starting point. Kalau tak silap, trip nih dibuat seminggu selepas raya tahun 2006.

Dalam bebanyak xpdc gunung yg aku join, aku rasa trip Gunung Kenderong kat Grik, Perak yg paling meninggalkan kenangan ngeri. Maunyaa tak, kat gunung nih lah Mamoru kena patuk ular tau.

Yang kelakarnya, Mamoru yg kena patuk, aku pulak yang menangis tersedu-sedu mengalahkan orang sakit pulak. Apa pun alhamdullilah, mujur tindakkan pantas team xpdc kami dapat menyelamatkan keadaan. Kami berjaya sampai ke puncak Kenderong & turun keesokkannya dengan selamat.

Nyaris helikopter nak landing atas puncak gunung malam tu tau.. kalau tak, merasa team kami keluar berita kat suratkabar.. hehehe.

Oh, cakap pasal gunung.. aku rasa nak buat perjumpaan dgn team xpdc aku ke Sarawak - bincang pasal trip ke Mulu & Api. Konpem Apek risau bila aku senyap je pasal trip nih. Aduss.. bila ek nak jumpa-jumpaan nih.

Iklan: Rilek Pek, bab tiket flight & booking, semua dah settle. Tinggal nak bawak badan je. Exercise bebanyak (alaa ko kalau tak treneng pun takper kan.. badan menten) dan jangan lupa bawak duit belanja lebih. Mana tau kalau sempat kita boleh bayor guide layann headhunter trail (kalau larat arr..kuikuikui).

Mungkin trip Sarawak nih bakal jadi trip last untuk aku. Pasnih aku nak "cuti lama". Nak prepare badan untuk dapatkan baby.. muahahaha. Umur aku dah 29 beb! Heharap, bila aku masuk angka "30" tahun depan, aku dah ada sorang baby. Pastu, kalau teringin sangat nak naik gunung, boleh lah aku angkut anak aku sama.. (berangan lagik). Tu pun kalau badan aku menten cam sekarang nih lah kan.. Kut kalau overweight.. kena tunggu aku grad kursus marieclaire dulu lah kan.. huhuhu.

No comments: