Wednesday, December 31, 2008

5 Bulan

Minggu nih, kandungan aku mula menginjak masuk bulan ke lima. Rasa sekejap je kan?

Buat masa nih, aku still buat check-up kat klinik swasta. InsyaAllah, tamat bulan kelima nih (genap 20 minggu pregnancy), baru aku start buat check-up kat hospital bersalin pulak. Kalau takde aral, aku pilih Al-Islam Medical Centre untuk bersalin nanti. Dekat dgn rumah (ekceli, HUKM lagi dekat - tak sampai 5 minit pun - tapi, hihi.. nih pengalaman first aku, of course la aku takut - lelebih lagi bila orang keliling duk momokkan aku tentang servis hospital gomen - no offend tau, lagipun aku yg bakal merasa sakit, biarlah aku pilih untuk sakit kat tempat yg mahal sikit.. kan kan kan?)

Aku ada terasa-rasa nak buat 3D/4D scan. Tapi kata Ayang, not advisable - tunggu dulu. Sebab aritu, member Ayang ada buat 3D scan masa peringkat awal kehamilan. Kebetulan lak muka baby jelas kelihatan, tapi taim tu ada beberapa sifat / anggota baby tu still belum develop sepenuhnya. Terusss trauma member Ayang sampai hehari duk nangis terbayang-bayang rupa baby dia. Bahaya jugak ek. Kalau camtu better aku tengok 2D je buat masa ni, at least takde lah nampak jelas. Lagipun baby tengah nak membentuk, of course lah banyak yg anggota yg belum sempurna.

Tapi insyaAllah aku akan buat jugak 3D scan tu. Mungkin bila kandungan aku masuk awal bulan ke-6 baru aku buat kut. Kata orang, tengok 3D nih boleh tengok secara 'live' rupa baby kita dan boleh tahu jantina baby dengan lebih tepat. Lebih menarik lagi, hospital yg sediakan perkhidmatan 3D/4D scan tu akan bagi kita satu copy cd pergerakan baby kita untuk kenang-kenangan (best kan?).

Perasaan aku sekarang:

Semakin ceria (thats for sure!). Sampai tahap nih, aku adalah sangat protective kat perut aku nih. Kalau berjalan tu, kemain hati-hati lagi. No more lompat-lompat atau lari-lari.. semua sopan & tertib je.. hihi

Dulu kalau taim tidur, aku tak kisah kalau Mamoru peluk aku macam bantal peluk (ala, jenis kaki dia turut melingkar atas perut aku. Tapi sekarang.. no-no-no, tak boleh dah. Aku takut baby sakit / penyek kena himpap dengan kaki Mamoru. Kelakar kan? Tinggi betul imaginasi aku. Mamoru pulak, layankan aje.. hihihi.

Paling bestttttt bila aku dah dapat rasa pergerakan baby!! Tak tau macam mana nak gambarkan rasa seronok nih tau. Indah je rasa :)

Memula hari tu aku macam pelik jugak bila perut aku kekejap kang rasa macam tersentak. Macam ada benda duk cucuk-cucuk. Tapi tak sakit. Macam rasa ada angin dalam perut. Kekejap kang rasa belah kiri.. pastu belah kanan pulak.. macam ada benda duk main-main dalam perut. Rupanya semua tu disebabkan baby aku tengah bergerak-gerak! Cuma kesian kat Mamoru.. dia hanya mampu dengar aku cerita tentang pergerakan baby je. Coz dia tak boleh nak rasa sama..

Badan aku sekarang:

Semakin sihat.. dah rasa macam biasa. Sampai kengkadang tu aku terover aktif bergerak / bekerja sampai aku terlupa diri tu membawak budak.

Berat aku masa aku timbang semalam 39.4 kg. Dari usia kandungan aku sebulan sampai lah bulan kelima nih, berat aku baru naik 2 kilo lebih je. Tataw lah normal ke tidak. Tapi since doktor tak cakap apa-apa pun, aku konsider normal laa tu.

Saiz perut aku still tak jelas sangat. Jenis kalau aku naik bas / lrt, kompem orang takkan bagi seat kat aku sebab tak nampak macam pregnant pun. Ekceli perut aku dah naik sikit. Pada aku, dah besar jugak lah. Cuma orang lain je yg tak perasan.

Antara perubahan lain yg aku rasa ketara, bab jantung aku nih. Rasa laju semacam sampai kengkadang aku rasa cam tak selesa nak bernafas. Semua ni berpunca disebabkan perut yg semakin membesar dan menekan paru-paru aku. Tu yg kengkadang rasa susah bernafas. Bila jadi camtu, aku just baring & rehat sekejap.. pastu dah ok balik.

Bab pakaian, aku masih tak perlukan baju mengandung. Pakai saiz 'S' pun still muat & selesa. Cuma bab seluar je aku rasa kena beli baru. Rata-rata seluar yg aku pakai, semua dah start rasa tak selesa. Sampai Mamoru suruh aku pakai seluar pendek dia je taim duduk rumah.. hihihi. Kena cecepat beli seluar nih. Kalau tak habis semua seluar pendek Mamoru aku 'kerjakan'.. hihihi.

Perkembangan baby dalam perut
  • Janin menjadi lebih aktif, berpusing dari sisi ke sisi dan kadangkalanya kepalanya ke atas badan.
  • Janin akan tidur dan terjaga dalam selang masa tertentu.
  • Kukunya telah turut tumbuh, begitu juga dengan rambut dan keningnya.
  • Dalam bulan ini, anda boleh mula melihat jantina bayi melalui ultrasound kehamilan (ohh.. tak sabarnya nak tengok jantina baby!)
  • Janin membesar dengan cepat dan diakhir bulan kelima, panjangnya menjadi 8 hingga 12 inci dan berat menghampiri 1 paun.
  • Yang menyeronokkan semasa ini, anda telah mula merasa pergerakan bayi di dalam perut bermula dengan rasa ibarat ada rerama sedang terbang di dalam perut anda. Gerakan ini akan semakin ketara apabila bayi semakin membesar - sumber: ratuhati.com (yaaaaaa... aku dah rasa!!!!!!! hepinyaaa)


me at my 5th months pregnancy.. still ok lagi huh? Wait till next month pulak.. hihihi

9 comments:

Biqque said...

ini 5 bulan aD? Allah comelnyeeeee! i rasa la, baby u mesti kecik je nanti, sebab mak n bapaknye pun kecik :D

scan je 3D ke 4D, kawan i buat tiap2 kali dia ke klinik, so everytime dia balik dia bawak satu gambar. best la tgk makin lama makin besar. hehe!

tak sabarnye nak tgk u buncit! stakat 39 tu takde mendelah! hahaha!

p/s: apa reason mamoru haritu? dia dah blk kan?

jesnita_ns said...

yelah ard..x nampak pe-pe pn..still slim shady..hehehe

Mek Rose said...

alahai...
5 bulan ke tu?
heheh..still slim

ape2 pon..org pon dah tak sabar nak rsa baby gerak2...:-)

saya said...

wahh...bagus2.. baby dah makin aktif ye. so mama baby kena take good care...

Elyn Sani said...

lor 5 bulan camtu??? time i ari dh terkedek2 bwk perut..... mengah jgn ckp la.... rase kaki cam nk tercabut!!!

Anonymous said...

biqque: kecik tu ad tak kisah, harap dia sihat sempurna, tu yg penting :) (reason tu ada kat entry bawah hihihihi)

jesnita: slim shady katanya.. hihihi tunggu lah sebulan dua lagi.. fat lady jawabnya ahahahaha

rose: insyaAllah, tak lama lagi je tu.. tunggguuuuuu :)

saya: insyaAllah.. terima kasih nahhh..

elyn: tu lah.. ad pun pelik. ad bajet taim camnih badan ad dah bulat segala.. hihi

♥Cik Puan♥ said...

ala comel nyer perut 5 bulan pun...klu saya 5 bulan adoi xlarat nak angkat kaki..

pHat sUe said...

jelesnye tgk lah.. walaupon peknen tetap kurussssss

arghhhhhhhhhhhh :D.

Anonymous said...

azie: tu la. mungkin sebab badan ad kecik kut.. kang kalau besau nau, mau ad terbaring je hehari.. hihihi

phat sue: tak perlu risau nak turunkan berat badan lagi.. hehehehe.