Thursday, December 18, 2008

Mamoru nak ke hutan

Ingat tak aritu ada sorang kakak cleaner Indon yg dapat teka aku pregnant dengan hanya menengok tulang kat dada aku?

Hari nih pun sama tau. Tapi kali nih, aku ditegur oleh akak Indon yg jual buah kat restoran hujung building opis nih. Memula akak tu tanya; "adik dah kahwin ke dik?".. Tak sempat aku nak jawab apa-apa dia serang soalan kedua; "adik mengandung eh?".. Wuiyoo, sekali lagi aku teruja.. hihi. Dengan curiousnya aku duk tanya akak tu ekceli tulang yang mana dia peratikan..

Panjang "oOOOoo" aku bila akak tu explain. Rupanya bukan tulang la geng. Aku silap info aritu. Kan bawah leher kita nih ada cam kawasan berlekuk (antara dua tulang aperntah nama dia). Kata akak tu, kalau kita pregnant, kawasan berlekuk tu akan bergetar-getar (ikut kelajuan jantung). Kalau getaran tu laju & kerap (sampai orang lain boleh perasan kawasan berlekuk tu bergetar), maknanya ada baby dalam perut. Gituuuu rupanya. Kelas kan derang nih. Kagum aku.

Aku tengah tak sabar nak tunggu minggu depan - tak sabar nak cuti benornya. Semangat nak keje sejak akhir-akhir nih agak kuranggg. Baru masuk opis dah fikir nak balik. Tak seronok tau bila buat keje dalam keadaan tak ikhlas nih. Tapi bila fikir hakikat yg aku akan ditinggalkan sengsorang taim cuti punnnn lagiiiiii laaaa takkkkkk bestttt.

Tadi Mamoru tanya aku sama ada aku bagi dia pegi xpdc mendaki Gunung Besar Hantu kat Negeri Sembilan. Terdiam aku sekejap. Lama tuu dia nak masuk hutan. Start dari Jumaat malam (minggu depan) sampai laaa Isnin (Awal Muharam) - 3 hari 3 malam ok!

Memula tu, hati aku cam tak setuju sebab:

1. Aku akan keseorangan pada cuti panjang kali nih.. *ohhh*...
2. Tak dapat nak memanja - aku tak suka tido sengsorang!
3. Risau dia masuk hutan sengsorang - sebab sejak kami kenal dari tahun 2006 dulu, kami sentiasa bersama dalam setiap xpdc yg kami pegi.
4. Aku adalah sangattt jelessssss.. (no, bukan jeles dia jumpa awek gunung lain - aku jeles sebab koleksi gunung yang dia conquer akan melebihi koleksi aku.. hihi)

Tapi, aku tak sampai hati pulak nak cakap "tak boleh" kat dia. Aku pun seorang penggila gunung jugak. Aku faham mcm mana perasaan bila panggilan masuk hutan tu dah terngiang-ngiang kat telinga. Heaven ok kalau dapat masuk hutan - apatah lagi bila dapat takluk gunung yg tinggi sambil menikmati permandangan indah ciptaan Tuhan.

Maka disebabkan itu, aku dengan rela hatinya akan membenarkan dia pegi..

Kemain suka lagi Mamoru bila dapat green light dari aku (huuu macam queen control lak rasanya hihihi - tapi lantok laa, siapa tak sayang suami kan?)

Ohh.. nih ada sedikit pesanan untuk Chua (bestfriend merangkap ex-hsemate Mamoru yg telah 'meracun' Mamoru untuk pegi xpdc nih):

"Ehemmm.. *clear throat*.. incik Chua, ko tolong jaga Mamoru sepanjang trip nanti ok? Mamoru dah lama tak exercise, jadi mungkin dia akan jadi sedikit slow / pewai. Make sure dia cukup makan & rehat tau. And pleaseeeee... pulangkan dia seperti mana yg ko amik dia dari aD. Kalau takkkkkk siap laa haversack baru ko aD gunting-gunting.."

Hehehe.. over kan aku? Padahal lambat lagi nak tunggu minggu depan.. hik!

8 comments:

[ibuLUNAZALEA] said...

so ad klu x prgnt, kwsn tuh xda getaran eh?..ke bgetar jgk tp x laju??curios...

Nurmala Mazlan said...

sian dia kena tinggal..
x pe..nnt rindu2an kan

jesnita_ns said...

cam best je dpt panjat gunung ek..sy ni niat ada..tp tah bila le nk kesampaian..hehehehe

Anonymous said...

cicakuben: Hi ael :) tang tu ad tak pasti arr.. tp, akak tu cakap, kalau pregnant, getaran tu akan ketara (sbb jantung laju rasanya)

nurmala: tu laa.. pess taim nih kene tinggal lelama tsskkk..

jesnita_ns: taper, nanti aD dah abis pantang, kita gi sesama nak?

Anonymous said...

Take care tau tinggal sesorg tu...

Anonymous said...

mushroom cute: ai ai madam hihihi :)))

Biqque said...

nanti nak tgk la kawan2 i yg pregnant...hahaha...

i pun kalo hubby takde, rasa tak best...biarla dia ada walaupun suka bergaduh ke tak buat apa ke asik internet camne pun tapi tetap nak dia ada kat umah...hehe! patu mesti saling jeles menjelesi kalo salah sorang dpt buat sesuatu yg best...esp part berjalan2 la...haha!

shian u sorang2 nanti, ajak adik u duk ngan u la, teman. k? take care.

Anonymous said...

biqque: tul tu.. tp u kira kuat la.. hubby gi obersea lelama pun steady je. kalau aD, mau hehari online ngan dia sambil nangis-ngangis hihihihi.. drama je lebih :)