Wednesday, December 24, 2008

Selamat ber XPDC

Esok dah start cuti - direct sampai Awal Muharam. Ikut kan hati nak je aku apply cuti 4 hari - biar direct sampai tahun depan. Tapi tanak lah. Mamoru bukan boleh ikut cuti sekali. Tak syok cuti duduk rumah sengsorang.

Malam nih kalau takde aral, Mamoru akan hantar aku balik Melaka. Kan dia ada xpdc mendaki Gunung Besar Hantu wiken nih. Tak sanggup biar aku sengsorang kat KL katanya. Tu yg nak hantar aku ke Melaka. Sempat lah dia spend cuti Krismas kat Melaka sebelum pegi xpdc. Keluar hutan nanti baru dia datang jemput aku balik. Haii.. risau aku dia berulang-alik drive semata nak menghantar/amik aku. Aku nak balik sendiri dia tak bagi.

Harap trip dia berjalan lancar. Semoga Mamoru selamat pegi dan balik (aminnnnnnn).

Note buat Mamoru:

1. Jaga diri masa dalam hutan tu nanti. Jangan bawa barang / air terlebih muatan, nanti sakit badan. (Mamoru nih mmg suka bawa air bebanyak - risau aku tau - penah sekali masa Trans 4 Bintang kat Kedah dulu, dia pikul air sampai 9 liter dalam haversack - nak buat mandi atas puncak gamaknya atau takut aku kehausan sepanjang trek).

2. Jangan usik/aniaya binatang - walau pacat sekalipun. Jentik je pacat tu jejauh ok. Jangan ikut perangai Chua yg suka picit-picit perut pacat tu tau.

3. Jangan mandi sungai lelama / jgn mandi tempat dalam (aD tau otw nak ke puncak tu ada port air terjun kan?). Jangan ikutkan sangat perangai Chua yg pantangggg jumpa air (hahaha salahkan Chua lagi) Nanti kalau sejuk sampai ketar-ketar haa siapa nak tolong peluk? aD jauhhh..

4. Taim solat nanti ajak Chua sekali ya b. Jangan solat sensorang, nanti orang tak perasan b tinggal belakang :)

Hmm.. berjela pulak note aku. Nih kang ada yg kena tegur dgn Mamoru.. hihihi.. *ampunn b*

p/s: aD & baby akan sentiasa doakan keselamatan b kat dalam hutan nanti. We love you!..

5 comments:

bayang said...

timekasih aD ye (cheh..perasan plak aD wish)
jangan sedih sangat kat umah.
nanti baby sedih. happykan diri aD slalu ye. cheer..

Anonymous said...

dewajiwa: bukan setakat sedih acik ponch.. jelesss benornya. semua org bz masuk hutan.. eh, acik ponch pi utara tu manjat gunung stong-ayam ka?

Nurmala Mazlan said...

x mo sedih2 ek..
kena happy baru baby happy nanti

bayang said...

jeles ye? siannnn aD ye.
takpelah..semoga ada rezeki aD mendaki lagi dan terus aktif.

minggu nie ke CUS lagi aD.
Stong-Ayam tahun depan, insya-Allah.
nak naik Che Tahir plak kali nie..

Anonymous said...

nurmala: tgh senyummmm nih :)

dewajiwa: tssskkkkkkkkkk.... nih suda menambahkan tahap kejelesan dihati beta!! murka nih :p